JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menjangkakan bekalan barangan basah terutama sayur, ayam dan telur terkawal dan mencukupi menjelang bulan Ramadan.
Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata pihaknya sentiasa membuat pemantauan dan bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) bagi memastikan bekalan mencukupi, sekali gus bertindak segera sekiranya krisis bekalan berlaku.
Beliau berkata pemantauan bekalan khususnya melibatkan sayur-sayuran di Cameron Highland, yang merupakan salah satu pembekal negara juga telah dilakukan, susulan beberapa kebun sayur di Johor, Pahang dan Melaka terjejas akibat banjir.
"Semalam pegawai tertinggi KPDN telah pergi ke Cameron Highland untuk memastikan dan memantau bekalan kerana ia merupakan punca bekalan besar (negara).
"Kita hendak melihat adakah kapasiti pengeluaran di situ dapat menampung semasa musim perayaan, di atas kemusnahan kebun sayur di Johor, Pahang dan Melaka, (bagaimanapun) setakat ini kita dapati semua dalam keadaan terkawal," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Menu Rahmah di Tea Garden, di sini hari ini.
SALAHUDDIN-BEKALAN (RAMADAN) 2 (AKHIR) JOHOR BAHRU
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai bekalan sayur, ayam dan telur yang dijangka berkurangan menjelang Ramadan.
Ketika ditanya sama ada terdapat peniaga yang menaikkan harga ketiga-tiga barangan berkenaan, beliau berkata setakat ini pihaknya tidak menerima laporan berhubung perkara itu.
Sementara itu, berkenaan segelintir peniaga yang telah menghentikan jualan Menu Rahmah, Ahli Parlimen Pulai itu berkata inisiatif itu dijalankan tanpa paksaan dan semua pihak boleh melakukannya secara sukarela.
"Saya tidak memperlekeh atau ambil sikap bermusuh dengan mana-mana premis yang segelintir menutup jualan mereka, sebenarnya dari awal lagi kita telah mengumumkan dengan jelas, bahawa inisiatif ini mesti dilakukan secara sukarela.
Tidak pernah ada peraturan, yang kita paksa mana-mana peniaga buka kedai jual menu itu, kerana kita faham RM5 bukan satu bayaran yang munasabah dalam keadaan negara, rakyat dan peniaga alami isu sara hidup, oleh sebab itu kita buat libat urus dengan pelbagai persatuan dan sebagainya," katanya.
Beliau bagaimanapun berkata Menu Rahmah yang mencetuskan fenomena itu dilihat terus mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk pemain industri yang bermurah hati menyahut inisiatif itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 16 2023

Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata pihaknya sentiasa membuat pemantauan dan bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) bagi memastikan bekalan mencukupi. - Gambar fail/BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Bekalan sayur, ayam, telur terkawal dan mencukupi menjelang Ramadan - Salahuddin
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menjangkakan bekalan barangan basah terutama sayur, ayam dan telur terkawal dan mencukupi menjelang bulan Ramadan.