KUALA LUMPUR: Persoalan mengapa selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz tidak didakwa kerana merentas negeri terus menjadi bahan bualan segelintir rakyat di negara ini.
Dalam perbicangan tersebut, ada netizen berseloroh mendakwa, tiada kesalahan rentas negeri dikenakan ke atas pasangan itu memandangkan Kawasan Perindustrian Nilai 3, adalah di bawah jajahan negeri Selangor.
Kehangatan pendebatan dan perbincangan itu turut menarik perhatian Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dan rakan sejawatannya dari Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung pentadbiran kawasan tersebut.
Amirudin, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Tua, membangkitkan peristiwa sejarah di mana Lukut, yang asalnya di bawah jajah Selangor telah diserahkan kepada Negeri Sembilan melalui satu perjanjian pada 1880.
“Lukut dibuka pada kurun ke-19 oleh Raja Busu semasa pemerintahan Sultan Muhamad Shah (Sultan Selangor ke-3) dan menjadi bandar perlombongan yang pesat dan kaya, hingga menarik kehadiran komuniti Hailam di sana sebagai pengusaha lombong.
“Penduduk Lukut semakin ramai menjelang 1818, dipercayai populasi penduduknya seramai 1,000 orang di mana 1/3 adalah orang-orang Cina.Hasil bijih timah juga semakin meningkat dan dipercayai dapat diperolehi sebanyak 3,600 pikul setahun,” kata Amirudin melalui ciapan bersiri di Twitternya.
Amirudin berkata, Lukut kemudian menjadi terbiar, sebelum dibangunkan semula oleh Raja Jaafar bersama dua anakandanya, Raja Abdullah dan Raja Jumaat sehingga bandar itu menjadi maju dan setanding dengan bandar-bandar besar lain di Selangor.
Namun, ujarnya lagi, kemerosotan hasil bijih timah menjadi faktor penghijrahan penduduk Lukut ke kawasan lain.
“Pada 31 Julai 1880 satu perjumpaan antara Sultan Abdul Samad, Raja Bot, Dato’ Kelana Sungai Ujong dan pihak British telah diadakan di Singapura.
“Hasilnya Lukut dimasukkan ke dalam pemerintahan Sungai Ujong (kini Seremban yang merupakan ibu negeri bagi Negeri Sembilan). Penyerahan itu juga bersekali penyerahan lokaliti Beranang dan Semenyih kepada Selangor,” jelas Menteri Besar Selangor itu lagi.
Ciapan bersiri itu nyata menarik perhatian Aminuddin, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sikamat, dan berseloroh dengan Amirudin sekiranya Selangor berhajat untuk mendapatkan kembali Nilai 3.
“Berapa harga nak beli Nilai 3 ya? He he he,” seloroh Menteri Besar Negeri Sembilan itu lagi.
Terdahulu, Neelofa, 32, dan suaminya yang turut dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Riz, 26, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban, atas dakwaan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kerana gagal membuat imbasan melalui aplikasi MySejahtera.
Kedua-dua individu tersebut didakwa melakukan kesalahan tersebut sewaktu membeli barangan di sebuah kedai karpet di Nilai 3, pada 2 Mei lalu.
Mereka berdua telah dikenakan ikat jamin RM15,000 dan sebutan kes semula pada 4 Jun hadapan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai Supritendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, kertas siasatan berhubung dakwaan merentas negeri telah dihantar semula ke Pejabat Peguam Negara untuk penelitian.
Firdaus Azil
Sun May 23 2021

Kehangatan pendebatan dan perbincangan mengenai kedudukan Nilai 3 ekoran kontroversi Neelofa menarik perhatian MB Negeri Sembilan, Aminuddin Harun dan rakan sejawatannya dari Selangor, Amirudin Shari.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.

#AgongKita: Menteri Besar, Ketua Menteri sembah tahniah sempena Istiadat Pertabalan
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad turut mendoakan agar Malaysia terus berkembang di bawah pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Menteri Besar, Ketua Menteri zahir ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong
Menteri Besar dan Ketua Menteri mmenzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, hari ini.

Pulau Pinang bawa cadangan pemulangan cukai 20 peratus ke mesyuarat MB, KM Julai ini
Pulau Pinang akan membawa cadangan pemulangan 20 peratus wang cukai yang dikutip Kerajaan Persekutuan daripada negeri ke Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri pada Julai depan.

Sesi pemulihan Faisal Halim ambil masa - MB
SEMUA pihak diminta memberikan ruang dan privasi kepada pemain Selangor FC, Faisal Halim untuk memberi tumpuan kepada proses pemulihannya.

Dua strategi utama jayakan Tahun Melawat Johor 2026
Menaik taraf infrastruktur pelancongan serta menggerakkan promosi semua produk pelancongan di Johor secara agresif merupakan dua strategi utama untuk menjayakan agenda Tahun Melawat Johor 2026.

Muhammad Sanusi mohon maaf atas keterlanjuran kata
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta maaf sekiranya ada memberi ucapan yang kurang sesuai dalam konteks hubungan sesama manusia (hablumminannas).

PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).

Larangan pasang khemah di tiga kawasan pantai Port Dickson
Larangan pasang khemah di tiga kawasan pantai Port Dickson