KUCHING: Peningkatan peruntukan untuk Sabah dan Sarawak dalam Belanjawan 2023 berbanding belanjawan tahun lepas membuktikan komitmen dan kesungguhan Kerajaan Persekutuan dalam memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat di kedua-dua negeri berkenaan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata belanjawan yang bertemakan Membangun Malaysia MADANI juga jelas membuktikan komitmen dan iltizam berterusan Kerajaan Persekutuan dalam memperkasakan pembangunan infrastruktur Sabah dan Sarawak.
"Ini terbukti dengan sejumlah RM20 bilion diperuntukkan untuk menerus dan menyegerakan pelaksanaan lebuh raya Pan Borneo Sabah dan Pan Borneo Sarawak serta Sabah Sarawak Link Road dengan jajaran lebih 1,000 kilometer," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Sabah menerima peruntukan berjumlah RM6.5 bilion dalam Belanjawan 2023 berbanding RM5.16 bilion pada 2022, manakala Sarawak menerima peruntukan RM5.6 bilion pada 2023 berbanding RM4.67 bilion pada 2022.
Turut difokuskan adalah projek jalan utama Sabah Sarawak, jalan di sempadan dan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) di sempadan Sabah, Sarawak dan Kalimantan, susulan Nusantara akan menjadi bandar baharu Kalimantan.
IKUTI INTI PATI BELANJAWAN 2023 DI SINI
KALKULATOR BELANJAWAN 2023
Fadillah berkata usaha ini bagi menambah baik hubungan yang membuka pelbagai peluang di negara ini dan Kalimantan.
"Hubungan manusia kepada manusia, perniagaan dengan perniagaan dan Kerajaan kepada Kerajaan (G2G) akan dapat diperkukuhkan sekiranya logistik ditambah baik," katanya.
Beliau berkata Kerajaan Persekutuan juga terus komited dalam meneruskan rundingan dan melaksanakan tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dengan bersetuju memuktamadkan Pemberian Khas Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan bagi Sarawak dengan jumlah pemberian khas sekurang-kurangnya RM300 juta.
Menurutnya sejak tahun 1973, kadar Pemberian Khas bagi Sabah dan Sarawak masing-masing kekal pada RM26.7 juta dan RM16 juta. Kerajaan Persekutuan juga komited dalam menyegerakan rundingan untuk formula baharu.
Selain itu, Kerajaan Persekutuan menyerahkan kuasa melulus perolehan projek Persekutuan kepada Jabatan Teknik di Sabah dan Sarawak bagi projek sehingga RM50 juta.
"Ini akan memberi impak positif terhadap usaha mempercepat pembangunan di kedua-dua wilayah berkenaan," katanya dan menambah kerajaan turut memperuntukkan sejumlah RM1.2 bilion bagi penyelenggaraan 400 klinik daif dan 380 sekolah daif di kedua-dua negeri berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 24 2023
Fadillah berkata Belanjawan 2023 jelas membuktikan komitmen dan iltizam berterusan Kerajaan Persekutuan dalam memperkasakan pembangunan infrastruktur Sabah dan Sarawak. -Bernama
Peningkatan kes baharu dadah sebabkan kesesakan penjara
Jabatan Penjara mendedahkan berlaku kesesakan penjara di seluruh negara berikutan peningkatan kes baharu melibatkan dadah.
Berkelakuan ganas, dua suspek ditahan
Dua lelaki dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun lapan bulan atas kesalahan berkelakuan ganas susulan rusuhan yang menyasarkan masyarakat islam di beberapa bandar United Kingdom (UK) pada Khamis.
Palestin gesa ICC keluar waran tangkap ke atas Menteri Israel Smotrich
Palestin pada Khamis menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) agar mengeluarkan waran tangkap ke atas Menteri Kewangan Israel Bezalel Smotrich susulan kenyataannya untuk membiarkan dua juta penduduk di Semenanjung Gaza maut akibat kebuluran.
