Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Ahmad Yakob pagi ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan di Istana Kota Lama.
Ini menjadikan Kelantan negeri pertama yang menubuhkan kerajaan selepas proses Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang berakhir awal pagi ini.
Istiadat angkat sumpah berkenaan berlangsung di hadapan Pemangku Raja Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra bermula jam 11.30 pagi.
Ia turut disaksikan Tengku Temenggong Tan Sri Tengku Muhammad Rizam Tengku Aziz, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Bache, Setiausaha Kerajaan Kelantan Datuk Nazran Muhammad dan Mufti Kelantan Datuk Mohd Shukri Mohamad.
Ini adalah penggal kedua Ahmad, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pekan, dilantik sebagai Menteri Besar selepas menggantikan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
PAS mengekalkan kerajaan negeri selepas menang lebih 25 kerusi DUN yang diperlukan untuk mencapai majoriti mudah.
Di peringkat Parlimen, PAS menang sembilan kerusi, manakala Barisan Nasional (BN) kekal di lima kerusi.
Marlina Manaf
Thu May 10 2018
Ahmad menandatangani Surat Watikah Pelantikan MB Kelantan disaksikan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Bache (kanan) sempena Majlis Angkat Sumpah Jawatan MB Kelantan di Istana Kota Lama hari ini. --fotoBERNAMA
Tanah runtuh: JKR Laksana Kajian Terperinci Struktur Bukit Kanada
Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin, kajian ini bertujuan mengenal pasti kawasan berisiko tinggi serta mencadangkan langkah mitigasi yang perlu diambil dengan kadar segera.
Semua pihak perlu bekerjasama tangani banjir - Jeffrey
Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata beberapa pendekatan perlu dilaksanakan antaranya penyelenggaraan parit-parit di bawah seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sepanjang 170.5 km yang dijalankan secara berkala dengan skop utama pembersihan kelodak dan tumbuh-tumbuhan di dalam parit.
Pemberi maklumat tidak dilindungi jika buat pendedahan umum - Azalina
Tiada cadangan untuk meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) bagi memberi perlindungan kepada pemberi maklumat yang membuat pendedahan umum terlebih dahulu.
26 kampung terjejas banjir di Kinabatangan
Setakat ini dua pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka bagi menempatkan 140 mangsa daripada 36 keluarga.
JPBD Sibu fokus usaha hantar bantuan makanan di Sibu
AWANI Borneo menyertai operasi khas penghantaran bantuan makanan kepada mangsa-mangsa yang terjejas di luar bandar Sibu, yang diketuai Pejabat Kebajikan Masyarakat Sibu
JBPM terima lebih 900 panggilan kecemasan di Sabah, Sarawak
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Ahmad Izram Osman berkata panggilan yang paling tinggi diterima di Sarawak dengan 550 panggilan
Bekas Presiden Peka gagal rayuan ketepi tuduhan duduki tanah kerajaan tanpa kebenaran
Mahkamah Rayuan menolak permohonan bekas Presiden Peka Shariffa Sabrina Syed Akil untuk mengetepikan tiga pertuduhan menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran.
Pantau Agenda Reformasi: Kualiti ahli Parlimen berbahas
Sejauh mana ahli parlimen perlu menjunjung kasih titak YDPA supaya memastikan Dewan Rakyat adalah medan untuk semak dan imbang sekali gus memberi manfaat kepada rakyat?
Banjir Sarawak: Mangsa banjir di PPS mula menurunAK
Laporan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Banjir MTL Negeri Sarawak pada jam 4 petang Selasa memaklumkan jumlah mangsa turun kepada kepada 6,259 orang berbanding 9,191orang pada sebelah tengahari.
Dua suspek tembak polis Thailand mungkin tidak berada di Malaysia - KPN
Polis berkata dua suspek yang dipercayai menembak mati seorang pegawai kanan polis Thailand dan anaknya, berkemungkinan tidak berada di negara ini.
Esok raya, kerajaan Kelantan ubah tarikh cuti peristiwa
Kerajaan Negeri Kelantan bersetuju mengubah hari kelepasan am atau cuti peristiwa yang diumumkan sebelum ini pada 5 Mei, Khamis kepada 4 Mei iaitu Rabu.
Sidang DUN Kelantan akan dirasmikan tanpa keberangkatan Sultan Muhammad V
Istiadat Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang dijadual pada 23 Ogos ini akan dirasmikan tanpa keberangkatan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.
Kelantan guna duit RM400 juta dari pusat untuk projek rakyat
Kerajaan Kelantan akan mula menggunakan peruntukkan -one off- berjumlah RM400 juta oleh kerajaan Persekutuan.
Belum pernah berlaku kerajaan negeri disaman berkaitan tanah Orang Asli - MB Kelantan
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob berkata belum pernah berlaku dalam sejarah sebuah kerajaan negeri di saman oleh kerajaan Persekutuan kerana Tanah Adat Orang Asli di pedalaman Kelantan.
Kelantan jalankan kajian terperinci perintah berkurung remaja
Selain itu Kelantan bersedia hadkan masa operasi kedai lewat malam yang disifatkan mendorong remaja keluar malam.
Kelantan kekal bawah Pas, Ahmad Yaakob angkat sumpah MB
Ini menjadikan Kelantan negeri pertama tubuh kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14.
Pas alu-alukan Amanah bertanding kerusi diwakilinya - Takiyuddin
Pas hari ini mengalu-alukan Parti Amanah Negara (Amanah) untuk bertanding bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili Pas, pada pilihan raya umum akan datang.
Tiada sekatan untuk ahli PasMa bertanding JK PAS Pusat
Ahli PAS yang menganggotai PasMa atau mana-mana Badan Bukan Kerajaan (NGO) dibenarkan bertanding pada pemilihan parti itu Jun nanti.
Ingkar terhadap Presiden satu kesalahan mandatori - Dewan Ulama PAS
Dewan Ulama PAS bersetuju menjadikan pelanggaran terhadap arahan Majlis Syura dan keputusan Presiden parti, merupakan kesalahan mandatori.
Dewan Ulama PAS akan kaji tahaluf siyasi
Dewan Ulama PAS Pusat akan membuat kajian ke atas tahaluf siyasi, iaitu kerjasama politik di antara parti itu dengan sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS dan DAP.