Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam, mangsa dalam perjalanan pulang dari kelas tambahan sebelum suspek membawa kanak-kanak itu ke sebuah hutan di Kampung Cheras dan merogolnya empat kali.
"Sehubungan itu, polis menahan lelaki berusia 35 tahun di Cheras Baru pada Isnin lalu dan mendapat perintah reman selama tujuh hari sehingga 4 Ogos ini," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Mohd Azam memberitahu, semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
Kes itu katanya disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat.