JOHOR BAHRU: Program Bengkel Pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Infant Jesus Convent di sini, baru-baru ini, didapati tidak mengabaikan dan mendiskriminasi agama dan bangsa pelajar.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi negeri Norlizah Noh berkata pihaknya telah memanggil beberapa individu termasuk Pengarah Pendidikan negeri, pengetua, guru-guru serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah itu bagi mendengar sendiri penjelasan terhadap dakwaan mengenai program yang dijalankan hanya melibatkan pelajar Muslim.
"Melalui pencerahan yang diberikan oleh pihak sekolah dan selaras dengan kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM), program yang dijalankan oleh pihak sekolah tidak mengabaikan dan mendriskriminasi agama dan bangsa pelajar.
"Oleh itu, saya menyeru semua pihak agar tidak mengeluarkan pendapat sendiri di media sosial kerana perkara ini boleh menimbulkan suasana yang tidak harmoni terutama kepada negeri Johor," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Rabu.
Justeru, beliau menyeru orang ramai terutama ibu bapa, jika terdapat sebarang aduan melibatkan sekolah dan murid menyalurkan aduan itu kepada pihak berwajib melalui saluran atau platform yang disediakan oleh pihak KPM.
Pada masa sama beliau turut menjunjung kasih titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar agar tiada orang yang disisihkan daripada mana-mana program atas sebab agama dan bangsanya.
Beliau berkata kerajaan negeri komited menjadikan sekolah sebagai medan untuk menyemai semangat perpaduan dan menolak sebarang program atau aktiviti yang boleh membawa kepada diskriminasi kaum dan agama.
"Identiti Bangsa Johor itu sendiri cukup sinonim sebagai pemangkin semangat untuk membentuk keharmonian, persefahaman dan toleransi antara pelbagai kaum dan agama di negeri ini," katanya.
Semalam, Sultan Ibrahim dipetik bertitah sebarang isu yang boleh mengancam keharmonian dan perpaduan Bangsa Johor mesti ditangani dengan cekap oleh pihak berkuasa.
Baru-baru ini tular dakwaan di Twitter kononnya wujud diskriminasi dalam bengkel anjuran SMK Infant Jesus Convent yang diadakan di Hotel Suasana di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 25 2023

Norlizah (tengah) berkata pihaknya telah memanggil beberapa individu termasuk Pengarah Pendidikan negeri, pengetua, guru-guru serta PIBG sekolah bagi mendengar sendiri penjelasan terhadap dakwaan mengenai program yang dijalankan. -Facebook

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Bengkel SPM SMK Infant Jesus Convent tidak diskriminasi agama, bangsa pelajar
Beliau turut menjunjung kasih titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar agar tiada orang yang disisihkan daripada mana-mana program atas sebab agama dan bangsanya.