ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri hari ini membentangkan Belanjawan Johor 2023 yang merupakan belanjawan lebihan RM2.44 juta selepas dua tahun berturut-turut mempersembahkan belanjawan defisit pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, hari ini.
Kali terakhir kerajaan Johor membentangkan belanjawan lebihan ialah Belanjawan 2020 pada November 2019.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata hasil negeri pada tahun hadapan dijangka kira-kira RM1,734.18 juta dengan unjuran perbelanjaan negeri pada tahun 2023 ialah kira-kira RM1,731.74 juta, yang kemudiannya mencatatkan lebihan sebanyak RM2.44 juta.
Membentangkan Belanjawan 2023 buat kali pertama, beliau berkata anggaran hasil pada tahun hadapan dijangka meningkat sebanyak 3.75 peratus manakala perbelanjaan mengurus bagi tempoh yang sama menurun sebanyak 11.56 peratus.
Onn Hafiz berkata belanjawan tersebut yang bertemakan "Maju Johor: Makmur Bersama Rakyat" disifatkan sebagai satu kesinambungan perjuangan yang memartabatkan pertumbuhan ekonomi Johor yang gemilang.
"Sebagai kerajaan yang prihatin, saya akan perincikan pelbagai inisiatif dalam Belanjawan Johor 2023 ini yang bertujuan untuk mengurangkan impak ekonomi global serta memastikan sasaran pertumbuhan dapat dipacu yang insya-Allah akan mempertingkatkan kesejahteraan Bangsa Johor," kata beliau ketika berucap pada Mesyuarat Keempat (Belanjawan 2023) Penggal Persidangan Pertama DUN Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini hari ini.
Onn Hafiz berkata perbelanjaan negeri tahun hadapan terdiri daripada perbelanjaan pembangunan sebanyak RM600 juta manakala perbelanjaan mengurus sebanyak RM1.126 bilion.
"Belanjawan Johor 2023 ini dirangka dengan 3.8 juta rakyat Johor sentiasa berada di hati dan benak fikiran kerajaan negeri Johor. Suara hati, jiwa dan minda mereka kita selami bersama keadaan dan situasi semasa maka lahirlah Belanjawan Johor 2023 ini.
"Kita berada dalam keadaan ekonomi yang mencabar (tahun hapadan). Apa yang penting adalah kita perlu menyediakan perancangan ekonomi yang mampan, berdaya tahan serta reserve simpanan yang mencukupi bagi menghadapi pelbagai cabaran mendatang," kata beliau tambahnya ekonomi Malaysia pastinya tidak terkecuali daripada berhadapan dengan impak yang sama.
Meskipun negara berada dalam fasa pemulihan, ketidaktentuan ekonomi global ini tentunya memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara termasuk negeri Johor yang berekonomi terbuka, kata Onn Hafiz.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 01 2022

Onn Hafiz berkata, anggaran hasil pada tahun hadapan dijangka meningkat sebanyak 3.75 peratus manakala perbelanjaan mengurus bagi tempoh yang sama menurun sebanyak 11.56 peratus. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Persidangan DUN Johor sebulat suara lulus Belanjawan 2023
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Ahad sebulat suara meluluskan Belanjawan Johor 2023.

Geran RM30 juta bagi ringankan beban rakyat terkesan COVID-19 - MB Johor
Hasni berkata 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor juga akan mendapat peruntukan tambahan sebanyak RM50,000 secara'one off'.

Belanjawan Johor usul peruntukan ADUN pembangkang dinaikkan tiga kali ganda
Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata elaun ketua pembangkang turut dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000, selain disediakan seorang pembantu tadbir.

Johor perlu anjakan belanjawan lebih efektif
Dalam setiap belanjawan baik diperingkat negeri mahupun persekutuan, satu cadangan belanjawan akan dibentangkan meliputi, anggaran hasil, perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan bagi 2020.

Johor sambut baik pemberian 50 peratus hasil pelancongan kepada negeri
Datuk Osman Sapian berkata langkah itu akan menggalakkan usaha kerajaan Johor untuk meningkatkan hasil pendapatan melalui sektor pelancongan di negeri ini.