Pengaruh tokoh terdahulu seperti bekas Menteri Besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak telah menyumbang kemenangan kepada PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau.
Akan tetapi, seorang penganalisis politik berpendapat bahawa PAS perlu memikirkan cara baru untuk memastikan kesinambungan di Sungai Limau dan juga secara keseluruhannya, di negeri Kedah.
“Tokoh baru perlu muncul untuk (PAS) kekal relevan di Sungai Limau,” kata Pengerusi Eksekutif Ilham Centre, Mohamad Hisomudin Bakar dalam rancangan Analisis AWANI khas semalam.
Kajian pengundi Ilham Centre telah merumuskan bahawa Allahyarham Azizan sendiri mendapat sokongan sebanyak 84% dan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz. Mahathir 38% di Sungai Limau.
Antara faktor kekalahan Barisan Nasional juga adalah kerana undian daripada golongan atas pagar, yang meliputi pengundi muda yang dan pengundi yang bekerja di luar Sungai Limau.
“Berdasarkan apa yang kita lihat, pengundi muda masih mengikut undi tradisi keluarga. Lonjakan ke arah Barisan Nasional tidak berlaku,” kata Hisomudin.
Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata BN, yang kini memerintah Kedah, mungkin memerlukan masa untuk meyakinkan pengundi di Sungai Limau.
“Saya lihat, faktor bekas Allahyarham Azizan masih kuat. Elemen itu mempengaruhi pengundi memilih PAS. BN baru memerintah Kedah, perlu masa untuk meyakinkan pengundi,” katanya.
Sementara itu, kedua-dua penganalisis bersetuju bahawa ‘politik damai’ yang banyak ditampilkan di Sungai Limau sepatutnya diamalkan di medan politik masa depan.
Astro Awani
Mon Nov 04 2013
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
PRU14: 'Tokoh baru perlu muncul untuk PAS kekalkan Sungai Limau'
Apakah yang boleh dipelajari daripada PRK Sungai Limau? Analisis Awani semalam berbincang tentang keputusan dan kesinambungan daripada pilihan raya tersebut.