KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengarah dan pegawai kanan agensi kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai mengemukakan tuntutan palsu dan menerima suapan bulanan yang keseluruhan dianggarkan lebih RM230,000.
Menurut sumber, kedua-dua suspek dipercayai menggunakan lesen beberapa syarikat bagi melakukan tuntutan palsu berhubung kerja-kerja pembekalan makanan dan minuman berjumlah lebih RM175,000, namun tiada pembekalan mahupun program dilaksanakan oleh pihak terbabit.
Bekas pengarah itu turut dipercayai menerima bayaran secara bulanan lebih RM60,000 daripada seorang kontraktor dalam tempoh 2017 hingga 2019.
Kedua-dua mereka yang berusia 44 dan 50 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Kota Kinabalu, Sabah pada Selasa kira-kira pukul 12.30 tengah hari selepas dirakam keterangan.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi pada Selasa mengesahkan tangkapan tersebut.
Beliau memberitahu, kes itu disiasat mengikut Seksyen 17(a) dan 18 Akta SPRM 2009 .
Tambah beliau, tangkapan ini merupakan hasil kerjasama di antara SPRM Sabah dan unit integriti agensi kerajaan berkenaan.
Katanya, kedua-dua suspek tersebut akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu pada Rabu untuk permohonan perintah reman.
Umavathi Ramayah
Tue Aug 02 2022

Bekas pengarah dan pegawai kanan sebuah agensi kerajaan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu untuk permohonan perintah reman pada Rabu. - Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Bekas pengarah, pegawai kanan agensi kerajaan ditahan kes tuntutan palsu, suapan lebih RM230,000
Seorang bekas pengarah dan pegawai kanan sebuah agensi kerajaan Sabah ditahan SPRM kerana dipercayai mengemukakan tuntutan palsu dan menerima suapan daripada kontraktor.