AYER KEROH: Seorang pekerja restoran dipenjara tiga tahun dan didenda RM20,000 di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah melakukan khianat bagi membantu kegiatan ceti haram atau along.
Pua Chee Kang, 39, membuat pengakuan bersalah atas empat pertuduhan terhadapnya di dua mahkamah berasingan di hadapan Hakim Nariman Badruddin dan Maziah Joary Mohd Tajudin.
Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan khianat menggunakan api sehingga menyebabkan kebinasaan rumah kediaman milik seorang individu pada 6 Februari 2021 di Taman Krubong Utama, Melaka.
Tertuduh juga didakwa menggunakan api sehingga menyebabkan kebinasaan terhadap dua motosikal serta sebuah kereta jenis Perodua Bezza selain turut menyebabkan kerosakan parkir rumah kediaman milik individu lain yang menyebabkan kerugian RM15,000.
Kesalahan itu dilakukan kira-kira jam 4.30 pagi pada 18 Februari 2021 di Taman Seri Krubong, Melaka.
Selain itu, tertuduh bersama seorang rakannya Chiong Nyong Mok juga didakwa bersama-sama melakukan khianat menggunakan api sehingga menyebabkan kerosakan sebuah rumah di Taman Merdeka, Batu Berendam pada 9 Mac 2021.
Nyong Mok bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan meminta dibicarakan.
Bagi pertuduhan keempat, Chee Kang turut didakwa melakukan satu lagi kesalahan lain membabitkan sebuah kediaman lain di Taman Malim Jaya pada 17 Januari 2021.
Bagi semua pertuduhan itu, Chee Kang yang juga bapa enam anak didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda.
Hakim Maziah Joary menetapkan hukuman penjara tiga tahun masing-masing bagi dua pertuduhan disebut di hadapannya. Hakim Nariman pula menetapkan hukuman yang sama bagi dua pertuduhan di hadapannya dengan tambahan denda RM20,000.
Mahkamah bagaimanapun memerintahkan kesemua hukuman itu berjalan serentak dari tarikh dia ditangkap pada 19 Mac 2021.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim, Intan Lyiana Zainal Abidin dan Anis Najwa Nazari manakala tertuduh diwakili peguam Amritpal Singh.
Shuhada Abdul Kadir
Mon Apr 18 2022
Pua Chee Kang, 39, membuat pengakuan bersalah atas empat pertuduhan terhadapnya di hadapan Hakim Nariman Badruddin dan Maziah Joary Mohd Tajudin. - Gambar/ Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
Caj hospital swasta meningkat, KKM akan bawa pendekatan perkhidmatan berasaskan nilai
Isu peningkatan caj hospital dan insurans perubatan yang melambung tinggi dibangkitkan beberapa ahli Parlimen yang meminta KKM untuk mengawal perkara berkenaan.
AWANI Ringkas: Jenayah | Rusuhan di Islamabad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MTL: Lebih 100 hektar padi sedia dituai ditenggelami banjir, kerugian hampir RM1 juta
Seramai 39 pesawah dari Kampung Luar dan Kampung Tersang di sini mengalami kerugian hampir RM1 juta selepas sawah seluas 121 hektar ditenggelami banjir.
Consider This: BERSIH Report Card — From ‘D’ to Distinction?
Two years into its term, the Madani government finds itself under the microscope. Bersih has given the Anwar Ibrahim-led Administration a grade of ‘D’, citing its failure to deliver on key institutional and democratic reforms. Is this verdict too harsh, or is it a necessary wake-up call for those in power that they do not have the luxury of time? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Muhammad Faisal Abdul Aziz, Chairperson of BERSIH, and Ooi Kok Hin, Executive Director of BERSIH.
Rancangan Kawasan Khas Tanah Tinggi Lojing dirangka untuk dibangunkan secara dinamik
Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang telah dirangka sebagai garis panduan bagi membolehkan pembangunan secara dinamik dan holistik dilaksanakan di kawasan berkenaan.
AWANI Tonight 26 Nov 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. M'sia-S. Korea: PM visit secures RM32.8 bil in potential investments
2. A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
#AWANIEnglish #AWANINews
1. M'sia-S. Korea: PM visit secures RM32.8 bil in potential investments
2. A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
A UN report revealed 85,000 women and girls were victims of femicide in 2023, with majority cases involving an intimate partner or a family member. #AWANITonight
Polis tahan enam lelaki warga Bangladesh di Muar, tumpas sindiket 'Along'
Polis menahan enam lelaki warga asing di sekitar daerah Muar yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pemberi pinjaman wang tanpa tanpa lesen.
Dua lelaki disyaki along ditahan polis
Dua lelaki ditahan di Taman Rima Gamelan, Bercham semalam kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pemberi pinjaman wang tanpa lesen.
Simbah cat, empat along dihadap ke mahkamah
Empat individu didakwa di mahkamah atas pertuduhan melakukan khianat dan bersubahat dengan menyimbah cat terhadap harta milik peminjam wang, bulan lepas.
Sindiket along: Tujuh mengaku bersalah tawar pinjaman wang tanpa lesen
Tujuh termasuk seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh atas pertuduhan menawarkan pinjaman tanpa lesen.
Polis Melaka patahkan sindiket 'along', tujuh ditahan
Sindiket itu menawarkan pinjaman wang antara RM500 hingga RM5,000 dengan kadar faedah sehingga 20 peratus seminggu.
Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api
Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Along letupkan kereta jurulatih renang depan rumah
Mangsa mahupun ahli keluarga menafikan memiliki musuh atau berhutang sepanjang tinggal di kawasan perumahan itu.
Dua along terbabit kes simbah cat merah ditahan
Polis menahan dua lelaki tempatan disyaki along bagi membantu siasatan kejadian simbahan cat merah di sebuah rumah, Khamis lepas.
Polis tahan lelaki dipercayai orang suruhan along terlibat kes khianat
Lelaki berumur 30-an yang ditahan di Sentul, Kuala Lumpur itu menerima upah hingga RM1,000 bagi setiap tugas yang diarahkan.
Polis bongkar aktiviti along Semenanjung guna geng di Sibu tagih hutang
Modus operandi pemberi pinjaman itu terbongkar berikutan penangkapan empat lelaki yang dipercayai anggota Geng Rosli.