Muhammad Yunus pulang ke Dhaka, bakal angkat sumpah
Muhammad Yunus dijangka mengangkat sumpah sebagai Ketua Kerajaan sementara di hadapan Presiden Bangladesh, Mohammed Shahabuddin pada petang Khamis waktu tempatan.
Palestin pilih Malaysia jadi tuan rumah untuk Piala Dunia 2026
Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi perlawanan Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia di antara Palestin dan Jordan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Selasa, 10 September 2024.
FGV hasilkan minyak isirung sawit mentah pertama patuh EUDR
FGV Holdings Bhd mengukuhkan komitmennya terhadap amalan mampan dengan mengeluarkan minyak isirung sawit mentah (CPKO) pertama yang mematuhi Peraturan Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).
Nik Nazmi tawar diri bertanding jawatan Presiden KLFA
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad akhirnya mengesahkan menawarkan diri bertanding bagi jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA).
[TERKINI] Tesla tidak pernah buat komitmen buka kilang di Malaysia - Tengku Zafrul
Tesla tidak pernah membuat komitmen untuk membuka kilang di Malaysia
Tesla tidak pernah buat komitmen buka kilang di Malaysia - Tengku Zafrul
Tesla tidak pernah membuat komitmen untuk membuka kilang di Malaysia, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Mahkamah Tinggi benarkan permohonan Amir Hadi
Mahkamah Persekutuan akan melihat menentukan keabsahan peruntukan Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman, berhubung pertuduhan ke atas Setiausaha Agung MuDa, Amir Hariri Abd Hadi
1.4 juta ahli KWSP terima RM500 one-off caruman tambahan
Insentif RM500 diperuntukkan kepada individu yang mempunyai simpanan KWSP RM10,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 mereka setakat 24 Februari 2023.
AP kenderaan CBU masih lagi relevan - Tengku Zafrul
Pemansuhan AP boleh mendorong pengimportan atau lambakan kenderaan CBU yang tidak mematuhi piawaian teknikal dan membahayakan pengguna.
Kerajaan peruntuk RM90 juta kepada Risda, Felcra, galak pekebun kecil optimumkan penggunaan tanah
Anwar Ibrahim berkata skop galakan cukai automasi juga akan diperluas untuk meliputi sektor komoditi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi.
Skim pencen 'bom jangka' kewangan negara - Khairy
Pelaksanaan skim pencen seperti diamalkan bagi sektor perkhidmatan awam boleh menjadi bom jangka kepada kewangan negara, menurut Khairy Jamaluddin.
[KOLUMNIS] Kerajaan nekad noktahkan miskin tegar, bukan 'tanam tebu di bibir'
KEMISKINAN tegar yang sudah lama berakar di negara ini harus dinoktahkan pada tahun ini juga.
[KOLUMNIS] Beri masa kestabilan politik Madani selesai masalah negara
Suhu politik seakan-akan tidak menunjukkan sebarang tanda akan reda untuk tempoh sekurang-kurang sehingga berakhir penggal Parlimen ke-15.
Kerajaan mampu laksana inisiatif Ekonomi MADANI - Ahmad Maslan
Kementerian turut digalakkan supaya menggunakan keseluruhan sumber yang diperuntukkan bagi melaksanakan inisiatif di bawah Ekonomi MADANI.
Sejumlah RM471 juta bantuan IPG diagihkan kepada 217,090 pekebun kecil - LGM
IPG telah dilaksanakan sejak 2015 bertujuan bagi mengurangkan beban pekebun kecil ketika harga getah di pasaran rendah.
Pelaksanaan Ekonomi Madani tidak libatkan tambahan perbelanjaan - Rafizi
Beliau berkata kerajaan akan berbelanja mengikut peruntukan yang diluluskan oleh Parlimen serta berdasarkan perbelanjaan yang ditetapkan dalam belanjawan tahun ini.
Kuarters usang di IPD Gerik, Kampar dan Ipoh akan ditambah baik - Ketua Polis Perak
Penyelenggaraan fasiliti lain seperti lif turut akan diberikan perhatian sewajarnya bagi kemudahan anggota dan keluarga mereka.