KUALA LUMPUR: Mempunyai sejarah silam bergelar 'pelatih' di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka, bukanlah suatu yang boleh dibanggakan kerana sekali kaki pernah menjejaki di situ, pastinya masyarakat mempunyai tanggapan negatif terhadap mereka.
Ini kerana sekolah itu cukup dikenali sebagai 'tempat hukuman' untuk remaja nakal yang terjebak dengan pelbagai masalah sosial dan jenayah, menjadikan kebanyakan lepasan institusi itu lebih suka merahsiakan detik hitam perjalanan hidup mereka.
Namun berbeza keadaannya bagi Muhammad Izzad Daniel Abdullah, 22, yang mengambil inisiatif berkongsi pengalamannya 'belajar' di sekolah itu selama tiga tahun selepas terbabit kes pecah rumah ketika berusia 17 tahun, pada 2016.
Melalui platform YouTube dan Tik Tok, Muhammad Izzad tidak kisah membuka 'pekungnya' untuk dijadikan sebagai pengajaran kepada golongan muda agar tidak tersilap percaturan dalam menentukan arah hidup mereka.
"Saya lihat statistik penghuni di sekolah itu semakin bertambah pada setiap tahun. Jadi, apabila bebas, saya cuba cari kaedah bersesuaian yang bertujuan memberi pengajaran sekali gus membantu mengurangkan kadar jenayah melibatkan remaja di negara ini," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Pada awalnya, bapa kepada seorang anak perempuan ini mengakui tidak yakin akan tindakannya itu kerana ia ibarat membuka aib sendiri, namun dia terkejut apabila perkongsiannya mendapat maklum balas positif daripada keluarga dan masyarakat sekeliling.
"Tujuan saya hanya satu, untuk memberi mesej kepada orang ramai khususnya golongan belia supaya jauhi perbuatan jenayah dan ambil iktibar daripada kesilapan yang saya lakukan. Saya tidak mahu mereka tersilap langkah dalam hidup dan mengalami nasib seperti saya.
"Alhamdulillah, perkongsian itu tular di media sosial dan ramai memberi sokongan positif selepas saya mula melakukannya pada Ogos tahun lepas. Ini adalah penghargaan terbesar buat saya," katanya yang turut mendapatkan nasihat dan pandangan daripada beberapa ustaz sebelum berbuat demikian.
Menceritakan kembali detik 'kenakalannya', anak sulung empat beradik itu mula terlibat dengan najis dadah seawal usia 12 tahun dan apabila naik sekolah menengah, dia menjadi penagih tegar pil kuda, syabu dan morfin menyebabkannya sering ponteng sehingga akhirnya dibuang sekolah.
Dia cuba mencari pekerjaan ketika itu, namun dengan keadaan diri yang tidak terurus, sudah pasti tidak ada majikan yang sanggup menawarkan pekerjaan menyebabkannya mengambil jalan pintas melakukan jenayah pecah rumah untuk mendapatkan wang sebelum ditangkap.
Sepanjang tempoh menjalani pemulihan di sekolah itu, Muhammad Izzad Daniel banyak bermuhasabah diri dan berazam menjadi seorang insan berguna kepada keluarga, masyarakat dan negara.
"Bagi saya, dalam melakukan perubahan hidup, ia merangkumi 50 peratus usaha yang datang daripada diri sendiri manakala selebihnya adalah sokongan dan nasihat daripada keluarga dan masyarakat," katanya.
Biarpun tidak dapat lari daripada stigma negatif masyarakat, anak kelahiran Kemaman, Terengganu itu tidak mahu perkara ini melemahkan semangatnya untuk membina kembali kehidupan sekali gus menjadi orang yang berjaya pada suatu hari nanti.
"Kita jangan pernah jatuh dengan kata-kata kecaman orang sebaliknya jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk terus maju ke hadapan. Masyarakat juga seharusnya memberi peluang kedua buat mereka untuk berubah menjadi lebih baik.
"Pada saya, jika kegagalan yang dicari maka itulah yang kita akan dapat. Namun, jika kejayaan yang dicari maka usaha perlu diteruskan kerana ia tidak akan datang dengan mudah. Insya-Allah kejayaan akan hadir," katanya.
Dia kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat Diploma Pengurusan Penerbangan di Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics, Kuala Lumpur dan turut dilantik sebagai ikon Projek Reben Kuning oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada tahun lepas selain aktif memberi ceramah motivasi di sekolah dan institusi pengajian tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 25 2021

