ISKANDAR PUTERI:Kerajaan negeri Johor akan menaikkan peruntukan untuk wakil rakyat pembangkang sebanyak tiga kali ganda, daripada RM50,000 kepada RM150,000 bermula tahun depan, bagi membantu mereka menyelesaikan masalah rakyat di kawasan masing-masing.
Ketika membentangkan Belanjawan Johor 2021 di Dewan Undangan Negeri di sini hari ini, Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata elaun ketua pembangkang turut dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000, selain disediakan seorang pembantu tadbir.
Kenaikan ini adalah sebagai pengiktirafan terhadap peranan pembangkang yang bersifat konstruktif selain mengangkat martabat institusi wakil rakyat, kata Hasni.
Menteri Besar berkata menerusi Agenda Governans Johor, kerajaan negeri tetap beriltizam untuk menambah baik kualiti penyampaian perkhidmatan dan urus tadbir supaya lebih cekap, berintegriti dan memenuhi aspirasi rakyat.
"Transformasi Governans Johor dapat dilaksanakan menerusi pemerkasaan penjawat awam dan inisiatif pemodenan," katanya.
Beliau berkata inisiatif pertama, bagi meningkatkan kompetensi dan kapasiti penjawat awam, kerajaan negeri telah mewujudkan Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor.
"Kedua, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan badan-badan profesional bagi membuka ruang kepada penjawat awam negeri untuk memiliki kelayakan profesional dalam bidang teknikal dan bukan teknikal seperti insinyur (Ir), surveyor (Sr) dan akauntan bertauliah (CA)," katanya.
Beliau berkata kerajaan Johor juga akan melaksanakan kenaikan pangkat secara 'time based" berasaskan kecemerlangan untuk kali kedua, yang bertujuan memberikan laluan kerjaya lebih baik kepada pegawai kumpulan pelaksana dalam perkhidmatan awam negeri.
"Keempat, kerajaan negeri juga merafak sembah takzim dan menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Sultan Iskandar atas perkenan mengisytiharkan Majlis Perbandaran Pasir Gudang menjadi sebuah bandar raya, berkuat kuasa pada 22 Nov 2020.
"Pemasyhuran Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) ini akan meningkatkan keupayaan MBPG dalam menguruskan pembangunan pesat, melestarikan sektor ekonomi yang berteraskan industri dan pelabuhan di Pasir Gudang serta memelihara alam sekitar, selaras dengan Dasar Kelestarian Negeri Johor," katanya.
Menurut Hasni, kerajaan negeri Johor kini meneliti cadangan untuk menaik taraf Majlis Daerah Pontian menjadi perbandaran selain menggiatkan lagi pendigitalan tadbir urus kerajaan selari dengan Agenda Johor Digital.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 26 2020
![Belanjawan Johor usul peruntukan ADUN pembangkang dinaikkan tiga kali ganda Belanjawan Johor usul peruntukan ADUN pembangkang dinaikkan tiga kali ganda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/61606363336_BelanjawanJohor.jpg)
Hasni (kanan) membentangkan Belanjawan Johor 2021 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar hari ini. --fotoBERNAMA
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Menteri Besar, Ketua Menteri zahir ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong Menteri Besar, Ketua Menteri zahir ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714900694_TBSULTANIBRAHIM.jpg)
Menteri Besar, Ketua Menteri zahir ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong
Menteri Besar dan Ketua Menteri mmenzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, hari ini.
![Pulau Pinang bawa cadangan pemulangan cukai 20 peratus ke mesyuarat MB, KM Julai ini Pulau Pinang bawa cadangan pemulangan cukai 20 peratus ke mesyuarat MB, KM Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716274889_ChowKonYeowKetua.jpg)
Pulau Pinang bawa cadangan pemulangan cukai 20 peratus ke mesyuarat MB, KM Julai ini
Pulau Pinang akan membawa cadangan pemulangan 20 peratus wang cukai yang dikutip Kerajaan Persekutuan daripada negeri ke Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri pada Julai depan.
![Sesi pemulihan Faisal Halim ambil masa - MB Sesi pemulihan Faisal Halim ambil masa - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716701652_faisalhalim.jpg)
Sesi pemulihan Faisal Halim ambil masa - MB
SEMUA pihak diminta memberikan ruang dan privasi kepada pemain Selangor FC, Faisal Halim untuk memberi tumpuan kepada proses pemulihannya.
![Dua strategi utama jayakan Tahun Melawat Johor 2026 Dua strategi utama jayakan Tahun Melawat Johor 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715754752_TBOnnHafiz.jpg)
Dua strategi utama jayakan Tahun Melawat Johor 2026
Menaik taraf infrastruktur pelancongan serta menggerakkan promosi semua produk pelancongan di Johor secara agresif merupakan dua strategi utama untuk menjayakan agenda Tahun Melawat Johor 2026.
![Muhammad Sanusi mohon maaf atas keterlanjuran kata Muhammad Sanusi mohon maaf atas keterlanjuran kata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714832473_SanusiAnwarIbrahi.jpg)
Muhammad Sanusi mohon maaf atas keterlanjuran kata
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta maaf sekiranya ada memberi ucapan yang kurang sesuai dalam konteks hubungan sesama manusia (hablumminannas).
![PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714278020_AmirudinShari.jpg)
PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
![Larangan pasang khemah di tiga kawasan pantai Port Dickson Larangan pasang khemah di tiga kawasan pantai Port Dickson](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704883789_MenteriBesarNegeri.jpg)
Larangan pasang khemah di tiga kawasan pantai Port Dickson
Larangan pasang khemah di tiga kawasan pantai Port Dickson
![Negeri Sembilan bentang Belanjawan 2024 RM555 juta, hasil RM520 juta Negeri Sembilan bentang Belanjawan 2024 RM555 juta, hasil RM520 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701425286_TBAMINUDDIN.jpg)
Negeri Sembilan bentang Belanjawan 2024 RM555 juta, hasil RM520 juta
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2024 berjumlah RM555 juta dengan anggaran hasil sebanyak RM520 juta dan belanjawan pembangunan mencecah RM140 juta.
![MB Kelantan pegang lima portfolio Exco MB Kelantan pegang lima portfolio Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692779431_limaportfolio.jpg)
MB Kelantan pegang lima portfolio Exco
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud memegang lima portfolio pada penggal pentadbiran kali ini.
![Amirudin mula tugas sebagai MB Selangor hari ini Amirudin mula tugas sebagai MB Selangor hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692667852_tbAmirudinShari.jpg)
Amirudin mula tugas sebagai MB Selangor hari ini
Beliau tiba sambil diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim serta pegawai-pegawai penjawat awam negeri.