KUALA LUMPUR: Hanya satu daripada dua puluh rumah orang tua di Malaysia yang telah melakukan prapendaftaran bagi program vaksinasi COVID-19 sekali gus menyaksikan penghuni serta kakitangan di pusat jagaan warga emas lain berdepan risiko tidak mendapat suntikan atau menerimanya dalam keadaan agak terlewat, demikian menurut pegawai yang terlibat dalam pelan vaksinasi untuk golongan itu.
Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia di Universiti Putra Malaysia (MyAgeing) menganggarkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya 1,000 rumah orang tua di Malaysia, dengan separuh daripadanya tidak diketahui oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM), justeru tidak dapat dihubungi.
Setakat ini, hanya 50 pusat jagaan warga emas yang melakukan prapendaftaran bagi program vaksinasi, menurut MyAgeing dan KKM.
Sesetengah daripadanya tidak memiliki lesen manakala yang lain memperoleh lesen daripada pelbagai pihak berkuasa seperti kerajaan tempatan.
Dr Noraliza Noordin Merican daripada Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga KKM memberitahu Bernama bahawa adalah penting untuk semua pusat jagaan warga emas membuat prapendaftaran itu supaya mereka dapat memperuntuk sumber dengan betul bagi memvaksinkan kakitangan dan penghuni yang mungkin hanya mampu terbaring, di lokasi.
"Kalau boleh, kami lebih suka memberikan vaksin itu di pusat jagaan mereka kerana kami agak keberatan untuk membawa mereka keluar kerana warga emas berdepan risiko lebih tinggi.
"Jika kami boleh memberikan vaksin itu kepada mereka di pusat jagaan, itu adalah lebih mudah dan selamat berbanding membawa mereka keluar ke tempat awam," katanya.
Bagaimanapun, sesetengah pengusaha rumah orang tua agak keberatan untuk melakukan prapendaftaran bagi program vaksinasi itu kerana bimbang akan kesannya.
Beberapa wakil Persatuan Pengusaha Rumah Orang Tua Malaysia (AGECOPE) berkata kebanyakan ahlinya bimbang mereka akan dikenakan denda kerana mengendali pusat jagaan itu tanpa lesen atau menggaji pekerja asing bagi menampung kekurangan tenaga kerja yang semakin memburuk akibat pandemik COVID-19.
Dr Noraliza memberi jaminan bahawa KKM tidak akan mengambil tindakan terhadap pengusaha terbabit kerana keutamaan mereka ialah memastikan sebanyak mungkin golongan warga emas mendapat vaksinasi secepat mungkin, bukan status pendaftaran pusat jagaan terbabit atau kakitangannya.
"Apa yang paling penting ketika ini ialah untuk kami mengetahui jumlah penghuni di pusat jagaan terbabit, berapa ramai yang sanggup disuntik dengan vaksin itu dan adakah mereka mempunyai sebarang alergi?" katanya.
Beliau berkata pengusaha dan kakitangan pusat jagaan terbabit boleh menggantikan maklumat dalam seksyen berkaitan nombor kad pengenalan atau pasport dengan nombor telefon bimbit atau membiarkannya kosong.
Bernama sempat menghubungi beberapa pusat jagaan warga emas termasuk rumah kebajikan dan bertanya sama ada mereka tahu mengenai proses prapendaftaran bagi vaksinasi itu.
Beberapa pusat jagaan memaklumkan bahawa mereka sudah menyerahkan borang prapendaftran manakala yang lain menyangka pendaftaran hanya bermula pada April.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 23 2021

Sesetengah pengusaha rumah orang tua keberatan untuk melakukan prapendaftaran bagi program vaksinasi itu kerana bimbang akan kesannya. - Gambar hiasan
Suntikan dana RM1.1 bilion terhadap Sapura Energy bukan bailout
Jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadzil menjelaskan bahawa suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy bukan bentuk ‘bailout’.

Kementerian Komunikasi tegas perangi kandungan berunsur fitnah dan hasutan - Teo
Kementerian Komunikasi tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menggugat keselamatan dan kesejahteraan negara dengan menyebarkan kandungan yang berunsur fitnah dan hasutan.

Susulan kejayaan Kampung Angkat MADANI, PM seru sektor swasta ambil ‘sekolah angkat’
Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan swasta disaran untuk menghulurkan bantuan kewangan terhadap sekolah-sekolah yang memerlukan.
[TERKINI] Panel dinding Stesen Masjid Jamek Runtuh, tiada maut
Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) mengesahkan terdapat sebuah panel dinding di Stesen Masjid Jamek runtuh ketika hujan ribut melanda pada 4.04 petang Rabu.

Serangan seksual: Hukuman penjara bapa dikurangkan kepada 10 tahun
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan agar lelaki itu menjalani hukuman sebatan sebanyak tiga kali.

Rossa buka warung, jual juadah berbuka puasa serendah 54 sen
Rossa membuka warung di kampung halamannya di Sumedang, menjual juadah berbuka puasa dengan harga murah, serendah 54 sen.
Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak akan diumum November
Kementerian Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak akan mengeluarkan senarai kursus ijazah sarjana muda yang terbabit dalam skim pendidikan tinggi percuma negeri itu pada November nanti.
STEM Catalyst-Raspberry Pi diperluas ke 130 sekolah rendah di Sarawak
Menteri Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, inisiatif STEM Catalyst-Raspberry Pi bertujuan untuk menarik minat lebih ramai pelajar dalam bidang berkenaan.
Jumlah penerbangan di Sarawak mencukupi - Kim Shin
Menteri Pengangkutan Sarawak,Datuk Seri Lee Kim Shin berkata penekanan diberikan kepada penambahan penerbangan jika diperlukan, di samping kawalan terhadap kadar tambang agar tidak membebankan penumpang.
AirBorneo bakal miliki pesawat ATR72-600
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.

1,946 warga emas telah terima vaksin influenza di Perak
Jumlah itu amat menggalakkan selain slot janji temu imunisasi influeza di 32 daripada 78 klinik kesihatan telah ditempah penuh hingga Mac.

Kusta: Tiada vaksin, tangani dengan amalan kebersihan dan penjagaan kesihatan
Penyakit kusta tiada vaksin khusus dan merebak melalui titisan udara. Pencegahan terbaik adalah dengan menjaga kebersihan diri serta kesihatan yang baik.

Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin
Pesakit merupakan seorang bayi perempuan berusia lima bulan dari Indonesia yang dipindahkan secara perubatan dari negara itu.

Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.

Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.

Wabak disyaki virus Marburg ragut lapan nyawa di Tanzania - WHO
Wabak disyaki virus Marburg di Tanzania menjangkiti sembilan individu dan mengakibatkan lapan kematian setakat ini, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Indonesia bekalkan 4 juta vaksin untuk tangani wabak kaki dan mulut (FMD)
Vaksin FMD ini sedang diedarkan ke seluruh wilayah di Indonesia melalui kerajaan tempatan.

TH perkenal buku rekod rawatan digital, mudahkan bakal haji
Bakal jemaah musim haji 1446H/2025M tidak perlu lagi hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) terdekat bagi mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH).

Malaysia, China perkukuh hubungan dalam sains, teknologi dan inovasi
Malaysia mengulangi komitmen untuk mewujudkan kolaborasi dengan China dalam bidang STI menerusi Memorandum Persefahaman ditandatangani antara Akademi Sains Malaysia CAS hari ini.

Sudan Selatan terima lebih 280,000 dos vaksin untuk tangani kolera
Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa vaksin itu akan diedarkan secara strategik di Negeri Upper Nile dan lokasi keutamaan lain.