KUALA LUMPUR: Kanak-kanak yang membawa beg sekolah berat daripada kapasiti boleh menyebabkan perubahan postur badan, namun tidak membawa kepada penyakit tulang belakang membengkok atau skoliosis.
Jelas Pakar Perunding Ortopedik, UiTM Private Specialist Centre (UPSC), Dr Mohamed Zaim Mohamed Thajudeen, beg sekolah sepatutnya tidak melebihi 15 peratus daripada berat kanak-kanak itu sendiri.
"Beg sekolah sepatutnya tidak melebihi 10 hingga 15 peratus daripada berat budak itu sendiri. Sebagai contoh, budak darjah satu yang berat badanya 20kg, sepatutnya membawa beg sekolah yang tidak melebihi dari 2kg.
"Beg berat boleh menyebabkan ketidakseimbangan kepada otot dan boleh mengubah postur badan. Pelajar yang kerap angkat beg yang berat, badan mereka akan ke depan untuk ‘balance’ berat beg yang diangkat.
"Ini boleh mengubah postur badan apabila membongkok itu menjadi satu kebiasaan walaupun tidak mengangkat apa apa," jelasnya dalam program AWANI Pagi pada Khamis.
Jelas Dr Zaim, ia juga boleh menyebabkan ketegangan dan kesakitan kepada otot bahagian leher, bahu dan belakang.
Situasi sama juga akan dihadapi bagi pelajar yang memakai beg sandang dengan sebalah tali, di mana postur badan mereka berisiko untuk senget sebelah bagi mengimbangi berat beg berkenaan.
Namun jelasnya, perubahan postur yang disebabkan mengangkat beg yang berat boleh kembali ke asal apabila bebanan itu tiada dan ia tidak menjadi satu kebiasaan.
Dr Zaim turut memaklumkan, mengangkat bebanan seperti beg sekolah ini tidak akan membawa kepada skoliosis kerana penyakit tulang belakang berkenaan berlaku secara spontan dan tidak dapat dikesan puncanya.
Penyakit yang kerap berlaku di kalangan remaja terutama perempuan ini sekiranya tidak dirawat ia boleh menghilangkan kestabilan badan dan jika berlarutan boleh memberi risiko untuk kegagalan paru-paru dan jantung kerana berlaku lengkungan tulang belakang.
Hafizi Rosli
Thu Mar 10 2022
![Beg sekolah berat berisiko ubah postur badan pelajar - Pakar Beg sekolah berat berisiko ubah postur badan pelajar - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71646322254_muridsekolahrendah.jpg)
Kanak-kanak yang membawa beg sekolah berat daripada kapasiti boleh menyebabkan perubahan postur badan, namun tidak membawa kepada penyakit tulang belakang membengkok atau skoliosis. - Gambar hiasan/BERNAMA
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![8,909 calon ditawarkan ke MRSM sesi 2025 8,909 calon ditawarkan ke MRSM sesi 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81639484640_TBMRSM.jpg)
8,909 calon ditawarkan ke MRSM sesi 2025
Secara keseluruhan, sejumlah 93,635 permohonan ke tingkatan 1 dan 4 diterima bagi sesi 2025.
![Pelajar Tahun 6 maut disyaki terkena renjatan elektrik di sekolah Pelajar Tahun 6 maut disyaki terkena renjatan elektrik di sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729227487_MatiMayatBunuh.jpg)
Pelajar Tahun 6 maut disyaki terkena renjatan elektrik di sekolah
Siasatan masih dijalankan dan polis masih menunggu laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat mangsa bagi mengenal pasti punca kejadian.
![KDN janji selesai isu 12,000 pelajar sekolah tiada dokumen pengenalan diri KDN janji selesai isu 12,000 pelajar sekolah tiada dokumen pengenalan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731748579_SaifuddinNasutionI.jpg)
KDN janji selesai isu 12,000 pelajar sekolah tiada dokumen pengenalan diri
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan akan menyelesaikan isu dokumen pengenalan diri membabitkan 12,000 pelajar dalam tempoh antara enam hingga 12 bulan.
![Pelajar Tingkatan Lima maut motosikal langgar kon Pelajar Tingkatan Lima maut motosikal langgar kon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732503678_pelajarmautmotos.jpg)
Pelajar Tingkatan Lima maut motosikal langgar kon
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pembonceng dan penunggang motosikal lelaki mengalami luka.
![Judi dalam talian jerat 960,000 pelajar Indonesia Judi dalam talian jerat 960,000 pelajar Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732197250_OnlineGambling.jpg)
Judi dalam talian jerat 960,000 pelajar Indonesia
Kebanyakan pelajar terdiri daripada pelajar universiti awam dan swasta di seluruh negara.
![KPT sasar 300,000 pelajar politeknik menjelang 2030 KPT sasar 300,000 pelajar politeknik menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731839888_tbZainiUjang.jpg)
KPT sasar 300,000 pelajar politeknik menjelang 2030
Politeknik penting kerana ia selaras dengan keputusan kerajaan untuk memperkukuh Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
![2.3 juta murid, pelajar lepasan menengah sudah tebus Baucar Buku MADANI 2.3 juta murid, pelajar lepasan menengah sudah tebus Baucar Buku MADANI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717914416_TBfadhlinasidek.jpg)
2.3 juta murid, pelajar lepasan menengah sudah tebus Baucar Buku MADANI
Sejumlah 2.3 juta murid dan pelajar lepasan menengah telah membuat penebusan Baucar Buku MADANI bernilai RM190 juta setakat 8 Nov lepas, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
![Lima lelaki ditahan rogol pelajar sekolah bergilir-gilir Lima lelaki ditahan rogol pelajar sekolah bergilir-gilir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723264215_RapeGeneric.jpg)
Lima lelaki ditahan rogol pelajar sekolah bergilir-gilir
Kejadian menimpa pelajar itu terbongkar selepas pasukan polis berjaya menemui mangsa hasil aduan dibuat oleh ibunya.
![KPM pandang serius peningkatan pelajar cenderung bunuh diri, trend 'barcode' KPM pandang serius peningkatan pelajar cenderung bunuh diri, trend 'barcode'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728289103_TBFadhlina.jpg)
KPM pandang serius peningkatan pelajar cenderung bunuh diri, trend 'barcode'
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata peranan kaunselor dan ibu bapa penting dalam membendung tindakan sedemikian di peringkat awal.
![Parlimen: RM290 juta diperuntuk bagi Program Baucer Buku MADANI Parlimen: RM290 juta diperuntuk bagi Program Baucer Buku MADANI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729578096_WongKahWoh.jpg)
Parlimen: RM290 juta diperuntuk bagi Program Baucer Buku MADANI
Sebanyak RM290 juta diperuntukkan untuk pelaksanaan Program Baucar Buku MADANI yang dijangka memanfaatkan lebih 3.5 juta pelajar.