KUALA LUMPUR: Penawaran gaji yang rendah menjadi punca kekurangan tenaga mahir tempatan terutama daripada kalangan lepasan pengajian tinggi, walaupun permintaan dari pihak industri terus meningkat, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong berkata berdasarkan laporan statistik suku tahun yang dikeluarkan oleh Biro Statistik Buruh Malaysia (MBLS), Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) terdapat 49,500 kekosongan jawatan berkemahiran tinggi bagi sektor pembuatan pada suku kedua 2023.
Beliau berkata selain itu, data pada suku ketiga 2023 daripada Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA) melaporkan terdapat sebanyak 22,248 kekosongan pelbagai jawatan bagi industri profesional, saintifik dan teknikal, melibatkan 5,734 syarikat tempatan.
"Sekiranya dilihat pada data-data ini, jumlah penghasilan graduan di Malaysia boleh dianggap mencukupi untuk menampung permintaan daripada industri.
"Namun begitu, kebanyakan daripada mereka memilih untuk bekerja di luar negara berikutan tawaran gaji dan persekitaran kerja yang lebih baik ataupun melibatkan diri dalam ekonomi gig," katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Mustafa Musa mengenai unjuran guna tenaga teknikal kejuruteraan, sains dan teknologi yang diperlukan pelabur pada 2024 memandangkan terdapat kenyataan bahawa kerajaan terpaksa menggunakan tenaga kerja mahir asing yang memberi kesan defisit terhadap peluang pekerjaan graduan tempatan.
Liew turut merujuk laporan kajian bertajuk 'Shifting Tides: Charting Career Progression of Malaysia's Skilled Talents' oleh Institut Penyelidikan Khazanah baru-baru ini yang melaporkan jumlah graduan baharu terlebih kelayakan terus meningkat dan menghadapi masalah gaji rendah, dengan 65.6 peratus graduan pada 2021 menerima gaji permulaan kurang daripada RM2,000.
Mengulas lanjut, beliau berkata MITI dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersama kementerian lain mengatur langkah komprehensif bagi memastikan graduan yang menganggur mendapat pekerjaan dalam industri dan sesuai dengan kehendak pelabur, sekali gus memenuhi permintaan pasaran.
"MITI dan KPT bersama kementerian-kementerian (lain) sedang menguruskan program 'work-based learning' untuk memadankan, supaya kita boleh bawa TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) bersesuaian dengan industri bersama program-program lain bagi mewujudkan suasana graduan serta profesional bersama pekerja teknikal yang bersesuaian dengan permintaan industri," katanya.
Beliau berkata walau bagaimanapun, pihak industri juga perlu bersedia untuk membayar gaji yang lebih tinggi kepada graduan tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 27 2024
![Tawaran gaji rendah punca graduan enggan bekerja dalam sektor kemahiran - MITI Tawaran gaji rendah punca graduan enggan bekerja dalam sektor kemahiran - MITI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700112408_TBLIEWCHINTONG.jpg)
Liew berkata berdasarkan laporan statistik suku tahun yang dikeluarkan oleh MBLS, DOSM terdapat 49,500 kekosongan jawatan berkemahiran tinggi bagi sektor pembuatan pada suku kedua 2023. - Gambar fail/Bernama
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Pendidik MARA berpeluang jalani latihan berfokus di luar negara Pendidik MARA berpeluang jalani latihan berfokus di luar negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720095237_ZahidHamidi.jpg)
Pendidik MARA berpeluang jalani latihan berfokus di luar negara
Warga pendidik MARA yang berpotensi, berpeluang menjalani latihan secara berfokus sama ada di dalam atau luar negara menerusi Skim Latihan Pemerkasaan Pendidik MARA yang diumumkan hari ini.
![TVET diharap sentiasa jadi pilihan utama lanjut pelajaran - Ahmad Zahid TVET diharap sentiasa jadi pilihan utama lanjut pelajaran - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719671337_TBZahidHamidi.jpg)
TVET diharap sentiasa jadi pilihan utama lanjut pelajaran - Ahmad Zahid
TVET diharapkan sentiasa menjadi pilihan utama untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, terutama dalam kalangan pelajar yang tidak mendapat keputusan baik dalam SPM.
