Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan sebulan gaji atau minimum RM2,000 kepada kesemua 3,600 penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan negeri, yang akan dibayar sekali gus pada Disember ini.
Pengumuman itu dibuat Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun ketika membentangkan Belanjawan Negeri Sembilan 2020 bertemakan 'Melestari Ekonomi dan Mensejahtera Rakyat' pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.
"Diharapkan bantuan khas kewangan ini akan memberikan dorongan dan galakan kepada penjawat awam untuk melaksanakan tugas dengan lebih dedikasi dan cemerlang pada masa akan datang.
"Berusahalah dengan lebih gigih lagi untuk mempertingkatkan produktiviti dan mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat," katanya.
Selain itu, penjawat awam negeri ini turut menerima berita baik apabila kerajaan negeri turut memperkenalkan inisiatif pinjaman sifar faedah membabitkan pinjaman kenderaan dan komputer, yang akan dilaksanakan tahun hadapan.
Aminuddin juga berkata elaun setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) juga ditambah RM100 sebulan, menjadikan jumlahnya RM400, yang akan diberi tahun hadapan.
"Ini menjadikan keseluruhan bayaran elaun bagi pengerusi dan setiausaha MPKK pada tahun 2020 adalah sebanyak RM2.62 juta," katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Nov 22 2019
Bantuan Khas Kewangan sebulan gaji atau minimum RM2,000 akan dibayar sekali gus pada Disember ini, kata Aminuddin Harun. - Gambar fail BERNAMA
Penduduk Gaza cari jalan uruskan saki-baki runtuhan termasuk dijadikan nisan
Di sebalik runtuhan sebuah kediaman dua tingkat, seorang kanak-kanak Palestin, Mohammed dilihat mengumpulkan serpihan bumbung yang musnah dan diletakkan di dalam baldi pada Ahad.
Setahun Genosid Gaza: Derita musim sejuk tanpa rumah untuk berlindung
Setahun genosid Gaza, penduduk terpaksa mengharungi musim sejuk dengan hanya berlindung di khemah tanpa rumah yang hangat.
Penduduk Gaza kutip serpihan runtuhan jadi batu nisan
Di sebalik runtuhan sebuah kediaman dua tingkat, seorang kanak-kanak Palestin, Mohammed dilihat mengumpulkan serpihan bumbung yang musnah dan diletakkan di dalam baldi pada Ahad.
Rosco anjur konvoi solidariti untuk Gaza
Menjelang setahun pencerobohan tentera Israel di Gaza, situasi masih belum menampakkan bayang serangan rejim Israel akan dihentikan dalam masa terdekat.
Jokowi, menteri Kabinet luang masa di kafe berhampiran Istana Garuda
Jokowi menjemput beberapa menteri Kabinet meluangkan masa santai menikmati kopi di sebuah kedai di Istana Garuda, Ibu Kota Nusantara (IKN), Kalimantan Timur.
Ehsan Property lancar pembangunan bersepadu baharu Ehsan Widuri
Pemaju hartanah terkemuka, Ehsan Property melancarkan pembambangunan bersepadu baharu dikenali sebagai Ehsan Widuri bagi memenuhi permintaan tinggi terhadap kediaman berkualiti tinggi dengan fokus pada kelestarian dan reka bentuk yang inovatif.
Protes di Islamabad: Kumpulan media Malaysia nyaris terkandas, jalan ditutup dengan kontena
Sekumpulan media dari Malaysia berhadapan detik mendebarkan selepas terpaksa menggunakan laluan alternatif untuk sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Islamabad.
KBS mahu kerajaan negeri tampil lebih serius dalam penganjuran LTDL
Kementerian Belia dan Sukan berharap kerajaan negeri tampil lebih serius dalam penganjuran perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) pada masa akan datang.
Agenda pemerkasaan ekonomi adil untuk semua kaum - PM Anwar
Perdana Menteri berkata agenda pemerkasaan ekonomi dilaksanakan dengan adil tanpa meminggirkan mana-mana kaum di negara ini.
SPRM beri tumpuan enam bidang tambah baik CPI Malaysia
Kumpulan fokus yang baru ditubuhkan bakal memberikan tumpuan kepada enam bidang bagi menambah baik Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia.
Perarakan kereta klasik serikan sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Sembilan
Perarakan kereta itu bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini selain menzahirkan penghargaan kepada pejuang terdahulu dan rasa cinta terhadap tanah air.
Tuanku Muhriz saksi perbarisan Hari Kebangsaan di Negeri Sembilan
Lebih 80 kontinjen merangkumi 5,000 peserta terlibat pada perbarisan sambutan yang diadakan di Padang Majlis Bandaraya Seremban(MBS).
Air pasang besar punca banjir di Negeri Sembilan - MB
Kejadian banjir yang berlaku di Negeri Sembilan sejak Selasa lalu disebabkan fenomena air pasang besar terutamanya di kawasan Port Dickson.
Negeri Sembilan telah tunaikan 95 peratus manifesto PRN - Aminuddin
Katanya, sebahagian inisiatif itu termasuk bantuan perkahwinan RM500 kepada anak negeri yang mendirikan rumah tangga untuk kali pertama.
Rakyat Negeri Sembilan diminta terus kibar Jalur Gemilang, semarakkan Bulan Kebangsaan
Katanya pengibaran Jalur Gemilang perlu dilihat sebagai cerminan jati diri selain menghargai pengorbanan pejuang kemerdekaan terdahulu.
Negeri Sembilan akan adakan pertemuan bincang Koridor Ekonomi Anjung Selatan
Negeri Sembilan akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin Melaka dan Johor dalam masa terdekat bagi membincangkan secara terperinci cadangan mewujudkan Koridor Ekonomi Anjung Selatan.
Aminuddin nafi PKR N.Sembilan bergolak
Aminuddin yang juga Naib Presiden PKR berkata kepimpinan parti berada dalam keadaan baik dan pihaknya tidak dimaklumkan berhubung rasa tidak puas hati mana-mana pihak.
Negeri Sembilan capai sifar miskin tegar hujung bulan ini - MB
Ia susulan pelaksanaan pelbagai inisiatif dan program termasuk kerjasama dengan syarikat bagi menyediakan pekerjaan kepada miskin tegar.
Dua lagi premis jalankan aktiviti sisa elektronik diserbu - Aminuddin
Dua lagi premis haram menjalankan aktiviti peleraian bahan buangan elektronik di Negeri Sembilan diserbu pihak berkuasa dalam operasi bersepadu di Kampung Ribu, Rantau tengah hari tadi.
FAMA sasar RM7.3 juta jualan FAMA Fest tahun ini
Sasaran itu melibatkan lapan penganjuran FAMA Fest bermula Februari lepas hingga Disember ini.