Tujuh pekerja kilang berdepan detik cemas apabila bas yang mereka naiki merempuh lima buah kenderaan yang diletakkan dibahu jalan dalam kejadian di Jalan Paya Terubong, George Town petang Khamis.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.55 petang itu, pemandu bas yang berusia 67 tahun dipercayai gagal mengawal bas dipandunya sebelum terbabas dan merempuh kenderaan yang diparkir di kawasan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata siasatan awal mendapati bas berkenaan datang dari arah Lagenda Heights menghala ke Jalan Paya Terubong.
Bagaimanapun sebaik tiba di Tingkat Paya Terubong, pemandu mendakwa bas dipandunya mengalami kerosakan brek dan bertindak mengelak ke kiri jalan sebelum melanggar binaan konkrit di sebelah kiri.
Akibatnya, lima buah kenderaan yang diparkir di situ rosak teruk.
Soffian berkata pemandu bas dan tujuh penumpang bas mengalami kecederaan ringan manakala pemilik kenderaan tidak berada di dalam kenderaan mereka sewaktu kejadian.
Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Jun 04 2020

Pemandu dipercayai gagal mengawal bas dipandunya sebelum terbabas dan merempuh kenderaan yang diparkir di kawasan berkenaan. - Astro AWANI
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Kemalangan di Gua Musang: Suami isteri maut, dua anak cedera
Seorang anggota tentera bersama isteri maut manakala dua anak mereka cedera dalam kemalangan di Kilometer 43 Jalan Gua Musang-Lojing hari ini.

Enam kenderaan rosak dilanggar bas persiaran
Bas itu dilapor terbabas semasa menuruni susur di Jalan 3/144a berhampiran kawasan Maxim Residence, Alam Damai Cheras.

Tiga kereta di bahu jalan musnah terbakar
Kebakaran itu tidak membabitkan mangsa dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Menjelang Syawal: Jangan parkir kereta di bahu jalan
Dengan jangkaan kenderaan yang meningkat sepanjang minggu ini, tindakan itu boleh menambahkan lagi kesesakan di jalan utama.

Parkir di bahu jalan percuma di Kuala Lumpur bermula esok hingga 31 Ogos
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, pengumuman ini diharap dapat menyumbang kepada penjimatan penduduk Kuala Lumpur.

DBKL perkenal kaedah pembayaran baharu caj tempat letak kereta bahu jalan
Orang ramai boleh menggunakan salah satu aplikasi mudah alih dan e-dompet iaitu EZ Smart Park, Flexiparking, Wilayah Parking atau M-Cash bagi menggantikan penggunaan mesin yang berakhir semalam.

Bas kilang hilang kawalan, rempuh lima kenderaan di bahu jalan
Tujuh pekerja kilang berdepan detik cemas apabila bas yang mereka naiki merempuh lima buah kenderaan yang diletakkan dibahu jalan.

Mayat tanpa pengenalan diri ditemui di bahu jalan
Pemeriksaan awal mendapati, terdapat kesan kecederaan di bahagian mulut sebelah kanan, kesan calar di bahagian kanan perut dan kedua belah kaki.

KPI Sabah cadang bina terowong di jalan berhampiran bukit elak tanah runtuh
Menterinya Datuk Peter Anthony berkata ini bagi memastikan kedudukan struktur tanah di kawasan berkenaan tidak terganggu sehingga berlaku hakisan bawah tanah terutama ketika musim hujan.

PBT diminta keluar lesen sementara kepada peniaga durian
Lesen sementara itu hanya untuk memenuhi keperluan musim durian pada masa ini, di samping memudahkan orang ramai mendapatkan raja buah itu.