PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini melepas dan membebaskan bekas Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Zakaria Kasa daripada tuduhan salah guna kuasa dengan memasukkan nama anak lelakinya untuk ditemu duga di universiti berkenaan, 10 tahun lepas.
Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Zakaria, 67, yang hadir ke mahkamah berkerusi roda untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 18 bulan dan denda RM10,000 yang diputuskan Mahkamah Tinggi Ipoh pada 2 Jun 2023.
Hakim Hadhariah dalam keputusan sebulat suara berkata mahkamah mendapati keterangan yang dikemukakan tidak memenuhi inti pati pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
"Perayu (Zakaria) dikatakan memasukkan nama saksi pendakwaan kesembilan (SP9) Mohd Fauzi Zakaria (anak perayu) untuk dipanggil temuduga, sedangkan keterangan saksi pendakwaan keempat (SP4) (pembantu tadbir UPSI) dan saksi pendakwaan kelima (SP5) (pegawai tadbir UPSI) menyatakan SP9 ada membuat permohonan secara dalam talian dan beliau layak untuk menghadiri temuduga.
"SP4 dan SP5 juga menyatakan mereka tidak dipengaruhi oleh perayu untuk membuat keputusan mengangkat nama SP9 untuk hadir temuduga. Berdasarkan keterangan SP4 dan SP5, kami mendapati sabitan ke atas perayu tidak selamat.
" Oleh itu, sabitan dan hukuman oleh hakim Mahkamah Tinggi diketepikan dan perayu dilepas dan dibebaskan," katanya yang bersidang bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin.
Selepas keputusan itu, ahli keluarga perayu yang berada di galeri awam menangis sambil mengucapkan 'Alhamdulillah'.
Mengiku pertuduhan, Zakaria didakwa sebagai Naib Canselor UPSI telah menggunakan jawatannya berhubung perkara yang beliau mempunyai kepentingan apabila mengarahkan Mohd Faizi Othman iaitu pendaftar UPSI untuk memasukkan nama anak lelaki Zakaria, Mohd Fauzi untuk dipanggil temuduga pada 12 Sept 2014.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di bilik Naib Canselor, Pejabat Naib Canselor, Bangunan Canselor, UPSI, Tanjung Malim antara pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari, 24 Jun hingga 12 Sept 2014.
Pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana lebih tinggi.
Pada 3 Dis 2019, Mahkamah Sesyen Ipoh melepas dan membebaskan Zakaria daripada pertuduhan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.
Pihak pendakwaan kemudian mengemukakan rayuan untuk mengetepikan keputusan tersebut di Mahkamah Tinggi Ipoh dan pada 2 Jun 2023, mahkamah mengetepikan keputusan tersebut dan menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan serta denda RM10,000 ke atas Zakaria.
Prosiding hari ini turut dihadiri pasukan peguam mewakili Zakaria iaitu Awang Armadajaya Awang Mahmud, Shahidah Muslimah Roslan, Hasshahari Johari Mawi, Mohd Radzlan Jalaludin dan Muhamad Hafizan Shafuan Kamarulzaman manakala pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Atiqah Abdul Karim dan Maziyah Mansor.
Terdahulu, Awang Armadajaya berhujah saksi pendakwaan pertama (pendaftar UPSI) adalah saksi yang tidak boleh dipercayai kerana keterangannya bercanggah dengan keterangan saksi pendakwaan keempat dan kelima.
"SP1 (saksi pendakwaan pertama) menyatakan anak perayu tidak membuat permohonan untuk menghadiri temuduga menerusi dalam talian, sedangkan SP4 dan SP5 yang membuat pemeriksaan senarai nama temuduga, menyatakan nama anak perayu ada dalam senarai tersebut," katanya.
Menurut peguam itu, arahan anak guamnya kepada pendaftar UPSI berkenaan iaitu 'tolong tengok-tengokkan' merupakan arahan yang tidak terjumlah dalam suatu kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Sementara itu, Atiqah berkata nama anak perayu dimasukkan dalam senarai temuduga adalah atas permintaan perayu, sedangkan perayu dan SP1 mengetahui anak perayu tidak melepasi tapisan awal dan tidak layak untuk dipanggil temuduga.
