SHAH ALAM: Seorang mekanik dihukum penjara tujuh tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.
Hakim Rasyihah Ghazali menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Muhammad Amirul Abdullah, 27, yang juga bapa kepada dua anak, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan kepadanya.
Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara bermula tarikh tangkap pada 14 Okt lepas.
Muhammad Amirul mengaku melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Flat Puchong Permai di Puchong, dekat sini kira-kira 9.30 malam, 29 Julai tahun lepas dan didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.
Ketika rayuan, lelaki yang tidak diwakili peguam itu merayu dikenakan hukuman ringan dengan alasan dia menyesal dengan tindakannya selain merupakan penanggung utama keluarga.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nur Zatil Hidayah Ali memohon mahkamah mengenakan hukuman berat ke atas tertuduh kerana perbuatan itu dipandang jijik dan hina oleh masyarakat apatah lagi mangsa ialah kanak-kanak.
"Saya mohon mahkamah mengambil kira hasrat kerajaan untuk melindungi kanak-kanak terutama dari jenayah seksual. Saya percaya hasrat kerajaan ini boleh dizahirkan mahkamah hari ini melalui hukuman berat dikenakan ke atas tertuduh," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 22 2022

Mekanik Muhammad Amirul Abdullah, 27, dihukum penjara tujuh tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, kerana merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun. - Foto BERNAMA
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Mahkamah tolak rayuan bekas penghantar makanan rogol kanak-kanak
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebatan terhadap seorang bekas penghantar barang yang merogol seorang murid darjah enam di sebuah hotel bajet, empat tahun lepas.

Lelaki warga Indonesia dipenjara 15 tahun rogol kanak-kanak
Hakim Mohd Kafli Che Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap Mukhlasin Zainuddin, 62, selepas mendapati dia gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Pengutip besi buruk 35 tahun ditahan rogol kanak-kanak berusia 10 tahun
Seorang pengutip besi buruk warga Myanmar ditahan kerana disyaki merogol seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, di Cheras Baru, Sabtu lalu.

Lelaki kekal dilepas dan dibebaskan tuduhan rogol budak umur 4 tahun
Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang membebas dan melepaskan seorang lelaki daripada tuduhan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang kanak-kanak.

Lelaki Pakistan kekal dipenjara 12 tahun, 5 sebatan rogol budak dilacur bapa
Seorang lelaki warga Pakistan kekal dihukum penjara 12 tahun berhubung kes merogol kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, yang dilacurkan bapanya.

Tiga lepasan SPM, rakan didakwa rogol kanak-kanak 12 tahun
Tiga pelajar lepasan SPM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas satu pertuduhan merogol seorang kanak-kanak berusia 12 tahun.

Kanak-kanak 11 tahun dirogol bergilir-gilir 7 rakan abang
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dipercayai dirogol secara bergilir-gilir oleh tujuh lelaki yang juga rakan abangnya di sebuah kampung, di Gerik pada 3 November lalu.

Lelaki mengaku salah rogol, seks luar tabii remaja 13 tahun
Seorang pekerja kedai langsir mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan merogol, persetubuhan luar tabii dan amang seksual terhadap seorang remaja 13 tahun.

Buruh am dipenjara 30 tahun, 8 sebatan, rogol, amang seksual
Hakim menolak rayuan Ruslan Bacika supaya hukuman penjara untuk kedua-dua sabitan terhadapnya dijalankan serentak.

Rogol: Reman ibu, bapa tiri kanak-kanak disambung
Tempoh reman ibu dan bapa tiri kepada kanak-kanak perempuan yang disyaki menjadi mangsa dera dan rogol disambung lima hari lagi.