BAHAU: Sepasang suami isteri dijatuhi hukuman dua tahun penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menganiaya seorang anak lelaki mereka hingga menyebabkan kecederaan fizikal.
Tertuduh masing-masing berumur 27 dan 31 itu membuat pengakuan tersebut sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Norma Ismail.
Mahkamah turut menetapkan tertuduh dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun dan menjalani hukuman khidmat masyarakat selama 80 jam.
Berdasarkan pertuduhan tertuduh bersama-sama sebagai orang yang mempunyai jagaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun telah menganiaya kanak-kanak itu sehingga mengalami kecederaan fizikal.
Perbuatan itu dilakukan tertuduh antara Mac hingga 12 September lepas, antara jam 8 pagi hingga 12 malam di sebuah rumah di Rumah Rakyat Jambu Lapan, Bahau.
Sehubungan itu, tertuduh telah melalukan suatu kesalahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Hukuman bagi seksyen berkenaan, denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya sekali,jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Peh Fong Xi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Sebelum itu, tertuduh lelaki dalam rayuannya mengakui kesilapan yang telah dibuat dan menerima hukuman yang bakal diberikan oleh hakim.
"Saya harap puan hakim ringankan hukuman. Saya masih ada tiga orang anak yang masih kecil dekat luar, saya minta maaf, saya tahu memang saya betul-betul bersalah menjadi seorang suami dan ayah yang terbaik untuk keluarga saya.
"Saya minta maaf pada semua pihak atas kesilapan saya," katanya.
Sementara itu, tertuduh wanita pula dalam rayuannya turut memohon mahkamah meringankan hukumannya susulan mempunyai tiga orang anak masih kecil yang memerlukannya.
Fong Xi kemudiannya memohon mahkamah mengenakan hukuman berat terhadap tertuduh dengan mengambil kira kecederaan terhadap kanak-kanak itu diseluruh badannya.
"Kedua-dua tertuduh merupakan bapa kandung dan ibu tiri sepatutnya menjaga kanak-kanak itu dengan baik bukannya memukul.
"Kanak-kanak itu hanya enam tahun, disebabkan sering dipukul (dia) melarikan diri. Jadi pihak pendakwaan memohon hukuman berat terhadap kedua-duanya," katanya.
Media sebelum ini melaporkan, seorang kanak-kanak lelaki melarikan dari rumahnya setelah tidak tahan didera oleh bapa kandung dan ibu tirinya.
Terdapat kesan luka pada bahagian badan mangsa kemudiannya di bawa ke Hospital Jempol untuk rawatan lanjut.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Sep 21 2023

Pasangan suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Pilah, pada Khamis atas tuduhan mendera seorang kanak-kanak lelaki yang merupakan anak serta anak tiri mereka sendiri. - Foto Sinar Harian

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Bapa kandung, ibu tiri dipenjara dua tahun aniaya anak
Sepasang suami isteri dijatuhi hukuman dua tahun penjara selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menganiaya seorang anak lelaki mereka.