![MITI komited bantu tingkat kesedaran jumlah pekerja sektor berkemahiran tinggi MITI komited bantu tingkat kesedaran jumlah pekerja sektor berkemahiran tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719659767_tengkuZafrul.jpg)
MITI komited bantu tingkat kesedaran jumlah pekerja sektor berkemahiran tinggi
MITI komited membantu negara meningkatkan kesedaran mengenai jumlah pekerjaan tersedia dalam sektor berkemahiran tinggi.
![Pendaftaran tinggi untuk kursus latihan pamer rakyat Malaysia dahagakan kemahiran baharu - Steven Sim Pendaftaran tinggi untuk kursus latihan pamer rakyat Malaysia dahagakan kemahiran baharu - Steven Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719567081_TBStevenSim.jpg)
Pendaftaran tinggi untuk kursus latihan pamer rakyat Malaysia dahagakan kemahiran baharu - Steven Sim
NTW 2024 anjuran Human Resource Development Corporation telah melepasi sasarannya dengan berjaya mendaftarkan kira-kira 330,000 rakyat Malaysia dalam 65,000 kursus latihan percuma setakat Khamis.
![Institusi TVET bakal terap silibus antirasuah seperti disyorkan SPRM Institusi TVET bakal terap silibus antirasuah seperti disyorkan SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61663745283_TBAZLANRAZALI.jpg)
Institusi TVET bakal terap silibus antirasuah seperti disyorkan SPRM
SPRM akan menyediakan tenaga pengajar Training of Trainers (TOT), dan pensyarah bagi modul-modul teknikal yang berkaitan dengan Akta SPRM 2009.
![Lebih 1,700 peluang pekerjaan ditawar sepanjang Program MADANI Rakyat Zon Timur Lebih 1,700 peluang pekerjaan ditawar sepanjang Program MADANI Rakyat Zon Timur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719313677_MohdFaidzSanusi.jpg)
Lebih 1,700 peluang pekerjaan ditawar sepanjang Program MADANI Rakyat Zon Timur
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Timur yang akan diadakan di Dataran Sayangi Kuantan di sini pada 5 hingga 7 Julai depan menawarkan 'pelbagai tarikan' termasuklah tawaran lebih 1,700 peluang pekerjaan.
![IPMa buka peluang untuk pelajar teroka TVET seluas-luasnya - Asyraf Wajdi IPMa buka peluang untuk pelajar teroka TVET seluas-luasnya - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719328663_TBAsyrafWajdi.jpg)
IPMa buka peluang untuk pelajar teroka TVET seluas-luasnya - Asyraf Wajdi
Dengan 270 institusi TVET di bawah MARA, Asyraf berkata, bidang kemahiran yang diliputi bukan meluas, malah menepati kehendak industri.
![Kerajaan buta warna dalam buka peluang untuk rakyat ikuti TVET- Ahmad Zahid Kerajaan buta warna dalam buka peluang untuk rakyat ikuti TVET- Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719303558_ZahidHamidi.jpg)
Kerajaan "buta warna" dalam buka peluang untuk rakyat ikuti TVET- Ahmad Zahid
Kerajaan mengambil pendirian 'buta warna' dalam memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengikuti kursus TVET di negara ini.
![Persaingan ekonomi: Sistem pendidikan Malaysia perlu buat penyelarasan pantas - PM Anwar Persaingan ekonomi: Sistem pendidikan Malaysia perlu buat penyelarasan pantas - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716979417_AnwarIbrahim.jpg)
Persaingan ekonomi: Sistem pendidikan Malaysia perlu buat penyelarasan pantas - PM Anwar
Penekanan kepada kejuruteraan, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan AI bermakna proses akademik biasa tidak boleh digunakan lagi.
![TVET keutamaan pembangunan pendidikan di Sabah - Hajiji TVET keutamaan pembangunan pendidikan di Sabah - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706090403_TBHAJIJIPLEDGE.jpg)
TVET keutamaan pembangunan pendidikan di Sabah - Hajiji
Kerajaan Sabah mengutamakan pembangunan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam usaha meningkatkan tahap pendidikan di negeri ini.