KUALA TERENGGANU: Perkenalan seorang murid berusia 12 tahun dengan seorang mekanik menerusi aplikasi mencari jodoh membawa padah selepas mendakwa menjadi mangsa rogol lelaki berkenaan.
Insiden itu dipercayai berlaku di kawasan sebuah bengkel di Kemaman sekitar pukul 9 malam pada Khamis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Suffian Sulaiman berkata, sebelum itu, mangsa menemani ibunya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk melawat ahli keluarga mereka.
Suffian berkata, bagaimanapun, mangsa hanya menunggu di lobi hospital sebelum dia meminta rakan lelakinya itu membawanya ke Kemaman.
"Sejurus tiba di Kemaman, mangsa dijemput suspek yang baru dikenalinya itu di sebuah stesen minyak sebelum suspek membawanya bersiar-siar di kawasan sekitar.
“Namun ketika berada di dalam kereta, mangsa mengatakan suspek memberinya minuman yang menyebabkan dia mengantuk sebelum membawanya ke kawasan bengkel," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut Suffian, kesan pengambilan minuman itu menyebabkan mangsa tertidur, namun, terjaga selepas suspek bertindak menanggalkan seluar dan merogolnya.
Kata Suffian, ekoran itu mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Kemaman pada pukul 5 pagi Jumaat.
Beliau berkata, menerusi laporan dibuat mangsa, suspek yang berusia 28 tahun berjaya ditahan di sekitar Kemaman sekitar pukul 2 petang Jumaat.
Nur Fazlizai Ali
Sun May 22 2022

Perkenalan seorang murid berusia 12 tahun dengan seorang mekanik menerusi aplikasi mencari jodoh membawa padah selepas mendakwa menjadi mangsa rogol lelaki berkenaan.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.

Murid perempuan dakwa dirogol kenalan dari aplikasi cari jodoh
Suspek yang juga seorang mekanik didakwa beri minuman sehingga menyebabkan mangsa yang berusia 12 tahun mengantuk sebelum merogolnya.