PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan badan siasatan, penguatkuasaan dan badan kehakiman di Malaysia kekal bebas dan tidak di bawah pengaruh mana-mana pihak.
Menurutnya, adalah tidak bertanggungjawab apabila tokoh politik pembangkang membuat tohmahan bahawa kerajaan memberi tekanan kepada badan-badan tersebut untuk mengambil tindakan kepada pembangkang.
Tegasnya, kerajaan tidak langsung campur tangan dalam termasuk dalam kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
"Perkara yang berlaku ialah, pertama, ada laporan dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SPRM berkaitan penggunaan wang oleh parti Bersatu.
"Kedua, saya jalankan kerja saya di Kementerian Kewangan (MOF) dan lihat projek-projek yang menelan belanja terlalu tinggi tanpa melalui tender. Kalau tiada tender dan kos tidak melambung tinggi, itu tidak menjadi isu.
"Ia bukan kita menghukum sesiapa. Projek Jana Wibawa semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tebatan banjir, kita dapati kos terlalu tinggi. Maka saya dedahkan maklumat dari MOF.
"Apa yang dilakukan SPRM itu bukan tertakluk kepada saya tetapi tertakluk kepada siasatan yang mendapati dalam akaun parti ada lebih RM300 juta. Itu memang harus dijelaskan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas selesai mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Pejabat Perdana Menteri di sini pada Khamis.
Tambah Anwar, beliau tiada masalah sekiranya SPRM memeriksa akaun parti lain dan menyatakan, parti lain melakukan audit kewangan parti dan dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) setiap tahun.
Begitupun, katanya, bukan Bersatu yang mendedahkan akaun parti mereka sebaliknya ia didedahkan penyiasat.
"Sekiranya mereka parti bersih seperti mana diceritakan, mereka kena jelaskan kenapa dalam masa singkat boleh kumpul wang banyak.
"Dari sumber mana dan kepada siapa? Itu tugas SPRM (untuk siasat) dan baru dibawa ke Jabatan Peguam Negara, mengikut prosesnya. Lebih dari itu, saya tidak tahu.
"Yang kami nak tegaskan, arahan siasatan, semua tidak terkecuali untuk parti kerajaan atau pembangkang. Kita tegaskan begini supaya elak sebarang spekulasi," ujarnya.
Astro AWANI pada Rabu melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan membekukan akaun Bersatu.
Menurutnya, pembekuan akaun itu bagi membolehkan pihaknya menjalankan siasatan berhubung salah laku yang didakwa dilakukan pemimpin parti tersebut.
Jelasnya, ia juga bagi menyiasat beberapa sumbangan yang ditafsir sebagai suapan atau rasuah melibatkan parti tersebut.
Ridauddin Daud
Thu Feb 02 2023
![Beku akaun Bersatu: PM Anwar tegaskan tiada campur tangan daripada kerajaan Beku akaun Bersatu: PM Anwar tegaskan tiada campur tangan daripada kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41675322368_MesyuaratKabinet.jpg)
Tegas Anwar kerajaan tidak langsung campur tangan dalam termasuk dalam kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). - Foto BERNAMA
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Sitaan akaun bank Bersatu tidak boleh dilepas sehingga selesai perbicaraan - SPRM Sitaan akaun bank Bersatu tidak boleh dilepas sehingga selesai perbicaraan - SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733147148_WanShaharuddin.jpg)
Sitaan akaun bank Bersatu tidak boleh dilepas sehingga selesai perbicaraan - SPRM
"Akaun bank tersebut adalah 'subject matter' kepada siasatan serta pendakwaan dan ia tidak boleh dilepaskan sehingga selesai perbicaraan."
![Beku akaun Bersatu: PM Anwar tegaskan tiada campur tangan daripada kerajaan Beku akaun Bersatu: PM Anwar tegaskan tiada campur tangan daripada kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41675322368_MesyuaratKabinet.jpg)
Beku akaun Bersatu: PM Anwar tegaskan tiada campur tangan daripada kerajaan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan badan siasatan, penguatkuasaan dan kehakiman di Malaysia kekal bebas dan tidak di bawah pengaruh mana-mana pihak.
![Pembekuan akaun: Hanya untuk beri persepsi PN ada masalah integriti - Tuan Ibrahim Pembekuan akaun: Hanya untuk beri persepsi PN ada masalah integriti - Tuan Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670317688_DatukSeriTuanIbra.jpg)
Pembekuan akaun: Hanya untuk beri persepsi PN ada masalah integriti - Tuan Ibrahim
Tindakan pembekuan akaun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat sengaja dilakukan bagi memberi persepsi masalah integriti kepada Perikatan Nasional (PN) dan bukannya isu penyelewengan.
![Beku akaun: Jangan bermotif politik, cubaan lumpuhkan PN menjelang PRN - Muhyiddin Beku akaun: Jangan bermotif politik, cubaan lumpuhkan PN menjelang PRN - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41667571885_TBMUHYIDDINYASSIN.jpg)
Beku akaun: Jangan bermotif politik, cubaan lumpuhkan PN menjelang PRN - Muhyiddin
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya siasatan secara telus akan dijalankan terhadap parti itu dan bukan bermotif politik susulan pembekuan akaun oleh SPRM.
![Hishammuddin sedia bantu kepimpinan UMNO pusat baharu Hishammuddin sedia bantu kepimpinan UMNO pusat baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/51525845650_DatukSeriHishammud.jpg)
Hishammuddin sedia bantu kepimpinan UMNO pusat baharu
Hishammuddin yang tidak bertanding sebarang jawatan pada pemilihan parti kali ini berkata beliau bersedia membantu usaha memulihkan UMNO khususnya di peringkat bahagian dan Johor.