Pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta memberi kelonggaran kepada pekebun dan peniaga durian, dengan mengeluarkan lesen sementara bagi mengelakkan masalah lambakan.
Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan Koperasi dan Industri Asas Tani negeri, Norhizam Hassan Baktee berkata lesen sementara itu hanya untuk memenuhi keperluan musim durian pada masa ini, di samping memudahkan orang ramai mendapatkan raja buah itu.
Beliau berkata, PBT di negeri ini antaranya Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), diminta mengeluarkan lesen sementara, seiring hasrat kerajaan negeri meningkatkan ekonomi pekebun.
"Kita mohon PBT untuk beri kelonggaran kepada pekebun menjual hasil mereka dalam tempoh sebulan ini, agar mereka dapat menjualnya di lokasi-lokasi tertentu seperti di bahu jalan, sekali gus menangani masalah lambakan durian.
"Bagaimanapun, para peniaga perlu mencari lokasi yang selamat dan sesuai untuk menjual durian mereka, bagi mengelakkan berlakunya sesuatu kejadian tidak diingini," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pelancaran Melaka Durian Street 2019, di Klebang, hari ini.
Hadir sama, Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Melaka, Che Samudin Hassan.
Sementara itu, Che Samudin berkata, pihak Fama negeri mensasarkan program tiga hari berakhir Ahad ini, akan mencatatkan nilai jualan RM300,000.
"Ini program kali kedua diadakan, dan pada kali ini kira-kira 20 tan metrik bekalan durian terutamanya dari negeri ini, sebagai insiatif Fama membantu petani memasarkan hasil mereka, sekali gus mengelakkan berlakunya masalah lambakan buah durian.
"Selain durian turut dipasarkan pada program ini buah-buahan tempatan lain seperti manggis, rambutan, mangga serta cempedak, selain harga yang ditawarkan juga berpatutan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 05 2019

PBT diminta memberi kelonggaran kepada pekebun durian menjual hasil mereka dalam tempoh sebulan ini di lokasi-lokasi tertentu seperti di bahu jalan, sekali gus menangani masalah lambakan durian. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kemalangan di Gua Musang: Suami isteri maut, dua anak cedera
Seorang anggota tentera bersama isteri maut manakala dua anak mereka cedera dalam kemalangan di Kilometer 43 Jalan Gua Musang-Lojing hari ini.

Enam kenderaan rosak dilanggar bas persiaran
Bas itu dilapor terbabas semasa menuruni susur di Jalan 3/144a berhampiran kawasan Maxim Residence, Alam Damai Cheras.

Tiga kereta di bahu jalan musnah terbakar
Kebakaran itu tidak membabitkan mangsa dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Menjelang Syawal: Jangan parkir kereta di bahu jalan
Dengan jangkaan kenderaan yang meningkat sepanjang minggu ini, tindakan itu boleh menambahkan lagi kesesakan di jalan utama.

Parkir di bahu jalan percuma di Kuala Lumpur bermula esok hingga 31 Ogos
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, pengumuman ini diharap dapat menyumbang kepada penjimatan penduduk Kuala Lumpur.

DBKL perkenal kaedah pembayaran baharu caj tempat letak kereta bahu jalan
Orang ramai boleh menggunakan salah satu aplikasi mudah alih dan e-dompet iaitu EZ Smart Park, Flexiparking, Wilayah Parking atau M-Cash bagi menggantikan penggunaan mesin yang berakhir semalam.

Bas kilang hilang kawalan, rempuh lima kenderaan di bahu jalan
Tujuh pekerja kilang berdepan detik cemas apabila bas yang mereka naiki merempuh lima buah kenderaan yang diletakkan dibahu jalan.

Mayat tanpa pengenalan diri ditemui di bahu jalan
Pemeriksaan awal mendapati, terdapat kesan kecederaan di bahagian mulut sebelah kanan, kesan calar di bahagian kanan perut dan kedua belah kaki.

KPI Sabah cadang bina terowong di jalan berhampiran bukit elak tanah runtuh
Menterinya Datuk Peter Anthony berkata ini bagi memastikan kedudukan struktur tanah di kawasan berkenaan tidak terganggu sehingga berlaku hakisan bawah tanah terutama ketika musim hujan.

PBT diminta keluar lesen sementara kepada peniaga durian
Lesen sementara itu hanya untuk memenuhi keperluan musim durian pada masa ini, di samping memudahkan orang ramai mendapatkan raja buah itu.