PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau membuat keputusan secara bersendirian menarik balik permohonan semakan dan pentafsiran penghakiman Batu Puteh pada 2018.
Sebaliknya kata bekas Perdana Menteri ke-4 dan ke-7 itu, keputusan tersebut dibuat oleh Kabinet pada ketika itu.
"Saya memberi pandangan bahawa kita tidak patut meneruskannya kerana pendapat oleh perunding dan pakar perundangan memaklumkan ia kes yang lemah.
"Kita tidak ada 'peluru' untuk menang," katanya ketika sidang akhbar di pejabatnya di Kompleks Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini pada Rabu.
Menurutnya, sebagai Perdana Menteri beliau mempunyai kuasa penuh untuk membuat keputusan, namun memilih memberi pendapat melalui surat peguam cara.
"Saya tak pernah buat apa-apa keputusan bersendirian, saya juga baca kesemua laporan termasuk laporan kes-kes terdahulu, mereka beri pendapat bahawa kes kita lemah, itu ditulis dalam satu surat," katanya.
Beliau berkata, kerajaan tidak mempunyai tempoh masa yang panjang kerana Pentadbiran Persekutuan baharu dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei 2018.
"Kita perlu menghantar keputusan kepada ICJ pada 8 Jun 2018. Sewaktu Kabinet membuat keputusan, tidak ada seorang pun menteri membantah termasuklah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
"Mereka mendengar saya dan mereka tidak berkata tidak kepada idea itu,” katanya.
Tambah Dr Mahathir, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said bahawa beliau tidak mendapat pandangan pakar lain berhubung perkara itu tidak benar sama sekali.
"Saya mendapat taklimat daripada perundingan antarabangsa, Brendan Plant dan pegawai perundangan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC).
"Azalina tidak tahu apa-apa mengenai perkara ini," jelas beliau.
April lalu, Azalina berkata, berkata Perdana Menteri (ketika 2018) yang membuat keputusan sembunyi-sembunyi adalah individu yang bertanggungjawab menyebabkan Malaysia kehilangan Batu Puteh dalam proses rayuan di ICJ.
Beliau mendedahkan, Perdana Menteri itu membuat keputusan bersendirian tanpa sesiapa mengetahuinya, termasuk Peguam Negara yang bercuti ketika itu.
Terdahulu, Dr Mahathir meluangkan masa hampir dua jam memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan perkara itu.
RCI dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jun 12 2024

Dr Mahathir (foto) ketika sidang akhbar di pejabatnya pada Rabu. -Foto Sinar Harian
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.

Pembaharuan perlu dilakukan, tapi bukan dengan cara keluarkan orang Melayu dari bandar – Tun M
Dr Mahathirmenyuarakan kerisauan mengenai nasib bangsa Melayu yang menetap di kawasan setinggan sekitar ibu negara.

Tun Mahathir dan Jokowi bertemu di Solo, bincang hal Malaysia-Indonesia
Dr Mahathir dilaporkan berkata pertemuan beliau dengan Jokowi menyentuh mengenai pembangunan kedua-dua negara.

Akaun X Tun M digodam, tayang iklan mata wang kripto
Akaun media sosial, aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial telah digodam dan tidak dapat diakses sejak pagi Rabu.

Gencatan senjata Gaza: Janji Israel meragukan, sukar dipercayai - Tun M
Dr Mahathir meragui Israel yang terkenal kerana sering mengingkari undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB.

Tun M cari RM3 bilion belakang TV, bawah katil
Menerusi video berdurasi 1 minit 26 saat, Dr Mahathir dilihat mencari wang yang didakwa berjumlah RM3 bilion itu di pelbagai sudut.

Dr Mahathir gagal mohon diwakili peguam kes RCI Batu Putih
Hakim Datuk Amarjeet Singh memutuskan demikian selepas menolak permohonan Dr Mahathir.

'Sebagai respon kepada kenyataan Tun M, saya dengan tegas menafikannya'
Kamaluddin berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian atau melakukan perkara seperti didakwa Mahathir.

Zahid peroleh kebenaran mula prosiding komital terhadap Tun Dr Mahathir
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mendapat kebenaran dari Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Batu Puteh: NGO buat laporan polis terhadap Dr Mahathir
SGGMSR bersama wakil daripada 20 NGO membuat laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kes Batu Puteh.

Batu Puteh: Itu mesyuarat Kabinet pertama kami, hanya ikut 'keputusan' Tun M - Loke
Loke mempertahankan pendirian bahawa Dr Mahathir membuat keputusan mengenai kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan sebelum mesyuarat Kabinet berlangsung.