KUALA LUMPUR: Tiga pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan seorang lagi rakan mereka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas satu pertuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, sehari sebelum Krismas minggu lalu.
Tiga remaja berusia 19 tahun serta pemandu e-hailing, Muhammad Daniel Roszali, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Mohd Kafli Che Ali.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun enam bulan, di bilik sebuah rumah flat di Cheras di sini pada jam 2 hingga 3.40 pagi, 24 Disember tahun lalu.
Pertuduhan dibuat bawah Sesyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Noorhani Muhmmed Ayub mencadangkan, keempat-empat lelaki itu tidak diberikan ikat jamin kerana kesalahan yang dipertuduhkan sangat serius terutama melibatkan mangsa kanak-kanak.
Bagaimanapun, peguam, Nasrul Hadi Mat Saad yang mewakili semua tertuduh, merayu agar mahkamah menggunakan budi bicara untuk memberikan ikat jamin mengikut Seksyen 388 Kanun Tatacara Jenayah.
“Tiga pelajar lepasan SPM ini masih muda dan mereka menunggu tawaran untuk melanjutkan pelajaran.
“Mereka perlu diberi jaminan bagi mengelak daripada bergaul dengan tahanan di penjara sekali gus terdedah kepada unsur negatif,” katanya.
Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Mohd Kafli membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin, termasuk syarat tambahan, tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai dan melaporkan diri di balai polis berhampiran sekali setiap bulan.
Mahkamah menetapkan 14 Februari depan untuk sebutan semula kes. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 02 2024

Tiga remaja berusia 19 tahun serta pemandu e-hailing, Muhammad Daniel Roszali, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Mohd Kafli Che Ali. - Gambar hiasan
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Buruh mengaku tidak bersalah rogol anak tiri
Tertuduh, 53, didakwa merogol anak perempuan tirinya yang ketika itu berusia 14 tahun pada Oktober 2024.

Penjaga rumah anak yatim ditahan kes rogol penghuni
Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes rogol remaja perempuan berusia 17 tahun di rumah jagaan anak yatim swasta di sini baru-baru ini.

Bekas peserta program realiti komedi ditahan kes rogol
Bekas peserta program realiti komedi popular ditahan di bandar raya ini, awal pagi tadi, berhubung kes rogol seorang wanita berusia 20-an.

Ribuan berarak di Perancis berhubung keganasan terhadap wanita susulan kes rogol
Kesatuan sekerja CGT melaporkan 100,000 peserta hadir dalam protes pada Sabtu, termasuk 80,000 di Paris.

Kes rogol: Mahkamah Persekutuan benar bekas ADUN Tonoh kemuka bukti tambahan
Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan bekas ADUN Tronoh Paul Yong Choo Kiong untuk mengemukakan bukti tambahan dalam rayuannya terhadap sabitan kes merogol pembantu rumah.

Empat ditahan rogol bergilir pelajar sekolah
Polis menahan empat lelaki yang disyaki terbabit dalam kes rogol bergilir-gilir remaja perempuan berusia 14 tahun di Sungai Ara, Bayan Lepas, Ahad lepas.

Kes rogol: Pendakwaan fail rayuan hukuman terhadap Da'i Syed
Pihak pendakwaan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi berhubung hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan yang dikenakan terhadap pendakwah selebriti, Da'i Syed atas satu pertuduhan merogol.

Lelaki ditahan dipercayai rogol anak kandung 14 tahun
Lelaki berusia 42 tahun itu diberkas di sebuah Jeti Air Temin, Gerik, kira-kira jam 7.45 pagi semalam.

Rogol teman wanita, penjaga lembu dipenjara tiga tahun
Mahkamah Sesyen di sini menjatuhi hukuman tiga tahun penjara terhadap seorang penjaga lembu selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan merogol teman wanitanya yang berusia 14 tahun minggu lalu.

'Mahu cukur rambut anak, tapi saya pula dibotakkan' - Da'i Syed
"Sepatutnya, saya cukur rambut anak perempuan pada tiga minggu lalu, namun perancangan Allah, saya pula yang dibotakkan," kata Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful.