Usaha progresif Kerajaan Malaysia untuk meningkatkan sektor telekomunikasi negara diiktiraf Bank Dunia dalam laporan terkininya "Malaysia Economic Monitor: Re-energising the Public Service," yang diterbitkan pada 30 Jun tahun ini.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan berkata satu artikel dalam laporan itu bertajuk "Malaysia's Need for Speed: How Regulatory Action Is Unleashing Ultrafast Internet" mengakui inisiatif yang diambil suruhanjaya dalam menyokong Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo yang menghasilkan slogan "Gandakan kelajuan pada separuh harga" sebagai garis panduan utama dalam memberikan perkhidmatan jalur lebar tetap yang mampu dilanggan dengan hubungan internet yang lebih pantas.
Pengerusi MCMC, Al-Ishsal Ishak berkata laporan Bank Dunia itu satu bukti kepada keberkesanan inisiatif, dasar dan tindakan yang dilaksanakan MCMC.
"Selaku pengawal selia industri komunikasi dan multimedia, sasaran kami adalah memastikan standard ketersambungan seluruh negara boleh memberikan nilai tambah kepada rakyat juga sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan mampan buat negara.
Pelaksanaan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP) oleh MCMC dalam Oktober 2018 menghasilkan secara purata pengurangan 49 peratus pada harga jalur lebar berkelajuan tinggi," kata kenyataan itu.
Sebelum pengurangan harga, MCMC berkata harga pakej permulaan daripada RM119 hingga RM129 untuk 10 megabit sesaat (Mbps) tetapi dengan MSAP, harga pakej permulaan daripada RM79 hingga RM89 untuk 30 Mbps.
Tambahan pula, bilangan langganan jalur lebar tetap dengan kelajuan muat turun lebih daripada 100 Mbps meningkat lapan kali ganda kepada 1.2 juta pelanggan dalam 2018, daripada 150,000 pada 2017, katanya.
Menurut MCMC lagi, dalam bentuk capaian, artikel Bank Dunia itu menggariskan Malaysia berada di kedudukan yang baik untuk merapatkan jurang antara negara pendahulu dalam kelajuan internet.
Kelajuan purata jalur lebar tetap telah meningkat lebih tiga kali ganda dalam 17 bulan, dari 22.5 Mbps pada Januari 2018 kepada 68.5 Mbps pada Mei 2019, di atas purata global 59.6 Mbps.
Di bawah Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP), MCMC telah merancang untuk mempertingkatkan kemampuan, kualiti dan akses kepada ketersambungan digital sebagai satu laluan kepada negara untuk membawa Revolusi Industri Keempat (IR 4.0) yang mengandungi teknologi seperti kecerdasan buatan, robotik, data raya dan kejuruteraan maya, katanya lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 06 2019

Pengerusi MCMC, Al-Ishsal Ishak berkata laporan Bank Dunia itu satu bukti kepada keberkesanan inisiatif, dasar dan tindakan yang dilaksanakan MCMC. - Gambar hiasan

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
![[KOLUMNIS] Memahami Misi #25CPI Malaysia 2033: Tekad negara memerangi rasuah [KOLUMNIS] Memahami Misi #25CPI Malaysia 2033: Tekad negara memerangi rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733199958_rasuah.jpg)
[KOLUMNIS] Memahami Misi #25CPI Malaysia 2033: Tekad negara memerangi rasuah
Malaysia telah menetapkan sasaran berani melalui Misi #25CPI, iaitu mencapai kedudukan 25 teratas dalam Indeks Persepsi Rasuah menjelang 2033.

Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah tempatan ditutup bercampur-campur pada Jumaat, disokong oleh prestasi negara serantau yang bertindak balas terhadap prospek ekonomi China yang positif, kata seorang peniaga.

Bank Dunia sediakan pembiayaan tingkatkan ketahanan iklim Bangladesh
Dua perjanjian pembiayaan berjumlah US$900 juta itu untuk membantu negara itu mencapai kemampanan alam sekitar dan ketahanan iklim.

Pembangunan Malaysia perlu rangka pendekatan menyeluruh, mengikut konteks - Pakar ekonomi
Pakar ekonomi menyarankan keperluan untuk Malaysia menilai semula pendekatan pembangunan agar lebih menyeluruh dan mengikut konteks.

Bank Dunia lantik Judith Green sebagai Pengurus Negara untuk Malaysia
Kumpulan Bank Dunia melantik Judith Green sebagai Pengurus Negara yang baharu untuk Malaysia.

Bank Dunia lulus pinjaman US$750 juta, tingkatkan transformasi digital Filipina
Bank Dunia meluluskan pinjaman sebanyak US$750 juta pada Rabu untuk mempercepatkan transformasi digital di Filipina.

DAT percepat sasaran Malaysia capai status negara berpendapatan tinggi - Bank Dunia
Penerimagunaan yang meluas dan peningkatan teknologi pertanian digital (DAT) akan mempercepat perjalanan Malaysia untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi, menurut laporan Bank Dunia.

Malaysia perlu lebih banyak pembaharuan fiskal untuk mantapkan ekonomi - Bank Dunia
Ekonomi Malaysia telah mengekalkan kekuatannya, hasil daripada gabungan pembaharuan domestik seperti rasionalisasi subsidi diesel dan rangsangan luar, menurut Bank Dunia.

Indonesia sasar jadi destinasi penempatan modal
Kerajaan Indonesia sedang melaksanakan inisiatif strategik untuk menubuhkan pejabat keluarga, entiti persendirian yang bertujuan menguruskan urusan perniagaan keluarga mewah, lapor Xinhua.

Bank Dunia lulus pinjaman US$750 juta untuk tingkatkan pemulihan Filipina
Bank Dunia pada Sabtu mengumumkan kelulusan pinjaman US$750 juta bagi mengukuhkan pemulihan ekonomi Filipina, lapor Xinhua.