Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob berkata belum pernah berlaku dalam sejarah sebuah kerajaan negeri disaman oleh kerajaan Persekutuan kerana Tanah Adat Orang Asli di pedalaman Kelantan.
Katanya Kerajaan Negeri bagaimana pun bersedia menerima apa jua tindakan dari Kerajaan Persekutuan berhubung soal Tanah Adat Orang Asli.
Beliau memaklumkan sehingga hari ini, pihaknya belum menerima sebarang dokumen atau writ saman yang dihantar secara rasmi oleh kerajaan Persekutuan.
Namun katanya, sebarang keputusan yang bakal dibuat oleh kerajaan Negeri perlu diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, AMK.
“Saman kita tunggu dokumen dari AG (Peguam Negara) apa isinya, apa tujuannya secara rasmi belum terima kita dengar dari akhbar tak dapat lagi,” katanya selepas menerima kunjungan hormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin di Kota Darulnaim di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika di minta mengulas tindakan Kerajaan Persekutuan mengambil tindakan prosiding mahkamah mewakili masyarakat Orang Asli terhadap Kerajaan Negeri Kelantan berhubung tanah adat Pos Simpor, Gua Musang.
Peguam Negara, Tommy Thomas berkata, hal itu susulan kerajaan negeri dan beberapa agensinya baru-baru ini mengeluarkan lesen pembalakan kepada syarikat swasta.
Beliau menjelaskan, syarikat terlibat telah memasuki Tanah Adat Orang Asli Temiar di Pos Simpor menggunakan jentera berat dan menebang hutan serta membawa keluar kayu balak.
Orang Asli Temiar dinafikan tanah adat dan sumber mereka sekali gus menyebabkan hakisan, pencemaran dan kemusnahan teruk terhadap sistem ekologi dan landskap hutan.
Ahmad menjelaskan, kerajaan negeri sebelum ini telah memberikan geran dan merizabkan kawasan penempatan, kawasan rayau Orang Asli sekaligus turut menjaga kebajikan Orang Asli di beberapa pos Orang Asli di pedalaman Kelantan mengikut peruntukan Kanun Tanah Negara.
Terdahulu dalam pertemuan dengan Zuraida, Ahmad memaklumkan soal tanah untuk projek Perumahan Rakyat, PPR dan pengurusan sampah menjadi agenda perbincangan antara beliau dan pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Vivi Sumanti
Sun Jan 20 2019
![Belum pernah berlaku kerajaan negeri disaman berkaitan tanah Orang Asli - MB Kelantan Belum pernah berlaku kerajaan negeri disaman berkaitan tanah Orang Asli - MB Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/41547975272_Kelantan.jpg)
Ahmad (dua dari kiri) menerima kunjungan hormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin (tiga dari kiri) di Kota Darulnaim di Kota Bharu hari ini.
![Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739748481_GermanyProtest.jpg)
Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich
Rakaman menunjukkan pegawai menggunakan kekerasan terhadap beberapa individu yang terlibat dalam tunjuk perasaan oleh kumpulan sayap kanan.
Zelenskyy tiba di UAE, situasi perang antara tumpuan utama
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, dan isterinya, Olena, tiba di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada ahad.
Ukraine menyatakan lawatan rasmi itu akan memberi keutamaan kepada program kemanusiaan Olena Zelenska untuk memastikan lebih ramai rakyat negara itu dapat pulang dari tahanan selain membincangkan pelaburan serta kerjasama ekonomi.
Ukraine menyatakan lawatan rasmi itu akan memberi keutamaan kepada program kemanusiaan Olena Zelenska untuk memastikan lebih ramai rakyat negara itu dapat pulang dari tahanan selain membincangkan pelaburan serta kerjasama ekonomi.
Trump yakin dapat bertemu Putin bincang perang Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyatakan pada hari Ahad bahawa beliau yakin boleh bertemu Presiden Rusia, Vladimir Putin, dalam masa terdekat.
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan usaha menamatkan perang di Ukraine.
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan usaha menamatkan perang di Ukraine.
Turkiye bantu Syria baik pulih Lapangan Terbang Damsyik
Pasukan teknikal terdiri daripada 25 anggota dari Turkiye telah mula bekerja di Syria untuk membaik pulih Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
Hezbollah desak Israel berundur sepenuhnya dari Lubnan
Ketua kumpulan bersenjata Hezbollah di Lubnan menegaskan bahawa tentera Israel mesti berundur sepenuhnya dari wilayah Lubnan sebelum 18 Februari,
Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem turut menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai alasan untuk mengekalkan kehadiran tenteranya di selatan negara itu.
Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem turut menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai alasan untuk mengekalkan kehadiran tenteranya di selatan negara itu.
Trump ulangi sokongan terhadap tindakan Israel
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengulangi pada Ahad sokongannya terhadap tindakan seterusnya Israel di Gaza.
Rakyat Gaza harus diberi pilihan tinggalkan enklaf jika mahu- Netanyahu
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata bahawa rakyat Gaza harus diberi pilihan untuk meninggalkan enklaf itu, jika mereka mahu
![China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746521_WangYi.jpg)
China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.
![Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736007455_TBDAMASCUSAIR.jpg)
Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri
Pasukan teknikal itu memasuki Syria melalui Pintu Sempadan Cilvegozu di wilayah Hatay, selatan Turkiye, pada 7 Feb.
![2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido 2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746429_Japanesefishingboa.jpg)
2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido
Sebuah bot nelayan dilaporkan terbalik di luar pantai Pekan Tomamae di Hokkaido.
![Esok raya, kerajaan Kelantan ubah tarikh cuti peristiwa Esok raya, kerajaan Kelantan ubah tarikh cuti peristiwa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61651414682_TBMBKelantan.jpg)
Esok raya, kerajaan Kelantan ubah tarikh cuti peristiwa
Kerajaan Negeri Kelantan bersetuju mengubah hari kelepasan am atau cuti peristiwa yang diumumkan sebelum ini pada 5 Mei, Khamis kepada 4 Mei iaitu Rabu.
![Sidang DUN Kelantan akan dirasmikan tanpa keberangkatan Sultan Muhammad V Sidang DUN Kelantan akan dirasmikan tanpa keberangkatan Sultan Muhammad V](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71627288771_DUNKelantan.jpg)
Sidang DUN Kelantan akan dirasmikan tanpa keberangkatan Sultan Muhammad V
Istiadat Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang dijadual pada 23 Ogos ini akan dirasmikan tanpa keberangkatan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.
![Kelantan guna duit RM400 juta dari pusat untuk projek rakyat Kelantan guna duit RM400 juta dari pusat untuk projek rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/41530328617_AhmadYakob.jpg)
Kelantan guna duit RM400 juta dari pusat untuk projek rakyat
Kerajaan Kelantan akan mula menggunakan peruntukkan -one off- berjumlah RM400 juta oleh kerajaan Persekutuan.
![Belum pernah berlaku kerajaan negeri disaman berkaitan tanah Orang Asli - MB Kelantan Belum pernah berlaku kerajaan negeri disaman berkaitan tanah Orang Asli - MB Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/41547975272_Kelantan.jpg)
Belum pernah berlaku kerajaan negeri disaman berkaitan tanah Orang Asli - MB Kelantan
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob berkata belum pernah berlaku dalam sejarah sebuah kerajaan negeri di saman oleh kerajaan Persekutuan kerana Tanah Adat Orang Asli di pedalaman Kelantan.
![Kelantan jalankan kajian terperinci perintah berkurung remaja Kelantan jalankan kajian terperinci perintah berkurung remaja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/41530328617_AhmadYakob.jpg)
Kelantan jalankan kajian terperinci perintah berkurung remaja
Selain itu Kelantan bersedia hadkan masa operasi kedai lewat malam yang disifatkan mendorong remaja keluar malam.
![Kelantan kekal bawah Pas, Ahmad Yaakob angkat sumpah MB Kelantan kekal bawah Pas, Ahmad Yaakob angkat sumpah MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/71525932759_MBKelantan.jpg)
Kelantan kekal bawah Pas, Ahmad Yaakob angkat sumpah MB
Ini menjadikan Kelantan negeri pertama tubuh kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14.
![Pas alu-alukan Amanah bertanding kerusi diwakilinya - Takiyuddin Pas alu-alukan Amanah bertanding kerusi diwakilinya - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/41455012249_takiyuddinhassan.jpg)
Pas alu-alukan Amanah bertanding kerusi diwakilinya - Takiyuddin
Pas hari ini mengalu-alukan Parti Amanah Negara (Amanah) untuk bertanding bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili Pas, pada pilihan raya umum akan datang.
![Tiada sekatan untuk ahli PasMa bertanding JK PAS Pusat Tiada sekatan untuk ahli PasMa bertanding JK PAS Pusat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-02/51424756403_295x200.jpg)
Tiada sekatan untuk ahli PasMa bertanding JK PAS Pusat
Ahli PAS yang menganggotai PasMa atau mana-mana Badan Bukan Kerajaan (NGO) dibenarkan bertanding pada pemilihan parti itu Jun nanti.
![Ingkar terhadap Presiden satu kesalahan mandatori - Dewan Ulama PAS Ingkar terhadap Presiden satu kesalahan mandatori - Dewan Ulama PAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-02/51424509438_295x200.jpg)
Ingkar terhadap Presiden satu kesalahan mandatori - Dewan Ulama PAS
Dewan Ulama PAS bersetuju menjadikan pelanggaran terhadap arahan Majlis Syura dan keputusan Presiden parti, merupakan kesalahan mandatori.
![Dewan Ulama PAS akan kaji tahaluf siyasi Dewan Ulama PAS akan kaji tahaluf siyasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-02/61424497737_295x200.jpg)
Dewan Ulama PAS akan kaji tahaluf siyasi
Dewan Ulama PAS Pusat akan membuat kajian ke atas tahaluf siyasi, iaitu kerjasama politik di antara parti itu dengan sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS dan DAP.