Sehari sebelum meraikan ulang tahun ke-20 penampilan sulungnya bersama Barcelona, Messi mencatat lima penglibatan gol (tiga jaringan, dua bantuan gol) ketika Argentina mengatasi Bolivia 6-0, tiga hari lalu.
Messi menikmati musim yang hebat dengan memenangi Trofi Perisai Penyokong MLS di samping Inter Miami selain menyumbangkan 17 gol liga dan mencipta 10 bantuan jaringan walaupun hanya memulakan 15 perlawanan.
Sungguhpun prestasi penyerang itu tidak menunjukkan tanda-tanda kemerosotan sejak menyertai skuad The Herons tahun lalu, keputusannya untuk membelakangi kancah Eropah mendorong ramai pihak mengandaikannya sudah berada di penghujung karier.
Dia masih belum memuktamadkan masa depan jangka panjangnya dan hanya berhajat untuk fokus menikmati permainannya.
Bercakap pada malam Anugerah Marca America di Miami, Messi berkata: "Kehadiran saya di Inter Miami bukan bermakna saya akan bersara dalam masa terdekat, saya masih mempunyai banyak tahun lagi untuk beraksi.
"Buat masa ini, kita akan lihat. Saya tidak suka mempercepatkan masa atau melihat ke hadapan. Saya cuba menikmati setiap hari. Saya harap saya boleh terus beraksi di peringkat ini untuk berasa baik dan gembira.
"Apabila saya dapat melakukan apa yang saya suka, saya berasa gembira. Saya menghargai perkara ini lebih daripada pencapaian 2026. Saya tidak meletakkan matlamat untuk beraksi dalam Piala Dunia, demi untuk hidup setiap hari dan sihat.
"Saya masih kemaruk untuk meraih gelaran walaupun sudah agak tua dan keluarga saya masih berkembang.
"Apabila saya berasakan sokongan mereka, saya tidak akan dapat dihalang lagi," ujarnya.
* Artikel asal disiarkan di StadiumAstro.com