NILAI: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan jualan RM7.3 juta melibatkan 580 usahawan bagi penganjuran FAMA Fest seluruh negara tahun ini.
Ketua Pengarah FAMA Encik Abdul Rashid Bahri berkata, sasaran itu melibatkan lapan penganjuran FAMA Fest bermula Februari lepas hingga Disember ini.
Beliau berkata penganjuran acara itu sejak 2017 merekodkan jualan RM24 juta melibatkan 2,180 usahawan serta menarik 2.2 juta pengunjung.
"Bagi Negeri Sembilan, FAMA menyasarkan jualan RM250,000 dengan kedatangan 10,000 pengunjung dalam program empat hari bermula semalam di kawasan tapak parkir Aeon Nilai dekat sini.
"Saya melihat pelbagai produk tempatan di negeri ini dapat diketengahkan di peringkat antarabangsa," katanya dalam ucapannya pada Majlis Perasmian FAMA Fest 2024@Negeri Sembilan di sini semalam.
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, program tersebut membuka peluang usahawan tempatan mengeksport produk ke pasaran antarabangsa seperti Hong Kong, China dan Thailand dengan potensi jualan sebanyak RM2 juta.
Dalam program itu, Aminuddin turut menyampaikan insentif geran berjumlah RM480,650 kepada 32 penerima meliputi tujuh projek FAMA termasuk Pembangunan Produk Usahawan Mikro IMAT, naik taraf Agrobazaar K-Shoppe, Agrobazaar K-Shoppe Baru serta Program Pembangunan dan Penjenamaan Produk Usahawan Melalui Kerjasama Pihak Industri Berkepakaran (PIB).
Antara tarikan utama FAMA Bye Fest 2024@Negeri Sembilan ialah penawaran pelbagai produk makanan asas tani dan produk segar selain Kombo MADANI dan beras putih tempatan
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi negeri Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata kerajaan negeri menerima aduan daripada penternak lembu dan kambing yang berdepan isu lambakan serta memerlukan bantuan FAMA untuk memasarkan ternakan mereka.
"Saya mencadangkan kepada FAMA mencari pendekatan terbaik supaya penternak tidak berasa rugi, saya yakin ada pelbagai kaedah dapat digunakan.
"Negeri Sembilan tidak ada kekurangan daging menjelang Hari Raya Aidiladha, jadi para penternak dinasihatkan menjual pada harga berpatutan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 24 2024
Aminuddin (dua, kiri) dan Jalaluddin (kiri) ketika menyertai acara jualan lelong pada Program Fama Fest 2024 @Negeri Sembilan di perkarangan Aeon Nilai, semalam. --fotoBERNAMA
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
FAMA Fest 2024 catat nilai jualan RM8.4 juta di tujuh negeri - Arthur
Program itu memberi manfaat kepada 808 usahawan serta dimeriahkan dengan kehadiran sebanyak 459,417 pengunjung.
FAMA sasar RM7.3 juta jualan FAMA Fest tahun ini
Sasaran itu melibatkan lapan penganjuran FAMA Fest bermula Februari lepas hingga Disember ini.