Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, insentif itu juga diyakini mampu menarik pelaburan berkualiti dan menawarkan pekerjaan bernilai tinggi.
Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, insentif khas tersebut akan diumumkan menjelang akhir tahun ini.
"Bagi menjayakan pengoperasian, Pejabat Keluarga, Suruhanjaya Sekuriti akan berperanan sebagai pihak berkuasa melulus untuk pemberian Pas Residen serta Pas Penggajian kepada masing-masing Pelabur Keluarga Pengasas dan profesional pelaburan Pejabat Keluarga berkaitan," katanya.
Perdana Menteri membentangkan Belanjawan 2025 bertemakan 'Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera' di Dewan Rakyat pada Jumaat.