Bekas jurutera Adly Zahari pada Jumaat dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka ke-11.
Adly, 47, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka dan Pengerusi Amanah Melaka merupakan anak kelahiran Kampung Pulau Durian Tunggal Alor Gajah dekat sini.
Beliau telah berkahwin dengan Dalilah Awaludin, 48, dan mempunyai dua anak lelaki dan lima anak perempuan.
Merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan pernah belajar di Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu di sini.
Aktif berpidato di peringkat sekolah dan universiti serta beberapa kali menjadi johan pidato selain merupakan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UTM pada 1992.
Adly sebelum ini merupakan seorang ahli korporat dan pernah dilantik sebagai Eksekutif di Malaysia International Shipping Corporation (2000-2005) dan pernah bekerja sebagai jurutera di Universiti Multimedia (1997-2000).
Antara jawatan lain dalam politik yang masih dipegang sehingga kini termasuk Jawatankuasa Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara, Timbalan Pengerusi Biro Ekonomi Nasional Parti Amanah Negara serta Ahli Jawatankuasa Biro Komunikasi dan Mobilisasi PH selain pernah dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Melaka (2011-2015).
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Adly mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Yunus Hitam dan calon PAS Muhamat Puhat Bedol dengan majoriti 3,159 undi dalam pertembungan tiga penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Katil.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 11 2018
ADUN Bukit Katil Adly Zahari mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-11 di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob pada 11 Mei, 2018. --fotoBERNAMA
Amaran ribut petir, angin kencang di beberapa negeri hingga 4 petang ini
MetMalaysia meramalkan kejadian ribut petir, hujan lebat dan angin kencang berlaku di beberapa negeri sehingga 4 petang hari ini.
Zii Jia tersingkir awal di Terbuka China
BAGAI serba tidak kena buat pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia apabila tersingkir seawal pusingan pertama Terbuka China.
Tiada sebab untuk tolak MoU peruntukan pembangkang - Penganalisis
Kandungan Perjanjian Persefahaman (MoU) mengenai peruntukan pembangkang seperti yang didedahkan oleh Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof adalah seimbang.
AWANI Ringkas: Beku akaun lebih RM581,000
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agong terima kunjungan hormat Jusuf Kalla
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima kunjungan hormat bekas Naib Presiden Indonesia Muhammad Jusuf Kalla hari ini.
‘Abang Bas’ bebas, bayar jaminan RM40,000 hasil kutipan
'Abang bas didakwa atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual serta memuat naik hantaran jelik dibebaskan dengan jaminan.
Bomba Portugal bertungkus-lumus padam kebakaran hutan
Anggota bomba daerah Nelas, Portugal bertungkus-lumus memadam kebakaran hutan ketika api semakin menghampiri kawasan kediaman.
Houthi lancar peluru berpandu hipersonik "Palestine 2"
Kumpulan Houthi mendedahkan satu video berdurasi hampir dua minit menunjukkan rakaman pelancaran peluru berpandu hipersonik bernama "Palestine 2".
Warga emas maut, kereta dinaiki bersama dua cucu terbabas
Seorang wanita warga emas maut apabila kereta dinaiki bersama dua cucu terbabas dalam kemalangan di Setiu.
Pas akan terus pujuk UMNO kembali bersama, tapi tanpa Zahid
Pas akan terus mengajak Umno untuk menyertai Muafakat Nasional (MN) tetapi dengan syarat tanpa disertai presiden parti itu, Zahid Hamidi.
Lawatan PVM bukti kebajikan veteran dalam perhatian kerajaan - Adly
Lawatan itu bukan hanya untuk melihat perkembangan veteran ATM tetapi juga memastikan skim bantuan yang disediakan disalurkan dengan efektif.
Masyarakat diseru bantu veteran ATM daftar dengan JHEV
Kelebihan pendaftaran itu membolehkan golongan berkenaan menerima pelbagai bantuan yang disalurkan kerajaan secara lebih efektif.
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly
Kementerian Pertahanan akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) dan menambah baik aspek keselamatan serta komunikasi anggota tentera semasa melaksanakan penugasan di lapangan.
Perolehan pesawat Hornet diputuskan selepas laporan teknikal diterima - Adly
Perolehan pesawat tempur Hornet akan diputuskan selepas Kementerian Pertahanan memperoleh laporan lengkap daripada pasukan teknikal TUDM.
Pembangunan rumah keluarga sasar tampung 60 peratus anggota tentera - Adly
Kementerian Pertahanan menyasarkan pembangunan rumah keluarga angkatan tentera dapat menampung hingga 60 peratus daripada keseluruhan lebih 100,000 anggota.
Lebih 28,000 veteran ATM tidak berpencen terima Bantuan Sara Hidup
Sebanyak 28,828 daripada 41,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berpencen di seluruh negara sudah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) berjumlah RM300 sebulan, setakat 30 April lepas.
LIMA '25 pada 20-24 Mei 2025, ketengah kepentingan pemain industri
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata LIMA '25 di pulau peranginan Langkawi, Kedah itu bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Kerajaan sedang lengkapkan kertas dasar perkukuh industri pertahanan negara
Kementerian Pertahanan sedang melengkapkan kertas dasar bagi memperkukuhkan industri pertahanan negara.
Modul PLKN 3.0 dirangka sesuai umur peserta
PLKN 3.0 dijangka melibatkan pelajar sekolah menengah dan belia termasuk penuntut institusi pengajian tinggi.