KUALA LUMPUR: Sejumlah RM421 bilion telah diperuntukkan untuk Belanjawan 2025 Malaysia MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan dokumen tersebut di Dewan Rakyat pada Jumaat.


Ringkasan AI
  • Sejumlah RM421 bilion telah diperuntukkan untuk Belanjawan 2025 Malaysia MADANI, merangkumi 20.1% daripada KDNK. RM335 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus dan RM86 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
  • Tiga sektor utama yang menerima peruntukan terbesar ialah pendidikan (RM15 bilion), keselamatan (RM12.3 bilion), dan kesihatan (RM6.9 bilion).
  • Hasil kerajaan persekutuan dianggar meningkat 5.5% kepada RM339.7 bilion dengan defisit fiskal diunjur pada 3.8%. Inflasi dijangka berada antara 2% hingga 3.5%.


Beliau berkata, jumlah tersebut merangkumi sekitar 20.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), dengan RM335 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus, manakala RM86 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Beliau berkata, tiga sektor yang menjadi penerima terbesar Belanjawan ialah pendidikan (RM15 bilion), diikuti keselamatan (RM12.3 bilion), dan kesihatan (RM6.9 bilion).

Perdana Menteri berkata, hasil kerajaan persekutuan dianggar meningkat 5.5 peratus kepada RM339.7 bilion seiring dengan prospek ekonomi 2025 yang dijangka lebih baik, dengan defisit fiskal diunjur pada 3.8 peratus, manakala inflasi di antara dua peratus hingga 3.5 peratus.


BERITA LANJUT MENYUSUL