KUALA LUMPUR:Institusi perbankan bersedia untuk membantu peminjam dan pelanggan yang berada di beberapa kawasan di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) atau Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) kerana peningkatan kes pandemik COVID-19.
Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Perbankan Islam dan Institusi Kewangan Malaysia (AIBIM) berkata peminjam dan pelanggan di kawasan PKPB atau PKPD yang menghadapi kesukaran untuk membuat pembayaran pinjaman atau pembiayaan harus segera menghubungi bank mereka untuk meminta bantuan pembayaran balik.
"Bank-bank bersedia untuk memudahkan permohonan bantuan pembayaran balik untuk disesuaikan dengan keadaan kewangan para peminjam dan pelanggan.
"Mereka (pelanggan dan peminjam) dapat menghubungi bank mereka melalui e-mel atau telefon jika mereka tidak dapat melakukan pertemuan secara bersemuka kerana sekatan pergerakan," kata ABM dan AIBIM dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Isnin.
Untuk tujuan keselamatan, bank-bank yang terletak di kawasan PKPB akan beroperasi dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang ditetapkan, kata kenyataan itu.
"Peminjam dan pelanggan di kawasan yang terjejas ini dinasihati untuk memeriksa di laman web bank masing-masing untuk mendapatkan maklumat mengenai sebarang perubahan pada waktu operasi atau peraturan untuk perkhidmatan di kaunter.
"Mereka juga dapat terus melakukan urusan perbankan di semua terminal layan diri, seperti mesin juruwang automatik (ATM) dan mesin deposit tunai (CDM) yang terletak di kawasan PKPB," katanya.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai bantuan pembayaran balik, orang ramai juga boleh menghubungi ABM Connect melalui laman web ABM di https://www.abm.org.my/eabmconnect atau AIBIM di 03-2026-8002 / 8003 atau melalui e-mel di staff@aibim.com.
"Peminjam atau pelanggan yang masih menghadapi kesukaran selepas berunding dengan bank mereka boleh menghubungi BNMTELELINK di bnmtelelink@bnm.gov.my atau hubungi 1-300-88-5465 atau sebagai alternatif, peminjam atau pelanggan juga boleh mendapatkan panduan dan memilih pilihan lain bagi mendapatkan bantuan dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dengan menghubungi 03-2616-7766," kata kenyataan itu,
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang akhbar pada Isnin berkata seluruh Sabah akan berada di bawah PKPB mulai pukul 12.01 pagi, 13 Oktober hingga 26 Okt, manakala Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) akan dilaksanakan di Felda Umas, Tawau dari pukul 12.01 pagi, 13 Okt hingga 26 Okt.
PKPB pula akan dikuatkuasakan untuk seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuat mulai pukul 12.01 pagi pada 14 Oktober hingga 27 Oktober.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 12 2020

Pelanggan boleh terus melakukan urusan perbankan di semua terminal layan diri, seperti mesin ATM dan CDM yang terletak di kawasan PKPB.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.

Dua remaja 15 tahun antara lapan ditahan sertai parti persendirian
Dua remaja perempuan antara lapan individu yang ditahan polis kerana menyertai parti persendirian di sebuah unit soho di sebuah kondominium dekat Shah Alam awal pagi tadi.

Susulan kes Neelofa, Menteri Besar Negeri Sembilan, Selangor bincang soal 'jual beli' Nilai 3
Netizen berseloroh mendakwa tiada kesalahan rentas negeri direkodkan ke atas Neelofa dan PU Riz kerana Nilai 3 di bawah jajahan negeri Selangor.

Neelofa, PU Riz tidak dikenakan tuduhan rentas negeri - Pejabat Peguam Negara
Pejabat Peguam Negara membuat keputusan tidak mengenakan tuduhan rentas negeri terhadap pasangan selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhamad Haris Mohd Ismail atau PU Riz.

COVID-19: Labuan laksana PKPB, SOP Aidilfitri diperketatkan
Pelaksanaan PKPB itu akan menggunapakai SOP PKPB dan sektor sosial dengan beberapa pindaan.

'Sehingga ada arahan baharu, saya andaikan Sabah masih berstatus PKPB' - Masidi
Sehingga ada arahan baharu, Sabah diandaikan masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Konsep kutipan makanan tanpa sentuh di R&R sepanjang Lebuh Raya PLUS
PLUS menawarkan kemudahan dan kutipan tanpa sentuh menerusi fungsi Pre-Order PLUS melalui Aplikasi PLUS yang menawarkan menu pilihan kepada pelanggan di 21 R&R terpilih.

Johor benarkan operasi bazar Ramadan, Aidilfitri di tiga daerah PKP
Kerajaan Johor membenarkan operasi bazar Ramadan dan Aidilfitri di tiga daerah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok.

Polis panggil Neelofa, PU Riz isu tular rentas negeri beli karpet di Nilai 3
Selebreti Neelofa terus mencetuskan kontroversi di media sosial apabila sekali lagi dia didakwa 'merentas negeri' ke Pusat Perniagaan Nilai 3 di Negeri Sembilan.

Mesej tular 'PKP seluruh Selangor' palsu
Kenyataan yang tular mendakwa kononnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh Selangor akan dilaksanakan sama ada 4 Mei atau 5 Mei 2021 adalah palsu.

Kelantan masih PKP, 5 negeri PKPB, 9 negeri PKPP - Ismail Sabri
Kerajaan bersetuju mengekalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kesemua 10 jajahan atau daerah di negeri Kelantan.