PASIR SALAK: Seorang mekanik parah selepas dikatakan dibakar seorang individu yang berang kerana kereta adiknya yang dibaiki mangsa masih rosak, dalam kejadian di Kampung Tersusun Balun Bidai, Kampung Gajah di sini pada Rabu.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 malam itu menyebabkan mangsa berusia 37 tahun itu melecur dengan kesan terbakar 46 peratus pada bahagian kepala hingga ke pinggang dan kaki sebelah kanan.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku selepas suspek, seorang lelaki berusia 50 tahun, tidak puas hati apabila kereta yang dibaiki itu masih rosak.
Menurutnya, berlaku pertengkaran antara mereka berdua menyebabkan suspek meminta rakannya berusia 39 tahun membeli minyak petrol di kedai berhampiran.
"Suspek kemudiannya menyimbah bahan bakar itu di kepala mangsa sebelum menyalakan api menggunakan penyembur aerosol dan pemetik api kira-kira 10 meter dari mangsa.
"Nyalaan api tersebut telah menyambar mangsa yang berada di halaman rumah dan menyebabkan dia terbakar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Barudin berkata, dua beradik itu yang panik bertindak memadamkan api dengan menggunakan air paip.
Ujarnya, selepas api dipadamkan, adik suspek yang berusia 42 tahun telah menghubungi seorang lagi rakan mereka untuk menghantar mangsa ke Hospital Changkat Melintang, Bota dengan upah RM100.
Menurutnya, pakaian mangsa yang terbakar telah ditukar sebelum dihantar menaiki kereta Proton Satria Neo dan ditinggalkan sendirian di tempat letak kereta di hadapan wad kecemasan hospital berkenaan.
Menurut Barudin, berdasarkan maklumat dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), polis berjaya menahan keempat-empat suspek dalam serbuan berasingan di Kampung Gajah pada Khamis.
"Pemeriksaan perubatan mendapati seorang daripada mereka mempunyai kesan terbakar pada tangan kanan dan sampel patologi diambil untuk tindakan lanjut," katanya.
Ujian air kencing turut mendapati kesemua mereka positif dadah jenis methamphetamine dan direman selama tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Apr 30 2021

Kejadian menyebabkan mangsa berusia 37 tahun itu melecur dengan kesan terbakar 46 peratus pada bahagian kepala hingga ke pinggang. - Foto ihsan PDRM

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Mekanik tikam tunang bekas isteri didakwa esok
Seorang mekanik yang ditahan 10 Jun lepas kerana menikam tunang bekas isterinya di Taman Jade, Bukit Gambir akan didakwa di mahkamah esok.

Mekanik warga emas rugi RM17,220 terperdaya iklan palsu jualan MPV
Mangsa yang membuat laporan polis semalam mendakwa telah membuat bayaran ke dalam dua akaun bank tempatan yang diberikan seorang suspek.

Mekanik lima anak peluk remaja berdepan hukuman penjara
Seorang mekanik lima anak berdepan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan memeluk seorang remaja perempuan.

Enam lelaki curi kabel diberkas polis
Pihak polis turut membuat rampasan pelbagai kabel, alat pemotong kabel dan sebuah lori yang digunakan semasa kejadian.

Polis tahan dua mekanik berlumba di lebuh raya DASH
Polis menahan dua lelaki warga tempatan disyaki terbabit dalam perlumbaan haram melibatkan enam buah kereta.

Rogol kanak-kanak: Mekanik dipenjara 7 tahun, sebat
Seorang mekanik dihukum penjara tujuh tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen, kerana merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.

Mekanik maut digilis jentolak
Hasil siasatan mendapati mangsa berada di atas roda berantai jentolak (buldozer) itu berseorangan ketika sedang membaiki jentera berat itu.

Murid perempuan dakwa dirogol kenalan dari aplikasi cari jodoh
Suspek yang juga seorang mekanik didakwa beri minuman sehingga menyebabkan mangsa yang berusia 12 tahun mengantuk sebelum merogolnya.

Mekanik maut dihempap gerabak lori 10 tan
Difahamkan mangsa ketika kejadian sedang membaiki enjin lori jenis 'hydraulic' 10 tan namun dihempap kenderaan itu.

Mekanik rugi RM170,000, didakwa terlibat jenayah
Suspek memaklumkan bahawa mangsa telah terlibat dalam pengubahan wang haram dan diminta supaya membuka satu akaun bank bagi tujuan siasatan.