SHAH ALAM: Kes tuntutan hadanah difailkan Fitria Elfina Maharip, 44, terhadap bekas suaminya, Mohd Safee Mohd Sali, 42, berhubung hak penjagaan dua anak perempuan mereka akan diteruskan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini.
Ia berikutan apabila kedua-dua pihak hari ini gagal mencapai kata sepakat atau penyelesaian pada prosiding sulh yang dijalankan berhubung tuntutan itu pada Isnin.
Perkara itu dimaklumkan peguam syarie, Amir Syazwan Ahmad Fauzi yang mewakili Fitria Elfina ketika ditemui pemberita selepas prosiding kes sulh di Mahkamah Tinggi Syariah di sini.
"Sulh (hari ini) tidak berjaya jadi kita akan terus proses kepada sebutan di mana sebutan (ditetapkan) pada 9 Mei depan,” kata peguam syarie itu.
Prosiding sulh ialah suatu perundingan dan perbincangan di antara pihak-pihak di hadapan pegawai berkaitan perkara yang dipertikaikan terhadap satu atau beberapa tuntutan di Mahkamah Syariah.
Hadanah bermaksud penjagaan kanak-kanak yang masih kecil dan belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri, sama ada lelaki atau perempuan, sama ada dalam tempoh perkahwinan atau selepas perceraian.
Bagaimanapun maklumat terperinci mengenai permohonan itu tidak didedahkan secara terperinci.
Untuk rekod, Mohd Safee atau lebih dikenali dengan nama Safee Sali merupakan bekas pemain bola sepak kebangsaan juga merupakan antara penyerang terbaik di Asia Tenggara.
Safee Sali bernikah dengan Fitria Elfina yang merupakan warga Indonesia pada 21 Disember 2013.
Ini merupakan perkahwinan kali kedua buat Safee Sali di mana sebelum ini beliau mendirikan rumah tangga dengan Sabarina Yusoff pada tahun 2007 dan membuat keputusan untuk bercerai pada tahun 2012.
Hasil perkahwinan terdahulu, Safee dikurniakan dua orang cahaya mata dan juga mempunyai dua cahaya mata perempuan berusia tujuh dan sembilan tahun bersama Fitria Elfina.
Fitria Elfina ketika ditemui pemberita memaklumkan dia tidak dapat bertemu dan berkomunikasi dengan dua anaknya itu sejak 6 Februari lalu dan tidak mengetahui di mana keberadaan mereka.
"Sepanjang Ramadan ini saya tidak pernah jumpa anak-anak dan rindukan mereka dan saya akan perjuangkan (hak penjagaan anak) untuk anak-anak sebab 100 peratus saya yang menjaga anak-anak serta tidak pernah berpisah dengan anak-anak," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Mar 18 2024

Amir Syazwan (kanan) yang mewakili Fitria Elfina (kiri) ketika ditemui pemberita pada Isnin. -Foto Sinar Harian

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.

Safee Sali, Fitria Elfina sah cerai talak dua
Hakim Syarie, Mohd Fakhrurrazi Mahammad memutuskan demikian dalam prosiding pengesahan lafaz cerai selepas meneliti keterangan kedua-dua pihak.

Bekas isteri Safee Sali tuntut hak penjagaan anak
Bekas isteri Safee Sali tuntut hak penjagaan anak