IPOH: Seorang pengasuh wanita berusia 52 tahun ditahan dipercayai terbabit dalam kes dera seorang bayi perempuan berusia enam bulan sehingga mengakibatkan kematian, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan berkata, polis pada Rabu lalu menerima laporan daripada Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) yang memaklumkan menerima seorang pesakit bayi perempuan berusia enam bulan dalam keadaan koma dan terdapat kesan lebam di badan.
Pihak hospital, katanya, mengesyaki kecederaan yang dialami mangsa adalah akibat didera.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 (mengabaikan atau menganiayai kanak-kanak dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal).
"Khamis lalu, siasatan pihak polis telah berjaya menghasilkan tangkapan ke atas suspek seorang perempuan warga tempatan berumur 52 tahun, yang merupakan pengasuh mangsa secara sepenuh masa.
"Pihak siasatan juga berjaya memperoleh perintah tahanan reman ke atas suspek selama empat hari bermula semalam (Jumaat) hingga 17 Julai bagi siasatan lanjut," katanya kepada pemberita pada Sabtu.
Yahaya memberitahu, mangsa telah disahkan meninggal dunia di Wad Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) semalam, pada jam 2.51 petang.
Hasil bedah siasat yang dijalankan hari ini menunjukkan punca kematian mangsa adalah kecederaan di kepala akibat objek tumpul.
Sehubungan itu, katanya, kes telah diklasifikasi semula sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Aida Aziz
Sat Jul 15 2023

Seorang pengasuh wanita berusia 52 tahun ditahan dipercayai terbabit dalam kes dera seorang bayi perempuan berusia enam bulan sehingga mengakibatkan kematian semalam. -Gambar hiasan

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

86 murid SK Chepor keracunan makanan
Difahamkan, kesemua mangsa mengalami gejala sakit perut, muntah, cirit birit dan sakit kepala selepas makan beberapa jenis makanan ketika waktu rehat.

Ibu tunggal didenda RM2,000 guna MyKad palsu ketika hendak bersalin
Seorang ibu tunggal dihukum denda RM2,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan MyKad palsu sewaktu bersalin.

Lelaki maut rempuh belakang treler berhenti bahu jalan, saksi diminta salur maklumat
Kemalangan tersebut berlaku dekat susur lebuh raya berhampiran plaza tol Simpang Pulai pada 30 Julai lalu.

Warga emas maut dilanggar lori mengundur
Siasatan mendapati pemandu lori berusia 44 tahun berkenaan memiliki 100 rekod saman trafik, termasuk tiga kesalahan kemalangan jalan raya manakala lori dipandu mempunyai 10 saman terkumpul.

Nahas helikopter Lumut: Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota TLDM yang maut dalam nahas helikopter di Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Rabu.

Nahas helikopter Lumut: Penghormatan terakhir buat kru TLDM terkorban
Semua jenazah akan dibawa sebaik proses bedah siasat dijalankan selesai di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Lelaki dipijak gajah masih dirawat di hospital
Saarani sempat meluangkan masa menziarahi mangsa yang berasal dari Felda Bersia, Gerik dan ahli keluarga di HRPB pada Jumaat.

Surat layang gangguan seksual: Polis terima lima laporan
Polis Perak menerima lima laporan polis berhubung kejadian penyebaran surat layang gangguan seksual melibatkan seorang doktor di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Gangguan seksual: Polis minta doktor pelatih tampil buat laporan
Tindakan itu adalah bagi memastikan kes berkenaan dapat disiasat dengan telus dan berlandaskan perundangan.

Doktor buat laporan polis isu tuduhan gangguan seksual
Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan, pihaknya menerima laporan tersebut dari pengadu warga tempatan berusia 43 tahun itu pada Sabtu.