KUALA LUMPUR: Allahyarham Benjy yang meninggal dunia pada Ahad selamat dikebumikan di Pemakaman Waqaf Pasar 4 Klambir Lima Kampung, Medan, Indonesia pada Isnin.
Upacara pengebumian pelakon yang juga anak kepada aktres Allahyarham Azean Irdawaty itu selesai sekitar pukul 11.45 tengah hari (waktu Indonesia).
Urusan pengebumian Benjy atau nama sebenarnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim dikendalikan oleh Penjara Tanjung Gusta dan Konsulat General Malaysia di Medan.
Keluarga Benjy yang terdiri daripada ayahnya Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi dan anak tunggalnya, Firdaus Juan Benjamin, 16, turut berkesempatan melihat proses pengebumian Allahyarham menerusi panggilan video dengan kakitangan penjara.
Tidak ketinggalan dua adik Allahyarham, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty juga berpeluang melihat saat-saat terakhir abang kesayangan mereka disemadikan.
Menurut Inessa Irdayanty, keluarganya dimaklumkan segala kos pembiayaan pengurusan jenazah abangnya itu ditanggung sepenuhnya oleh pihak penjara.
“Sehubungan itu, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menawarkan bantuan untuk pembiayaan pengurusan jenazah.
“Sekiranya, masih ada yang mahu berbuat demikian (memberi sumbangan), kami minta anda untuk salurkan sumbangan kepada mana-mana pihak yang memerlukan atas nama Allahyarham Ben (panggilan buat Benjy) dan sedekahkan Al-Fatihah,” kata Inessa dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Sementara itu, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) yang diwakili Setiausaha Agungnya, Hafiz Nafiah turut berkesempatan menyaksikan proses pengkebumian Benjy menerusi siaran langsung video bersama keluarga dan anak Allahyarham.
“Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan oleh Allah untuk Benjy pulang ke negara abadi. Andai ada kesilapan yang pernah arwah lakukan saya memohon semua pihak untuk memaafkan beliau dunia dan akhirat.
“Sesungguhnya Benjy adalah seorang manusia yang sangat kuat dan hebat untuk lalui segalanya dengan sendiri sehingga hujung nyawa,” kata Hafiz lagi.
Pada Ahad, Astro AWANI melaporkan, Benjy Ibrahim menghembuskan nafas terakhir pada usia 43 tahun di sebuah hospital di Medan.
Berita duka pemergian Benjy itu dimaklumkan oleh ayah Benjy, Khairil Anwar.
“Ben (panggilan buat Benjy) meninggal di hospital Medan Indonesia akibat Asma hari ini,” kata Khairil Anwar menerusi kiriman mesej kepada Astro AWANI.
Saharudin Musthafa
Mon Jul 12 2021
Allahyarham Benjy yang meninggal dunia pada Ahad selamat dikebumikan di Pemakaman Waqaf Pasar 4 Klambir Lima, Kampung Medan Indonesia pada Isnin.
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Jenazah Benjy selamat dikebumi di Medan
Urusan pengebumian Benjy atau nama sebenarnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim dikendalikan oleh Penjara Tanjung Gusta dan Konsulat General Malaysia di Medan.
"Tukar lampin, suap makan kami, Benjy tidak lalui kehidupan normal" - Adik
Menyingkap keperibadian Allahyarham Benjy Ibrahim dari kaca mata adiknya, Inessa Irdayanty.
"Temankan mama, Ben" - Ahli keluarga, rakan artis tangisi pemergian Benjy
Allahyarham akan dikenang bukan sahaja sebagai insan seni dengan bakat luar biasa, malah saudara, abang dan adik yang sangat dikasihi.
Enggan susahkan sesiapa, keluarga penuhi wasiat Benjy minta kebumi di Medan
Inessa Irdayanty berkata, abangnya tidak mahu ahli keluarga atau mana-mana individu berdepan kesulitan untuk membawa jenazahnya pulang ke tanah air.
Keluarga izinkan jenazah Benjy dikebumi di Medan
Benjy yang berusia 43 tahun tenat dilaporkan tenat dan sukar bernafas akibat diserang penyakit Asma sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Benjy meninggal dunia di Medan
Benjy Ibrahim yang juga anak kepada aktres Allahyarham Azean Irdawaty menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Medan, Indonesia akibat penyakit Asma.
Benjy oh Benjy... Apa khabar di sebalik tirai besi?
Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim amat memerlukan sokongan bukan sahaja dari segi kewangan tetapi moral.
Rindu nak makan stew yang Benjy masak - Bapa
Keadaan kesihatan bapa Benjy, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi, tidak memungkinkan dia ke Indonesia bertemu anaknya.
"Bukan salah ibu mengandung" - netizen simpati nasib Benjy
Selain hukuman itu, aktor berusia 38 tahun itu diarah membayar denda berjumlah AS$74,000 (RM312,539) oleh Mahkamah Daerah Medan.
Benjy dipenjara 11 tahun di Indonesia kerana seludup dadah
Benjy ditahan bersama 4.5 gram dadah berkenaan yang disembunyikan di dalam lubang duburnya pada April lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu, Sumatera.