SHAH ALAM: Industri automotif tempatan perlu diberi peluang untuk menghasilkan kenderaan elektrik (EV) sendiri berbanding mengimport dari negara luar.
Pakar automotif, Datuk Mohamad Dalib berpandangan, syarikat tempatan seperti Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Perusahaan Otomobil Nasional Bhd (Proton) dan Perusahan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mempunyai kepakaran dan teknologi yang membolehkan mereka menghasilkan kenderaan berkenaan.
"Kalau nak bandingkan (pembuat kereta EV luar negara), sayangilah (hasil) negara kita (kerana) kita yang kena jaga. Pepatah menyatakan, jangan beri susu pada orang lain, berilah pada anak sendiri.
"Malaysia ada Petronas, Proton dan Perodua. Beri peluang kepada mereka (hasilkan EV) kerana tiga industri ini milik kita.
"Ramai rakyat Malaysia yang bekerja (bidang automotif) di luar negara akan bantu buka peluang menaikkan ekonomi Malaysia," katanya dalam program Sinar Live bertajuk 'EV Elon Musk Akan 'Sailang' Kereta Tempatan' yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Khamis.
Sebelum ini Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan kementeriannya telah meluluskan permohonan Tesla untuk mengimport EV ke Malaysia.
Syarikat berkenaan turut dilapor akan membuka sebuah ibu pejabat di Malaysia selain memperkenalkan pusat servis dan mewujudkan rangkaian pengecas Supercharger.
Dalam pada itu Mohamad berkata, kenderaan EV tidak sesuai digunakan untuk perjalanan jauh mahupun mambawa muatan yang berat.
Namun beliau menjelaskan, kenderaan tersebut amat sesuai digunakan dalam bandar bagi menyokong persekitaran yang mesra alam.
"Penggunaan EV tidak memberi kesan kepada alam sekitar, rendah karbon dan tidak akan ada pangkal pokok tepi jalan yang bertukar warna hitam kerana hirup banyak karbon.
"Namun jika dibandingkan dengan perjalanan jauh, maka saya lebih syorkan penggunaan kenderaan biasa," jelasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jul 14 2023

Datuk Mohamad Dalib, pakar automotif. - Foto Sinar Harian

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Pendedahan global diperlukan untuk tingkatkan syarikat teknologi tempatan - MDEC
MDEC terlibat dalam beberapa projek di bawah ASEAN yang bertujuan membangun rangka kerja untuk aliran data rentas sempadan dan perdagangan digital.

Pelaburan digital Malaysia meningkat kepada RM66.22 bilion pada separuh pertama 2024
Pelaburan digital Malaysia meningkat kepada RM66.22 bilion pada separuh pertama tahun ini, menunjukkan pertumbuhan kukuh dan daya tahan ekonomi digital walaupun terdapat ketegangan geopolitik global.

Melaka galak pemain industri tekan prinsip ESG
Kerajaan Melaka menggalakkan semua pemain industri termasuk perusahaan kecil dan sederhana di negeri ini menekankan prinsip ESG dalam pengoperasian mereka.

PMKS perlu diberi penghargaan untuk berdaya saing di peringkat global - Ramanan
Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) harus diberi penghargaan atas sumbangan dan usaha mereka terhadap pembangunan ekonomi negara.

Negeri Sembilan timbang insentif kewangan kepada syarikat tempatan terlibat pembangunan AI
Kerajaan Negeri Sembilan akan menimbangkan pemberian insentif kewangan kepada syarikat tempatan yang terlibat dalam pembangunan dan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI).

MITI galak syarikat tempatan jalin kerjasama pelaburan dengan Arab Saudi
Arab Saudi juga mempelawa syarikat Malaysia untuk melabur di negara itu bagi membolehkan peningkatan perdagangan dan pelaburan dua hala.

Tawaran gaji rendah punca graduan enggan bekerja dalam sektor kemahiran - MITI
Penawaran gaji yang rendah menjadi punca kekurangan tenaga mahir tempatan terutama daripada kalangan lepasan pengajian tinggi, walaupun permintaan dari pihak industri terus meningkat.

Banyak syarikat gagal manfaatkan pengurangan duti import CPTPP, RCEP - MITI
MITI menghadapi cabaran untuk meningkatkan kadar penggunaan atau pemanfaatan CPTPP dan RECEP oleh syarikat tempatan walaupun telah dikuatkuasakan sejak 2022.

ECRL: Nilai kontrak syarikat tempatan cecah RM12.99 bilion, atasi sasaran RM10.8 bilion
Nilai kontrak penglibatan syarikat tempatan dalam projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah mencecah RM12.99 bilion, mengatasi sasaran ditetapkan.

'Beri peluang syarikat tempatan hasilkan kenderaan elektrik'
Mohamad berpandangan, syarikat tempatan seperti Petronas, Proton dan Perodua mempunyai kepakaran dan teknologi yang diperlukan.