Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee, pihak polis menerima satu laporan polis berhubung kejadian berkenaan pada jam 9.48 malam, 29 November lalu.
“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai telah membuat serbuan dan tangkapan terhadap seorang lelaki warga tempatan berusia 59 tahun di sebuah rumah di taman berkenaan.
“Hasil siasatan awal mendapati mangsa merupakan penghuni rumah anak yatim tersebut dan mangsa telah dirogol oleh suspek mulai 2020 hingga 2022 lalu ketika mangsa berusia 13 hingga 15 tahun ketika kejadian.
“Permohonan reman ke atas suspek telah diluluskan oleh pihak Majistret Kulai mulai 30 November hingga 10 Disember bagi tujuan siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun dan hendaklah dikenakan hukuman sebat. - Sinar Harian