Perkhidmatan penting di bank-bank tempatan termasuk akses kepada mesin juruwang automatik (ATM), pemprosesan dan kelulusan pinjaman baharu atau permohonan pembiayaan tidak terganggu semasa Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu di seluruh negara.
Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) berkata perkhidmatan lain yang tidak terganggu ialah terminal layan diri seperti mesin deposit tunai di semua cawangan dan lokasi yang boleh diakses, serta 'hotline' khidmat pelanggan atau pusat panggilan.
Pelanggan yang ingin mengunjungi bank dinasihatkan supaya menyemak status terkini dan perkembangan terkini mengenai bank mereka melalui laman web bank atau talian 'hotline' perkhidmatan bank tersebut terlebih dahulu.
"Keselamatan menjadi keutamaan pada masa ini. Kami ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa bank-bank anggota kami sedang mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan keselamatan pelanggan dan kakitangan bank mereka sepanjang masa," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
ABM berkata pelanggan digalakkan untuk menggunakan bentuk perkhidmatan perbankan yang lain, seperti melalui telefon, perkhidmatan mudah alih atau dalam talian untuk kemudahan yang lebih baik, sejajar dengan gesaan kerajaan yang menggalakkan penjarakan sosial dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
"Orang ramai turut dinasihatkan berjaga-jaga pada setiap masa terhadap penipuan berkaitan COVID-19, yang boleh dipromosikan dalam pelbagai bentuk untuk mengambil kesempatan daripada orang ramai dalam tempoh ini," katanya.
Menurut ABM, pelanggan dinasihatkan untuk menghubungi bank mereka untuk pertanyaan, penjelasan atau bantuan, jika perlu.
Sebagai usaha untuk mengawal penularan COVID-19 di negara ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac hingga 31 Mac.- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 20 2020

Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) berkata perkhidmatan lain yang tidak terganggu ialah terminal layan diri seperti mesin deposit tunai di semua cawangan dan lokasi yang boleh diakses. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

ABM tetapkan empat keutamaan strategik bagi pertumbuhan masa hadapan
Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia (ABM) menggariskan empat keutamaan strategik masa hadapan seiring 50 tahun penubuhannya.

ABM perkukuh komitmen tangani jenayah 'scam'
Amina berkata langkah pencegahan telah lama dijalankan, dan ABM kini memperkukuhkan kerjasama dengan bank-bank bagi menghentikan kegiatan ini.

Zii Jia belum pasti beraksi di Piala Thomas 2024 - Rexy
Pemain lelaki profesional negara Lee Zii Jia masih belum pasti beraksi di Piala Thomas 2024 susulan Team LZJ sedang merangka perancangan terbaik.

Rexy kecewa skuad wanita tidak manfaat peluang di BATC 2024
Rexy Mainaky kecewa apabila skuad wanita negara gagal memanfaatkan peluang terbaik untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024.

Zii Jia, Aaron-Wooi Yik mampu rangkul gelaran terbuka Malaysia 2024 - Chong Wei
Chong Wei optimis Zii Jia dan beregu Aaron Chia-Soh Wooi Yik, masing-masing mampu mencipta magis merangkul gelaran juara pada Terbuka Malaysia 2024, di Axiata Arena esok.

ABM pegang prinsip tidak manjakan pemain - Rexy
Memanjakan pemain boleh 'membunuh' karier atlet itu dan pada masa sama mempengaruhi ketahanan mental selain merencatkan proses pembangunan.

Hanya pemain 16 tahun ke atas ditempatkan di ABM bermula tahun depan
Bagaimanapun, kumpulan pemain berusia 14 hingga 15 tahun ketika ini akan kekal di ABM.

Rexy kini pegang jawatan Pengarah Kejurulatihan ABM - Kenny Goh
ABM mahu memiliki seorang sahaja pengarah kejurulatihan yang akan memantau prestasi kedua-dua kem perseorangan dan beregu negara.

Jalani kecam Team LZJ, patut bersyukur peluang berlatih di ABM
Jalani berkata Zii Jia sepatutnya bersyukur dengan peluang diberikan BAM yang membuka pintu buat pemain profesional berlatih di ABM.

Terbuka Korea: Zii Jia terus kempunan, kandas di pusingan pertama
Pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia masih berdepan episod malang apabila kandas pada pusingan pertama kejohanan badminton Terbuka Korea 2023, hari ini.