SHAH ALAM: Polis menahan dua lelaki warga tempatan disyaki terbabit dalam perlumbaan haram melibatkan enam buah kereta di Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) di sini, semalam, yang dipaparkan dalam sebuah video tular.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata kedua-dua suspek berumur 20 dan 29 tahun itu bekerja sebagai mekanik.
Katanya siasatan awal mendapati kejadian berlaku lebih kurang 12.30 tengah malam hingga 1.30 pagi melibatkan kereta jenis Proton Satria berlumba dari Plaza Tol Denai Alam hingga ke KM 0 (susur ke Pulau Angsa) Lebuh Raya DASH dan berpatah balik melawan arus hingga ke Plaza Tol Denai Alam.
"Tangkapan dan rampasan kenderaan jenis Proton Satria telah dibuat ke atas kedua-dua suspek terbabit dan empat lagi suspek masih dikesan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) APJ (Akta Pengangkutan Jalan) 1987 - memandu secara melulu dan merbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Iqbal berkata orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam Inspektor Mohd Zulkifli Razak di talian 019-4475767.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 28 2023
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata kedua-dua suspek berumur 20 dan 29 tahun itu bekerja sebagai mekanik. - Foto BERNAMA
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Empat ditahan rogol bergilir pelajar sekolah
Polis menahan empat lelaki yang disyaki terbabit dalam kes rogol bergilir-gilir remaja perempuan berusia 14 tahun di Sungai Ara, Bayan Lepas, Ahad lepas.
Ambil gambar kenderaan diubah suai dan tularkan - Ketua Polis Kedah
Polis meminta masyarakat di Kedah mengambil gambar dan menularkan di media sosial kenderaan yang diubah suai, sebagai usaha mengekang kes lumba haram dan aktiviti samseng jalanan atau 'mat rempit'.
Lumba haram: Polis minta orang ramai tularkan kereta, motosikal diubah suai
Polis Kedah meminta bantuan orang awam mengambil gambar kenderaan yang diubah suai dan menularkannya di media sosial sebagai salah satu usaha mengekang kes lumba haram dan 'mat rempit'.
69 pelajar ditahan merempit
Operasi bersepadu PDRM Kontinjen Perak bersama beberapa agensi seperti JAS dan AADK, bermula 6.30 petang semalam sehingga awal pagi ini.
Dua remaja maut ketika buat aksi 'wheelie'
Dua remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung ketika melakukan aksi 'wheelie' di Jalan Elmina Business Park, Aman Putri, Sungai Pelong di sini pada Rabu.
Video tular: Dua maut akibat 'rempit' di Klang
Dua individu maut dalam kemalangan membabitkan empat motosikal di Persiaran Raja Muda Musa, Klang, dekat sini, 4.30 pagi semalam.
Port lumba haram Persiaran Raja Muda Musa digempur
Lokasi terbabit bukan sahaja menjadi tumpuan anak tempatan di sekitar malah turut didatangi individu dari luar daerah Klang.
'Mat rempit' beri alasan 'cuma suka-suka' lumba, buat aksi bahaya
Cuma sekadar suka-suka. Itu alasan diberi dua penunggang motosikal selepas ditahan pada Sabtu kerana melakukan aksi berbahaya di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban.
113 motosikal disita dalam Ops Khas Samseng Jalanan
Sebanyak 113 motosikal disita dan 334 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.
Polis sita 16 motosikal, keluar 74 saman dalam Op Samseng Jalanan
Polis menyita sebanyak 16 buah motosikal dalam Ops Samseng Jalanan yang dijalankan di sekitar Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE) dan Seberang Jaya.