Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ishak Tadin, meninggal dunia di kediamannya di Jalan Chan Chin Mooi, Tasik Titiwangsa, hari ini.
Adik ipar Allahyarham, Zulkhairi Abdul Samad, 60, berkata Allahyarham Ishak, 86, meninggal dunia kira-kira 2.30 petang tadi akibat sakit tua.
Zulkhairi berkata, jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Ibnu Sina di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Tasik Titiwangsa di Jalan Titiwangsa 5.
"Ketika hayatnya, arwah Ishak seorang yang baik dan pendiam serta mengutamakan pentadbiran negara dan komited dalam kerjanya," jelasnya.
Allahyarham meninggalkan isteri, Puan Sri Sa'adah Abd Samad, seorang anak lelaki dan dua anak perempuan.
Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan dari 1 Mac 1981 sehingga 31 Mei 1986 dan dilantik menjadi Ketua Audit Negara dari 1986 sehingga 1994.
Bernama
Mon Feb 05 2018

Allahyarham Ishak seorang yang baik dan pendiam serta mengutamakan pentadbiran negara dan komited dalam kerjanya. - Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Bekas Ketua Audit Negara, meninggal dunia
Tan Sri Ishak Tadin, meninggal dunia di kediamannya di Jalan Chan Chin Mooi, Tasik Titiwangsa, hari ini.