"Apabila perayu meminta SP1 untuk "tengok-tengokkan" nama-nama yang diberikan perayu kepada beliau (SP1), adalah secara tidak langsung perayu meminta SP1 untuk memasukkan nama-nama yang diberikan termasuk nama anaknya di dalam senarai temuduga," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 15 2024
![Bekas Naib Canselor UPSI bebas tuduhan salah guna kuasa Bekas Naib Canselor UPSI bebas tuduhan salah guna kuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51685701468_TBZAKARIAKASA.jpg)
Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan Zakaria (foto) daripada tuduhan salah guna kuasa dengan memasukkan nama anak lelakinya untuk ditemu duga di universiti berkenaan, 10 tahun lepas. -Gambar fail/Bernama
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Mahkamah Rayuan: Lelaki bunuh pencuci rumah warga Indonesia dipenjara 35 tahun Mahkamah Rayuan: Lelaki bunuh pencuci rumah warga Indonesia dipenjara 35 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715243403_courtgavelmahkam.jpg)
Mahkamah Rayuan: Lelaki bunuh pencuci rumah warga Indonesia dipenjara 35 tahun
Mahkamah Rayuan hari ini menggantikan hukuman mati dijatuhkan terhadap seorang lelaki berusia 41 tahun kepada penjara 35 tahun, kerana sabitan membunuh seorang pencuci rumah warga Indonesia pada 2017.
![Chef Wan reda kalah saman fitnah, bayar RM150,000 kepada bekas menantu Chef Wan reda kalah saman fitnah, bayar RM150,000 kepada bekas menantu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718945016_ChefWan.jpg)
Chef Wan reda kalah saman fitnah, bayar RM150,000 kepada bekas menantu
Chef Wan berkata, dia menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan bersedia untuk meneruskan kehidupannya.
![Rayuan Najib hadiri prosiding tuntutan sivil 1MDB ditolak Rayuan Najib hadiri prosiding tuntutan sivil 1MDB ditolak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716969412_Najib.jpg)
Rayuan Najib hadiri prosiding tuntutan sivil 1MDB ditolak
Permohonan Datuk Seri Najib Razak bagi merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak membenarkan beliau menghadiri prosiding tuntutan sivil 1MDB, ditolak.
![Hukuman penjara 38 tahun warga emas bunuh jiran diganti penjara minimum 30 tahun Hukuman penjara 38 tahun warga emas bunuh jiran diganti penjara minimum 30 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51684483688_TBhukummati.jpg)
Hukuman penjara 38 tahun warga emas bunuh jiran diganti penjara minimum 30 tahun
Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman penjara 38 tahun seorang warga emas dengan pemenjaraan minimum 30 tahun bagi kesalahan membunuh jirannya.
![Dua pemungut telur penyu terlepas hukuman mati Dua pemungut telur penyu terlepas hukuman mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714461485_courtgavelmahkam.jpg)
Dua pemungut telur penyu terlepas hukuman mati
Ia selepas mahkamah sebulat suara menggantikan sabitan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh kepada Seksyen 304 (a) kanun sama.
![Mahkamah benar rayuan SC untuk ketepi pembebasan bekas eksekutif Malaysian Merchant Mahkamah benar rayuan SC untuk ketepi pembebasan bekas eksekutif Malaysian Merchant](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714461485_courtgavelmahkam.jpg)
Mahkamah benar rayuan SC untuk ketepi pembebasan bekas eksekutif Malaysian Merchant
Panel tiga hakim dalam keputusan sebulat suara mendapati Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam membebaskan Ramesh tanpa mengambil kira merit kes itu.
![Saman fitnah: Mahkamah tolak rayuan bekas Ahli Parlimen Padang Serai Saman fitnah: Mahkamah tolak rayuan bekas Ahli Parlimen Padang Serai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41677154757_NGobalakrishnan.jpg)
Saman fitnah: Mahkamah tolak rayuan bekas Ahli Parlimen Padang Serai
Pada 23 Feb tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan saman fitnah pasangan itu terhadap Gobalakrishnan dan memerintahkan beliau membayar ganti rugi sebanyak RM150,000 kepada mereka.
![Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709956971_MuhyiddinYassin.jpg)
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
![Rasuah: Hukuman penjara bekas ketua balai polis diganti dengan denda RM10,000 Rasuah: Hukuman penjara bekas ketua balai polis diganti dengan denda RM10,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673948647_TBGAVEL.jpg)
Rasuah: Hukuman penjara bekas ketua balai polis diganti dengan denda RM10,000
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman penjara dua bulan yang dijatuhkan ke atas bekas ketua balai polis bagi kesalahan menerima rasuah dan menggantikannya dengan denda RM10,000.
![Pengarah Mentega Terbang gagal peroleh kebenaran merayu, perintah larangan bersuara kekal Pengarah Mentega Terbang gagal peroleh kebenaran merayu, perintah larangan bersuara kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678879508_TBmentegaterbang.jpg)
Pengarah Mentega Terbang gagal peroleh kebenaran merayu, perintah larangan bersuara kekal
Panel hakim membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Mohd Khairianwar untuk kebenaran meneruskan rayuan bagi mengetepikan perintah tersebut.