KUANTAN: Seorang bekas pekerja sambilan harian di sebuah jabatan kerajaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas 15 pertuduhan gagal melaporkan sogokan berjumlah RM9,700 diterimanya, tiga tahun lepas.
Rozairi Ismail, 33, dari Felda Jengka 13, Maran dekat sini, mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan itu di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain.
Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan itu antara 24 Julai 2020 hingga 2 Jan 2021, semasa diberikan wang antara RM200 hingga RM3,000 oleh dua individu yang dimasukkan ke akaun miliknya, bagi tertuduh memberikan maklumat awal berkaitan projek di bawah jabatan itu semasa dia bertugas di Johor.
Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 25(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 25(2) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya SPRM Nur Zahida Muhammad Ruzi, menawarkan jaminan RM20,000 bagi semua pertuduhan dan memohon tarikh baru untuk fakta dan hukuman, kerana tertuduh mempunyai kesalahan yang masih belum dipertuduhkan.
"Bagi kesalahan itu, tertuduh dijadualkan akan didakwa di Mahkamah Shah Alam pada bulan hadapan dan pihak pendakwaan bercadang untuk memohon supaya kes itu dipindahkan ke sini, untuk tujuan fakta dan hukuman," katanya.
Nur Zahida juga memohon mahkamah menetapkan syarat penjamin seorang warganegara tempatan, pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah serta melapor diri di ibu pejabat SPRM di Putrajaya setiap bulan, sehingga kes selesai.
Peguam Mohd Shuhairil Ziqrul Sapi merayu jumlah jaminan dikurangkan atas alasan tertuduh yang masih bujang telah memberikan kerjasama penuh kepada SPRM, sejak ditangkap pada 7 April 2022.
"Tertuduh kini bekerja sebagai pemandu e-hailing dengan pendapatan sekitar RM1,200 sebulan. Walaupun tidak mempunyai tanggungan, tertuduh kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana di sebuah universiti awam.
"Arahan yang diterima saya ialah anak guam berhasrat untuk mengaku salah terhadap semua pertuduhan, termasuk yang akan dihadapi di Mahkamah Shah Alam," katanya dan menambah anak guamnya hanya dapat mengumpul RM2,000, selepas dimaklumkan mengenai tarikh pendakwaan pada 11 Okt lepas.
Mahkamah menetapkan jaminan RM13,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin dan membenarkan semua syarat tambahan dimohon pihak pendakwaan dan menetapkan 29 Nov ini untuk fakta kes dan hukuman.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 23 2023

Tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan atas 15 pertuduhan gagal melaporkan sogokan berjumlah RM9,700 diterimanya, tiga tahun lepas. - Gambar hiasan

Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir 6 jam, dipanggil semula Isnin ini
Ismail Sabri Ykeluar dari ibu pejabat SPRM pada jam 5.42 petang selepas selesai memberi keterangan hampir enam jam pada Jumaat.
Kuih tradisional nekbat jadi pilihan ketika berbuka puasa
Kuih tradisional nekbat sentiasa dinanti dan menjadi pilihan ramai, khususnya pada bulan Ramadan.

Jumlah kes HFMD di Terengganu meningkat
Terengganu merekodkan 533 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam tempoh 1 Jan hingga 8 Mac lepas.
Usaha berterusan mampu penuhi keperluan 60,000 jurutera
Malaysia berkemampuan melahirkan graduan untuk memenuhi keperluan 60,000 jurutera mahir.
Dua rakan bebas hukuman gantung sampai mati
Pesuruhjaya Kehakiman, Kan Weng Hin menyatakan dalam penghakiman pihak pendakwaan gagal membuktikan hubungan antara bot menyimpan dadah dengan kedua-dua tertuduh dan bot itu boleh juga diakses orang lain.

Dua rakan terlepas hukuman mati, dibebaskan tuduhan edar dadah
Dua lelaki yang berdepan pertuduhan mengedar lebih 32.15 kilogram dadah lima tahun lepas, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi.

Krisis kebuluran di kem Zamzam, Sudan semakin meruncing
Keluarga yang kelaparan di sebuah kem yang dilanda kebuluran di barat Sudan terpaksa memakan makanan ternakan, menurut petugas kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis.

'Syukur Alhamdulillah' - Faisal Halim teruja kembali sarung jersi kebangsaan
Penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim, mendedahkan kegembiraan apabila namanya kembali tersenarai dalam skuad kebangsaan menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi dia tidak nampak mangsa dibelasah beramai-ramai.

'Zarul Solo' samun kedai emas ditahan
Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan kerugian RM12,000 di sebuah kedai emas di Taman Paya Rumput Utama, Melaka.

Bekas pekerja sambilan sebuah jabatan mengaku salah gagal lapor sogokan diterimanya
Tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan atas 15 pertuduhan gagal melaporkan sogokan berjumlah RM9,700 diterimanya, tiga tahun lepas.