Sikap tidak mengambil iktibar teguran Ketua Audit negara terhadap agensi dan kementerian lain menyebabkan ketirisan dan penyelewengan terus berlaku setiap tahun.
Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr Mohd Tap Salleh berkata semua agensi dan kementerian sepatutnya tidak mengambil mudah teguran yang dibuat Ketua Audit Negara.
Katanya, ada agensi dan kementerian yang berpendapat apa yang berlaku di tempat lain tidak akan berlaku di jabatan mereka.
"Banyak perkara yang ditegur oleh pihak Ketua Audit tetapi banyak agensi yang tidak mengambil iktibar teguran tersebut.
"Sepatutnya semua agensi dan kementerian perlu mengambil iktibar teguran yang dibuat oleh ketua audit negara," katanya ketika menjadi tetamu program Analisis Awani pada Khamis.
Selain itu katanya antara faktor yang menyebabkan perkara yang sama berulang setiap tahun kerana sikap tidak komited dalam menjalankan tugas.
Mohd Tap berkata faktor lain yang dikesan ialah tiada pemantauan ketika proses pembelian dilakukan oleh agensi atau kementerian juga penyebab berlakunya ketirisan dan penyelewengan.
Astro Awani
Thu Oct 03 2013


Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kerajaan sedia kaji beri insentif nelayan ikan dalam sangkar di laut dalam
Kerajaan sedia menimbang cadangan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) untuk menyediakan insentif kepada nelayan yang mengusahakan penternakan ikan dalam sangkar di laut dalam.

Pengurusan banjir lebih efisien boleh kurangkan kerosakan - Pakar
Prof Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata pengurusan banjir yang lebih efisien boleh dilakukan agar kerosakan mahupun kemalangan mampu diminimumkan.

Kenaikan harga minyak, barangan dan tarif jadi tumpuan rakyat selepas PRU - UMCEDEL
Tiga isu utama yang menjadi tumpuan itu adalah kenaikan harga minyak (48%), peningkatan harga barang (40%) dan kenaikan tarif elektrik dan air (32%).

"Pemain MU tak serasi dengan cara Moyes" - MU Malaysia FC
Menurut Raf Yaakob, rata-rata penyokong kelab Manchester United menyokong pemecatan David Moyes.

Budaya dialog antara agama perlu dihidupkan
Budaya dialog antara agama perlu dihidupkan dalam menjamin pemahaman dan amalan hormat-menghormati antara agama di negara ini.

PRU14: 'Tokoh baru perlu muncul untuk PAS kekalkan Sungai Limau'
Apakah yang boleh dipelajari daripada PRK Sungai Limau? Analisis Awani semalam berbincang tentang keputusan dan kesinambungan daripada pilihan raya tersebut.

Analisis AWANI: Proses pemilihan baru kesempatan baik UMNO kembalikan sokongan
Proses pemilihan UMNO yang lebih terbuka dilihat sebagai kesempatan terbaik kepimpinan parti tersebut meningkatkan kembali sokongan rakyat untuk kekal memerintah.

Analisis Awani: Memenuhi keperluan asas pendidikan menerusi Bajet 2014
Bagaimana memperkasa pendidikan dan modal insan pelajar menerusi Bajet 2014?

Ekosistem perniagaan Bumiputera harus diubah
Tidak ramai Bumiputera yang telah berjaya sanggup turun untuk memberi tunjuk ajar kepada ushawan Bumiputera yang baharu.

Komuniti perniagaan Bumiputera harus diperbaiki
Ketua Pegawai Eksekutif NetCarbon, Mohd Rashdan Ramlee berkata golongan usahawan Bumiputera harus berhenti dari sikap menuding jari.