KUALA LUMPUR: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hari ini menafikan dakwaan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh berkait garis panduan penyaluran Bantuan Wang Ihsan (BWI) mangsa banjir.
Menerusi satu kenyataan, NADMA memaklumkan soalan lazim (FAQ) yang dirujuk Hannah adalah garis panduan lama.
"Ia tidak lagi terpakai lanjutan pengumuman Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) dan arahan ini turut dilanjutkan kepada semua Kerajaan Negeri.
"Dakwaan YB Hanna Yeoh yang menyatakan terdapat tarikh tutup permohonan BWI adalah tidak benar.
"NADMA menafikan sekeras-kerasnya kenyataan tersebut kerana tidak ada tarikh tutup bagi BWI memandangkan kejadian bencana adalah sesuatu yang tidak dapat diramal.
"Untuk makluman, sehingga hari ini sejumlah RM26.9 juta peruntukan fasa pertama telah disalurkan ke 11 buah negeri untuk pembayaran bantuan wang ihsan," memetik kenyataan itu.
Mengulas lanjut, NADMA menyatakan bahawa pada 21 Disember 2021, Ismail Sabri telah memutuskan bahawa semua Ketua Isi Rumah (KIR) yang terkesan akibat banjir wajar menerima BWI setiap kali ditimpa bencana.
Keputusan itu dibuat Perdana Menteri semasa mempengerusikan Mesyuarat Khas Pengurusan Bencana Bersama Menteri Besar dan Ketua Menteri.
BACA LAPOR LANGSUNG BERHUBUNG BENCANA 2021 DI SINI
"Sebelum ini kelayakan BWI hanya diberikan sekali dalam musim tempoh bencana telah diisytiharkan namun atas keprihatinan Perdana Menteri, kini semua KIR yang terkesan akibat bencana banjir boleh menuntut BWI setiap kali bencana menimpa, tertakluk kepada pengesahan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN)," memetik kenyataan itu.
Hannah dalam perkongsian di media sosial mempersoal mengenai bantuan kewangan banjir tersebut.
Katanya, tiada pelarasan selain kenyataan yang dikeluarkan NADMA dan Perdana Menteri berkait penyaluran bantuan itu adalah bercanggah.
Astro Awani
Fri Dec 24 2021
![Bantuan Wang Ihsan: NADMA nafi dakwaan Hannah Yeoh Bantuan Wang Ihsan: NADMA nafi dakwaan Hannah Yeoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41640347075_TBHULULANGAT.jpg)
Menerusi satu kenyataan, NADMA memaklumkan soalan lazim yang dirujuk Hannah adalah garis panduan lama. - Foto Astro AWANI
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739461869_RRamanan.jpg)
Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India
Ramanan berkata pemberian bantuan itu adalah bukti komitmen kementeriannya dalam membantu membangunkan ekonomi komuniti India.
![KUSKOP lancar Dasar Francais Negara 2030, perkukuh ekosistem, akses pasaran KUSKOP lancar Dasar Francais Negara 2030, perkukuh ekosistem, akses pasaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739010101_KementerianPembangu.jpg)
KUSKOP lancar Dasar Francais Negara 2030, perkukuh ekosistem, akses pasaran
KUSKOP melancarkan Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) semalam, bertujuan memperkukuh ekosistem francais di Malaysia dan memperluas akses pasaran di dalam dan luar negara.
![Visi perpaduan Tunku Abdul Rahman kekal relevan - Aaron Visi perpaduan Tunku Abdul Rahman kekal relevan - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738940860_AaronAgo.jpg)
Visi perpaduan Tunku Abdul Rahman kekal relevan - Aaron
Visi perpaduan dalam kepelbagaian yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj masih relevan sehingga ke hari ini.
![Tiada pembayaran insentif getah untuk pekebun kecil bagi Januari 2025 - LGM Tiada pembayaran insentif getah untuk pekebun kecil bagi Januari 2025 - LGM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738553075_tbgetah.jpg)
Tiada pembayaran insentif getah untuk pekebun kecil bagi Januari 2025 - LGM
Insentif Pengeluaran Getah (IPG) tidak diaktifkan untuk pekebun kecil getah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bagi Januari 2025, kata Lembaga Getah Malaysia (LGM).
![Maybank aktifkan Bantuan Kewangan Banjir kepada pelanggan terjejas di Sabah, Sarawak Maybank aktifkan Bantuan Kewangan Banjir kepada pelanggan terjejas di Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738359780_TBMaybank.jpg)
Maybank aktifkan Bantuan Kewangan Banjir kepada pelanggan terjejas di Sabah, Sarawak
Bantuan berkenaan disediakan di seluruh negara, bertujuan meringankan beban kewangan pelanggan Maybank yang terjejas.
![Jawatankuasa Bencana Sarawak bakal bincang isu keselamatan kediaman lereng bukit - Uggah Jawatankuasa Bencana Sarawak bakal bincang isu keselamatan kediaman lereng bukit - Uggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51738229124_AmarDouglas.jpg)
Jawatankuasa Bencana Sarawak bakal bincang isu keselamatan kediaman lereng bukit - Uggah
Isu keselamatan kediaman di kawasan lereng bukit akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam masa terdekat.
![Permohonan bantuan kewangan program perpaduan secara dalam talian Permohonan bantuan kewangan program perpaduan secara dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737625822_AaronAgo.jpg)
Permohonan bantuan kewangan program perpaduan secara dalam talian
Insentif bantuan kewangan kepada NGO bagi penganjuran program perpaduan akan diuruskan secara dalam talian menerusi portal bermula tahun ini.
![KPM terus fokus tangani isu keciciran pelajar - Fadhlina KPM terus fokus tangani isu keciciran pelajar - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737371819_FadhlinaSidek.jpg)
KPM terus fokus tangani isu keciciran pelajar - Fadhlina
Isu keciciran pelajar akan terus menjadi fokus utama Kementerian Pendidikan (KPM) sepanjang tahun ini, kata Menterinya Fadhlina Sidek.
![Surat derma Arab Saudi langsung tidak sebut nama Raja Abdullah, mahkamah diberitahu Surat derma Arab Saudi langsung tidak sebut nama Raja Abdullah, mahkamah diberitahu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736331063_NajibRazak.jpg)
Surat derma Arab Saudi langsung tidak sebut nama Raja Abdullah, mahkamah diberitahu
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa surat yang didakwa diterima Najib berhubung pemberian derma daripada Almarhum Raja Abdullah langsung tidak menyebut nama raja itu.
![Penghantar barang rugi RM63,826 akibat 'love scam' Penghantar barang rugi RM63,826 akibat 'love scam'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81706786364_TBLOVESCAM.jpg)
Penghantar barang rugi RM63,826 akibat 'love scam'
Akibat termakan pujuk rayu seorang wanita yang dikenali hanya dalam tempoh 20 hari, seorang penghantar barang terpaksa berputih mata selepas kerugian sebanyak RM63,826 kerana diperdaya 'love scam'.