PUTRAJAYA: Aktiviti mencuri kabel bumi tembaga di pusat membeli-belah Alamanda di sini berjaya ditumpaskan dengan penahanan empat lelaki tempatan termasuk bekas pengawal keselamatan premis tersebut.
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata tiga individu dikesan melakukan kegiatan itu di aras satu pusat beli-belah itu pada 10 Mei lepas sekitar pukul 9 pagi berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan seorang daripadanya dipercayai bekas pengawal keselamatan terbabit.
Susulan kes kecurian kabel elektrik dengan kerugian dianggarkan RM6,800, pihak pengurusan pusat membeli-belah itu telah membuat laporan polis.
"Polis menahan tiga lelaki tersebut di tiga lokasi berbeza di Dengkil, Sepang pada 12 dan 13 Mei lepas dan siasatan mendapati ketiga-tiga individu itu adalah kawan dan menggunakan kereta sewa bagi aktiviti mencuri kabel," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata tangkapan itu membawa kepada penahanan seorang lagi individu yang merupakan anak kepada pemilik kedai lusuh di Taman Putra Perdana, Sepang, disyaki pembeli tembaga berkenaan.
A. Asmadi berkata antara barangan dirampas daripada suspek adalah pemotong wayar, gergaji besi dan wayar kabel bumi berwarna hijau.
Beliau berkata ujian saringan air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah dan mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah.
Menurutnya, dua daripada mereka telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya mengikut Seksyen 379 dan Seksyen 414 Kanun Keseksaan manakala dua lagi dijadikan saksi pendakwaan.
A. Asmadi berkata kegiatan mencuri kabel didapati rancak berikutan permintaan dan harga tinggi hingga mencecah RM34 sekilogram.
"Aktiviti sedemikian harus dibanteras sebelum ia meluas ke bangunan kerajaan dan kawasan perumahan yang akan menganggu sistem komunikasi dan bekalan elektrik di Putrajaya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 18 2022
![Bekas pengawal keselamatan antara empat ditahan kes curi kabel elektrik di Alamanda Bekas pengawal keselamatan antara empat ditahan kes curi kabel elektrik di Alamanda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71652862906_TBAsmadiAbdulAziz.jpg)
Asmadi (dua, kiri) bersama pegawai polis menunjukkan wayar tembaga kabel bumi dan barang rampasan lain serta wajah suspek kes curi kabel di Putrajaya pada sidang media hari ini. - Foto BERNAMA
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Penduduk sekitar kawasan banjir mohon TNB periksa tiang, kabel elektrik, pastikan selamat Penduduk sekitar kawasan banjir mohon TNB periksa tiang, kabel elektrik, pastikan selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703990213_KampungHujungTanju.jpg)
Penduduk sekitar kawasan banjir mohon TNB periksa tiang, kabel elektrik, pastikan selamat
Penduduk berkata struktur tiang yang senget itu bukan sahaja membahayakan penduduk malah boleh mengancam nyawa pengguna jalan raya.
![Bekas pengawal keselamatan antara empat ditahan kes curi kabel elektrik di Alamanda Bekas pengawal keselamatan antara empat ditahan kes curi kabel elektrik di Alamanda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71652862906_TBAsmadiAbdulAziz.jpg)
Bekas pengawal keselamatan antara empat ditahan kes curi kabel elektrik di Alamanda
Aktiviti mencuri kabel bumi tembaga di pusat membeli-belah Alamanda Putrajaya berjaya ditumpaskan dengan penahanan empat lelaki tempatan.
![61 individu termasuk tiga dalang sambung elektrik haram ditahan 61 individu termasuk tiga dalang sambung elektrik haram ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41627698458_TBelektrikharamjpg.jpg)
61 individu termasuk tiga dalang sambung elektrik haram ditahan
Modus operandi mereka ialah menggunakan menggantung cangkuk besi di kabel pencawang utama.
![TNB lantik kontraktor baik pulih kabel elektrik Jambatan Pulau Pinang TNB lantik kontraktor baik pulih kabel elektrik Jambatan Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51614762528_Kabelelektrik.jpg)
TNB lantik kontraktor baik pulih kabel elektrik Jambatan Pulau Pinang
Sehingga hari ini, syarikat itu masih belum mendapat maklumat penuh dari Jabatan Bomba mengenai punca kebakaran yang berlaku.
![Pokok tumbang di Pulau Pinang akibat hujan lebat, angin kencang Pokok tumbang di Pulau Pinang akibat hujan lebat, angin kencang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/41533776294_pokoktumbang.jpg)
Pokok tumbang di Pulau Pinang akibat hujan lebat, angin kencang
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A.A Anbalagan berkata tiada kecederaan dilaporkan dan arahan penutupan jalan sehingga kerja-kerja selesai telah diatur.
![Tren komuter di laluan Pelabuhan Klang-KL Sentral tergendala Tren komuter di laluan Pelabuhan Klang-KL Sentral tergendala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/81463325844_KTMKomuter.jpg)
Tren komuter di laluan Pelabuhan Klang-KL Sentral tergendala
Perkhidmatan komuter di laluan Pelabuhan Klang ke KL Sentral tergendala pagi ini, berikutan kejadian pokok tumbang antara Klang-Jalan Kastam, dekat Pelabuhan Klang, pagi tadi.
![Pemandangan kabel berselirat di Bangkok akan jadi sejarah Pemandangan kabel berselirat di Bangkok akan jadi sejarah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/71502624654_BangkokCabel.jpg)
Pemandangan kabel berselirat di Bangkok akan jadi sejarah
Pentadbir bandar raya itu berusaha mengalihkan kabel yang menyerabutkan pemandangan itu ke dalam bumi.
![Pelajar sekolah menengah maut, leher tersangkut wayar kabel elektrik Pelajar sekolah menengah maut, leher tersangkut wayar kabel elektrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/81491750141_Motosikal.jpg)
Pelajar sekolah menengah maut, leher tersangkut wayar kabel elektrik
Seorang pelajar sekolah menengah maut apabila kabel elektrik terjatuh sebelum tersangkut di lehernya ketika sedang membonceng sebuah motosikal.
![Seorang maut, 20 cedera belon udara panas langgar kabel elektrik lalu terhempas Seorang maut, 20 cedera belon udara panas langgar kabel elektrik lalu terhempas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/71491734430_HotAirBalloon.jpg)
Seorang maut, 20 cedera belon udara panas langgar kabel elektrik lalu terhempas
Belon udara panas di kawasan pelancongan Cappadocia itu hilang kawalan akibat dipukul angin kuat.