KUALA LUMPUR: Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dan ahlinya komited untuk membantu pelanggan yang terjejas akibat banjir di seluruh negara ketika ini.
ABM dalam satu kenyataan pada Rabu berkata ahlinya telah menyediakan bantuan banjir yang khusus dan mudah diakses untuk pelanggan mereka yang terjejas akibat banjir.
"Bantuan yang ditawarkan adalah berdasarkan program yang disesuaikan oleh bank individu dan mungkin termasuk (tetapi tidak terhad kepada) penangguhan bayaran balik pinjaman, pembiayaan, pengecualian fi dan caj bagi menggantikan dokumen bank dan kad bank yang hilang dan rosak serta banyak lagi," katanya.
CIMB Group Holdings Bhd dalam satu kenyataan berasingan mengumumkan ia akan mengaktifkan semula pelepasan pembayaran obligasi kewangannya di bawah Pelan Bantuan Banjir CIMB.
Bank itu akan memberikan pelepasan pembayaran selama enam bulan bagi produk pinjaman dan pembiayaan untuk pelanggan individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS)/perniagaan yang terjejas akibat banjir.
"Seterusnya, Kemudahan Bantuan Bencana sehingga RM700,000 pada kadar kewangan keutamaan juga akan disediakan untuk pelanggan PKS yang memerlukan bantuan aliran tunai tambahan," kata bank itu.
Sementara itu, AmBank Group dalam satu kenyataan berkata ia akan menyediakan bantuan bersasar kepada pelanggan yang layak.
Bank itu berkata pelanggan yang terjejas ditawarkan bantuan bayaran balik sehingga enam bulan bagi semua kemudahan pinjaman dan pembiayaan termasuk kemudahan kad kredit, tanpa caj lewat atau penalti yang dikenakan sepanjang tempoh bantuan bayaran balik.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 08 2023

Pelanggan yang terjejas banjir ditawarkan bantuan bayaran balik sehingga enam bulan bagi semua kemudahan pinjaman dan pembiayaan, tanpa caj lewat atau penalti dikenakan. - Gambar fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM
ABM memberi amaran bahawa penipu biasanya menggunakan taktik 'kejuruteraan sosial' untuk memanipulasi pengguna.

Bank-bank komited bantu pelanggan terjejas akibat banjir
Ahli ABM menyediakan bantuan banjir yang khusus dan mudah diakses untuk pelanggan mereka yang terjejas akibat banjir.

Institusi perbankan bersedia membantu pelanggan di kawasan PKPB dan PKPD
Pelanggan di kawasan PKPB atau PKPD yang menghadapi kesukaran membuat pembayaran pinjaman atau pembiayaan harus segera menghubungi bank untuk meminta bantuan pembayaran balik.

Pusingan U, kini bank kenakan faedah moratorium ke atas sewa beli
Bank Negara Malaysia (BNM) mengesahkan peminjam bank tidak perlu memohon untuk mendapatkan moratorium dari pihak bank.

COVID-19: Perkhidmatan perbankan penting tidak terjejas
Menurut ABM, pelanggan dinasihatkan untuk menghubungi bank mereka untuk pertanyaan, penjelasan atau bantuan, jika perlu.

Bank, AKPK akui isu bankrap perlu diberi lebih perhatian - Azalina
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said bincang meja bulat antara bank-bank komersial, Bank Negara Malaysia, AKPK.