PUTRAJAYA: Banyak negara menyatakan minat untuk menjalinkan kerjasama dengan Malaysia dalam bidang pengajian tinggi, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Zambry berkata perkara itu disuarakan oleh beberapa wakil negara asing selepas mengadakan mesyuarat dua hala antaranya dari Tajikistan, Azerbaijan, Jepun, Microsoft dan Konsortium Universiti United Kingdom-Malaysia (UK-MUC), ketika berada di The Education World Forum (EWF) di London, United Kingdom, baru-baru ini.
"Dalam pertemuan dengan Menteri Pendidikan dan Sains Tajikistan Nuriddin Said, beliau menyatakan hasrat bekerjasama dengan Malaysia untuk menaik taraf bidang pendidikan.
"Pada masa sama, program pertukaran pelajar akan diteruskan dan jumlah pelajar Tajikistan kini lebih 200 orang di Malaysia," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Zambry berkata perjumpaan bersama dengan Menteri Pendidikan Azerbaijan Emin Amrullayev membincangkan mengenai kerjasama yang dapat dibentuk antara kedua-dua negara.
Menurut beliau, Emin memaklumkan bahawa Azerbaijan sangat berharap untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan bagi menghantar lebih ramai pelajarnya menyambung pengajian.
"Azerbaijan juga dalam usaha membangunkan semula pendidikan tinggi di kawasan Karabakh dan mereka turut menyatakan harapan sekiranya Malaysia dapat membantu dan berkolaborasi dalam hal ini," katanya.
Selain itu, Zambry berkata lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara Asia Tengah juga telah membuka ruang untuk negara-negara lain di sekitar bekerjasama dengan Malaysia menerusi pelbagai bidang bersandarkan keyakinan dan kualiti yang dibawa oleh delegasi kerajaan Malaysia.
"Dalam pertemuan saya dengan Timbalan Menteri Pendidikan, Budaya, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun Akio Fujiwara, beliau menyatakan kesediaan negara itu untuk berkongsi pengalaman dalam perihal Programme for International Student Assessment (PISA).
"Kami juga berbincang untuk melihat dan memartabatkan semula kurikulum Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan kolaborasi antara institusi Malaysia dan Jepun," katanya.
Zambry berkata pertemuan dengan pihak Microsoft pula menjurus kepada bidang kecerdasan buatan (AI), dengan peluncuran Malaysia AI Nexus telah mendorong Microsoft untuk terus bekerjasama secara aktif dengan Malaysia melalui Kementerian Pendidikan Tinggi.
Seterusnya, beliau berkata kerjasama pendidikan antara United Kingdom dan Malaysia terus diperkukuh melalui Konsortium Universiti UK-Malaysia (UK-MUC) dengan pelbagai program peringkat tinggi terus direncanakan.
"EWF sememangnya mengumpulkan ramai menteri pendidikan dan pendidikan tinggi yang membolehkan perkongsian antara negara bagi menjadikan pendidikan sebagai wadah utama untuk pembangunan masyarakat dan negara.
"Pengantarabangsaan Malaysia dalam pendidikan tinggi di peringkat global ini semakin mendapat perhatian dari negara lain dan akan terus diperkasakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 23 2024
![Banyak negara tunjuk minat untuk kerjasama dengan Malaysia dalam pendidikan tinggi Banyak negara tunjuk minat untuk kerjasama dengan Malaysia dalam pendidikan tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713881859_TBDATUKSERIDRZ.jpg)
Zambry berkata perkara itu disuarakan oleh beberapa wakil negara asing selepas mengadakan mesyuarat dua hala ketika berada di The EWF di London, United Kingdom, baru-baru ini. - Gambar fail/Bernama
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Banyak negara tunjuk minat untuk kerjasama dengan Malaysia dalam pendidikan tinggi Banyak negara tunjuk minat untuk kerjasama dengan Malaysia dalam pendidikan tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713881859_TBDATUKSERIDRZ.jpg)
Banyak negara tunjuk minat untuk kerjasama dengan Malaysia dalam pendidikan tinggi
Banyak negara menyatakan minat untuk menjalinkan kerjasama dengan Malaysia dalam bidang pengajian tinggi, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
![UK haramkan pemilikan akhbar oleh negara asing UK haramkan pemilikan akhbar oleh negara asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710368459_BanUK.jpg)
UK haramkan pemilikan akhbar oleh negara asing
Langkah itu dibuat susulan kebimbangan mengenai potensi pengambilalihan Daily Telegraph dan Spectator oleh kumpulan yang disokong oleh UAE.
![Naib Presiden Taiwan tiba di San Francisco Naib Presiden Taiwan tiba di San Francisco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692266870_TBWILLIAMLAICHINGTE.jpg)
Naib Presiden Taiwan tiba di San Francisco
Naib Presiden Taiwan dan calon presiden Lai Ching-te dilaporkan transit di San Francisco di Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, walaupun Beijing mengecam tindakan itu.
![Rusia lancar khidmat e-Visa untuk rakyat daripada 55 negara Rusia lancar khidmat e-Visa untuk rakyat daripada 55 negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81690904910_FlagRusia.jpg)
Rusia lancar khidmat e-Visa untuk rakyat daripada 55 negara
Rusia pada Selasa membuka kemudahan visa elektronik (e-visa), sekali gus menjadikan perjalanan ke negara itu lebih mudah bagi rakyat daripada 55 buah negara.
![Konflik Sudan: Mesir, Tunisia, Itali, Sepanyol, Ghana mula bawa keluar rakyat Konflik Sudan: Mesir, Tunisia, Itali, Sepanyol, Ghana mula bawa keluar rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51682311774_TBSUDANDRONE.jpg)
Konflik Sudan: Mesir, Tunisia, Itali, Sepanyol, Ghana mula bawa keluar rakyat
Pihak berkuasa Mesir pada Ahad memindahkan 436 rakyatnya dari Sudan dengan menggunakan laluan darat, menurut Kementerian Luar Mesir.
![Rakyat Malaysia manipulasi imigresen, tinggal lebih lama di negara asing Rakyat Malaysia manipulasi imigresen, tinggal lebih lama di negara asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/81552893223_marzukiyahya.jpg)
Rakyat Malaysia manipulasi imigresen, tinggal lebih lama di negara asing
Terdapat rakyat Malaysia mengambil kesempatan dengan memanipulasi undang-undang imigresen tempatan bagi membolehkan mereka menetap di negara asing dengan tempoh yang lebih lama
![Pekerja Malaysia ahli profesional, bukan buruh kasar di luar negara - Tun M Pekerja Malaysia ahli profesional, bukan buruh kasar di luar negara - Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/61572213461_TBMahathirMohamad.jpg)
Pekerja Malaysia ahli profesional, bukan buruh kasar di luar negara - Tun M
Lazimnya rakyat Malaysia yang bekerja di negara luar mempunyai ilmu yang tinggi dan bukannya bekerja sebagai buruh kasar atau pembantu rumah.
![Anggota UMNO perlu belajar daripada peristiwa 2008 - Mahdzir Anggota UMNO perlu belajar daripada peristiwa 2008 - Mahdzir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/41499497175_UMNOBera.jpg)
Anggota UMNO perlu belajar daripada peristiwa 2008 - Mahdzir
Peristiwa itu seharusnya mengajar anggota parti untuk tidak bersikap sambil lewa, sebaliknya melipatgandakan usaha untuk memastikan kemenangan pada PRU akan datang.