Sepanjang tempoh menjalani pemulihan di sekolah itu, Muhammad Izzad Daniel banyak bermuhasabah diri dan berazam menjadi seorang insan berguna. - Foto BERNAMA

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Wanita gugur tuntutan mahkamah terhadap Mike Tyson atas kesalahan rogol
Seorang wanita yang menuduh Mike Tyson merogolnya dalam limosin pada 1991 telah menggugurkan tuntutan mahkamah terhadapnya.
Pantau Belanjawan: Sejauh mana kesediaan Malaysia untuk peralihan kepada tenaga nuklear?
Sekurang-kurangnya lapan protokol atau konvensyen penting yang ditetapkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) perlu ditandatangani dan disahkan sebelum Malaysia dapat meneroka penggunaan tenaga nuklear untuk penjanaan elektrik. Apakah langkah yang telah diambil, dan apakah cabaran yang kekal dalam memenuhi piawaian nuklear antarabangsa? Kupasan lanjut bersama Felo Utama, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM, Prof. Dr. Ahmad Fariz Mohamed.

Malaysia perkukuh rantaian bekalan semikonduktor bersama negara ASEAN - Liew
Malaysia tidak berhasrat untuk bersaing dengan negara jiran atau negara anggota ASEAN lain dalam usaha memperkukuh rantaian bekalan terutama dalam sektor semikonduktor di rantau ini.

Penghuni pusat jagaan didakwa bunuh rakan penghuni
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di dalam tandas Pusat Jagaan Maju Jaya, Chemor antara jam 6 pagi hingga 6.50 pagi, 24 Ogos lalu.

Tiada kompromi kepada madrasah jalankan penderaan kepada penghuni - Idris
Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana madrasah di negara ini yang didapati menjalankan penderaan ala militan kepada penghuninya.

Penghuni pusat pemulihan dadah maut dipercayai selepas kejadian amuk
Seorang penghuni sebuah pusat pemulihan dadah di Padang Rengas, Kuala Kangsar maut akibat kecederaan parah dipercayai selepas kejadian amuk, pada Rabu.

Bekas penghuni Sekolah Henry Gurney kongsi pengalaman di media sosial
Pada awalnya, bapa kepada seorang anak perempuan ini mengakui tidak yakin akan tindakannya itu kerana ia ibarat membuka aib sendiri.

Pusat jagaan warga emas digalak lakukan prapendaftaran bagi program vaksinasi
Hanya satu daripada dua puluh rumah orang tua di Malaysia yang telah melakukan prapendaftaran bagi program vaksinasi COVID-19.

"Umi minta maaf"... Penjaga rumah perlindungan sayu 67 penghuni positif COVID-19
Seramai 67 penghuni termasuk enam bayi berusia sepuluh hari hingga 12 bulan di sebuah pusat perlindungan wanita dan kanak-kanak di Skudai, di sini, didapati positif COVID-19.

COVID-19: Pengurusan kondominum, apartmen boleh arah penghuni buat saringan - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, peraturan itu bagi menjaga keselamatan penghuni di kawasan perumahan tersebut.

Bekas pesakit kusta minta KKM bina penghadang asingkan pusat kuarantin COVID-19
Majoriti penghuni yang tinggal di kawasan tersebut adalah warga emas yang merupakan bekas pesakit kusta di pusat itu dan berisiko tinggi untuk dijangkiti virus COVID-19.

Pasar Jalan Othman, PJ diwartakan PKPD kelapan - Ismail Sabri
PKPD di kawasan Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya libatkan kira-kira 2,900 penghuni kediaman dan premis perniagaan.

Apartmen tidak selamat diduduki akibat tanah runtuh, 65 orang dipindahkan
Sehubungan itu, seramai 65 orang penghuni daripada 24 buah rumah terpaksa dipindahkan ke Pusat Komuniti Taman Tun Dr Ismail sebagai langkah keselamatan.