Pelakon drama, Benjy atau Khaeryll Benjamin Ibrahim dilepas dan dibebaskan Mahkamah Majistret Muar hari ini atas tuduhan memiliki syabu, Mac tahun lalu.
Majistret Muhammad Hidayat Wahab memutuskan demikian susulan pihak pendakwaraya gagal membuktikan syabu seberat 28.99 gram yang ditemui di dalam sebuah beg di bawah tempat duduk pemandu adalah miliknya.
Benjy, 38, ditahan bersama rakannya, Raja Shariff Hidayatullah Raja Shariffuddin, 29, dalam satu sekatan jalan raya pada 1.40 pagi berhampiran stesen minyak di Jalan Muar-Pagoh, pada 27 Mac 2015.
Bagaimanapun, rakannya yang juga tertuduh pertama Raja Shariff Hidayatullah diarahkan membela diri pada 3 dan 5 Mei ini.
Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dijatuhkan hukuman mengikut seksyen 39a(1) akta sama bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksima lima tahun dan sebat tidak melebihi sembilan sebatan.
Benjy diwakili peguambela, Farhan rRad manakala rakannya Raja Shariff Hidayatullah diwakili Mohd Faiz Iskandar Hamzah dan Khalid Yusoff dan prosiding dikendalikan timbalan pendakwaraya Azfahanim Rajaluddin.
Raffi Bachik
Tue Apr 05 2016

Benjy dan rakannya ditahan dalam sekatan jalan raya pada 27 Mac tahun lalu. - Foto Astro AWANI

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Jenazah Benjy selamat dikebumi di Medan
Urusan pengebumian Benjy atau nama sebenarnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim dikendalikan oleh Penjara Tanjung Gusta dan Konsulat General Malaysia di Medan.

"Tukar lampin, suap makan kami, Benjy tidak lalui kehidupan normal" - Adik
Menyingkap keperibadian Allahyarham Benjy Ibrahim dari kaca mata adiknya, Inessa Irdayanty.

"Temankan mama, Ben" - Ahli keluarga, rakan artis tangisi pemergian Benjy
Allahyarham akan dikenang bukan sahaja sebagai insan seni dengan bakat luar biasa, malah saudara, abang dan adik yang sangat dikasihi.

Enggan susahkan sesiapa, keluarga penuhi wasiat Benjy minta kebumi di Medan
Inessa Irdayanty berkata, abangnya tidak mahu ahli keluarga atau mana-mana individu berdepan kesulitan untuk membawa jenazahnya pulang ke tanah air.

Keluarga izinkan jenazah Benjy dikebumi di Medan
Benjy yang berusia 43 tahun tenat dilaporkan tenat dan sukar bernafas akibat diserang penyakit Asma sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Benjy meninggal dunia di Medan
Benjy Ibrahim yang juga anak kepada aktres Allahyarham Azean Irdawaty menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Medan, Indonesia akibat penyakit Asma.

Benjy oh Benjy... Apa khabar di sebalik tirai besi?
Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim amat memerlukan sokongan bukan sahaja dari segi kewangan tetapi moral.

Rindu nak makan stew yang Benjy masak - Bapa
Keadaan kesihatan bapa Benjy, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi, tidak memungkinkan dia ke Indonesia bertemu anaknya.

"Bukan salah ibu mengandung" - netizen simpati nasib Benjy
Selain hukuman itu, aktor berusia 38 tahun itu diarah membayar denda berjumlah AS$74,000 (RM312,539) oleh Mahkamah Daerah Medan.

Benjy dipenjara 11 tahun di Indonesia kerana seludup dadah
Benjy ditahan bersama 4.5 gram dadah berkenaan yang disembunyikan di dalam lubang duburnya pada April lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu, Sumatera.