AYER KEROH: Empat anggota polis berpangkat Koperal dan Lans Koperal direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan membekalkan bahan terlarang kepada tahanan lokap, tiga tahun lalu.
Penahanan reman sehingga Selasa depan terhadap empat suspek berusia 35 hingga 40 tahun itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Ayer Keroh, Mazana Sinin.
Siasatan terhadap empat individu yang bertugas di salah sebuah balai polis di daerah Alor Gajah itu bagi membolehkan siasatan dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengikut Seksyen 16(a)(B) akta SPRM 2009.
Terdahulu, kesemua suspek dibawa ke pekarangan kompleks Mahkamah Ayer Keroh pada jam 9.30 pagi dengan memakai pakaian lokap SPRM bewarna jingga dengan menaiki dua kenderaan berasingan.
Difahamkan, empat anggota itu terlibat dalam kegiatan membawa masuk bekalan terlarang termasuk dadah, tembakau dan makanan kepada tahanan di lokap tempat mereka bertugas.
Tindakan menjadi orang tengah kepada seorang tokan yang berada di dalam tahanan itu dilakukan dengan upah antara RM600 hingga RM9,000 menerusi kira-kira 20 transaksi tunai dan pindahan dalam talian antara tempoh 2019 hingga 2020 lalu.
Kesemua mereka ditahan ketika diminta hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Melaka di Alai, petang semalam.
Sementara itu, Pengarah SPRM negeri Mohd Shahril Che Saad ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan penahanan suspek berkenaan dan katanya siasatan lanjut sedang dijalankan.
Shuhada Abdul Kadir
Wed Jun 22 2022

Empat anggota polis berpangkat Koperal dan Lans Koperal direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan membekalkan bahan terlarang kepada tahanan lokap, tiga tahun lalu. - Gambar Astro AWANI

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Bekal barangan terlarang di lokap, empat anggota polis direman
Kesemua suspek didakwa membekalkan dadah, tembakau dan makanan kepada tahanan dengan upah diterima antara RM600 hingga RM9,000.